Thursday, August 4, 2011

MY SLEEPING PARTNER

Entah apa Snowy buat dalam semak. Skodeng burung agaknya
Handsome tak pakwe jantan Kjee

Kjee dah lama nak tulis kisah Kjee bila nak tidur. Mesti korang ketawakan Kjee. Tapi...ade aku kesah?  Rasa2nya dalam Malaysia ni ataupun dalam dunia ni Kjee sorang jer yang ada tabiat cam ni. Korang rasa apa?

Snowy masa kecik
Well, tiap malam sebelum tidur, Kjee akan bentangkan t-shirt buruk Unclepali sebelah bantal Kjee. Posisinya kat tengah2 antara bantal Kjee dan bantal Unclepali. Macam t-shirt tu jadi sempadanlah tau. Pastu Kjee akan teriak2 panggil Snowy suruh tidur sebelah Kjee.

Snowy? Ala bukan jantan pak we baru Kjee lah tapi kucing jantan kesayangan Kjee yang putih melepak tu.

Selepas Snowy datang dengan lemah gemalai dan lepak atas t-shirt yang Kjee bentang tu, Kjee pun urutlah badan Snowy sambil Kjee baring mengiring ke kanan. Memang dari dulu Kjee kalau tidur mesti mengiring ke kanan. Lepas urut Snowy sampai dia khayal, Kjee tepuk badan dia sampai dia terlena.

Eh korang jangan nak ketawa.

Kjee start urut kucing2 Kjee bermula dengan Nicky (kuching Nadia yang Kjee panggil Abang Nick). Abang Nick ni punya suka kena urut. Kjee dapat idea urut badan kuching bila tengok dalam TV satu ketika dulu. Tiap malam, Abang Nick akan standby kat katil tunggu Kjee urut dia. Sedih abang Nick dah tak ada sekarang.

MokMok mati kena accident
Lepas abang Nick, Mokmok pulak serah diri suruh Kjee urut. Agaknya jari jemari Kjee ni lembut urut sebab tu Abang Nick, MokMok dan Snowy suka sangat. MokMok punya pesen pulak selepas Kjee urut dia, mesti dia nak letakkan kepala dia pada tapak tangan Kjee dan terus terlena. kalau Kjee nak tarik tangan Kjee, dia akan cengkam dengan kukunya yang tajam!!

Sekarang MokMok dah mati. Agaknya sebelum mati, dia pesan dengan Snowy supaya temankan mama tidur.

So, tiap malam sebelum Kjee terlena, kerja Kjee urut snowy dan tepuk2 badan dia sambil dodoikan dia. Serius ni!! Tak percaya tanya Nadia. Kekadang dia jeles gak sebab dia kata sepatutnya Kjee tepuk dan dodoikan dia. Hehehe

9 comments:

Naz said...

Assallamualaikum kak Jee..
Selamat meneruskan ibadah puasa ye kak Jee.. Tomei kucing tu.. Hai kak, kucing pun dapat rasa dodoian kak Jee... Mana Nadia tak jeles..hihihi...

MamaFaMi said...

Kita pulak tak berapa berani dengan kucing. Kucing lalu tepi kita pun, kita dah semacam, inikan pula nak diajak tidur. Sorrylah kucing. Hehehe. Hai untunglah si Snowy ni, tiap-tiap malam diurut sampai tidur... Mmm...zzzz.....

anymz said...

Unclepali tak jeles ke kjee..hehe

Rosmawati Yusof said...

Meow-meow... Hi, snowy. Akak pun minat kucing, jemputlah ke laman meow-meow akak

eima-caa said...

Kjee..kalo Nadia jeles..Uncle Pali xjeles ke?ekekekee...

Isteri Encek Bard said...

syomelnyer dier

Kjee said...

salam. Hehehe ramai yang komen pasal Snow...ada tanya Unclepali tak heles ker? Jeles. Sapa cakap dia tak jeles sebab Snowy lebih manja dengan Kjee. Hehehe. Habis dia tak nak manja ngan kita kan? Kahkahkah.
Pasl kucing dijar buat bisnes dalam bilik air ya..caranya ialah apabila kucing tu firt time masuk dalam rumah kita, terus kunci dia dalam bilik air sampai dia dah buat bsines dia kat situ. pastu baru keluarkan dia. Lain kali dia nak buat bisnes dia akan gi tempat yang sama. Tapi Kjee tetapi bubuh satu bekas pasir dalam toilet. senang nk dibersihkan.

Anonymous said...

sama la kjeee. saya pon letak kucen dlm toilet sekali dgn pasir..so lepas die yak yak dlm 2 baru keluarkan.. hihi :D

kjee, mcm mana cara nk urut kucen?? saya nak urut kucen saya jugak.. thanks

ziezie said...

As salam kak jee..kucing kita pun nama snowy tp betina..mukavpun lebih kurang dgn snowy k jee..surprisenya cra dia gi toilet pun sama..mlm2 dia tido ngan anak kita sambil diurut2 oleh anak kita..sama bangat..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...