Wednesday, August 10, 2011

Perkahwinan Noraniza Idris Bakal Diadakan Besar-Besaran



KUALA LUMPUR: Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43, bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Jeffri Hudi, 52, secara besar-besaran pada 29 September ini.
Majlis yang berlangsung pada pukul 12 tengah hari di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru itu turut diadakan seiring dengan 'Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011'.
"Pada mulanya saya tidak merancang untuk melakukan majlis perkahwinan sekaligus dengan festival ini tetapi setelah keluarga sebelah tunang saya menetapkan tarikh bernikah pada 1 Oktober, jadi kami terusmerancang untuk melangsungkan majlis ini pada 29 September.
"Walaupun besar-besaran, tetapi saya rasa tidak salah kerana ia bertujuan untuk meraikan perkahwinan kami," katanya ketika sidang media di Menara Yayasan Tun Razak, di sini, Selasa.
Noraniza hadir dengan tunangnya dan mereka berpakaian sedondon berwarna hijau pucuk pisang.
Berkongsi tentang cinta pasangan ini, biarpun pernah serik dengan dua perkahwinan lalu, namun Noraniza mula terbuka hati untuk berkahwin dengan bilal masjid di Singapura itu setelah benar-benar mengenalihati budinya.
"Saya yakin dia merupakan jodoh saya kerana dia seorang yang berterus-terang dan menyokong setiap perkara yang saya lakukan.
"Hubungan kami terjalin sejak kami bertemu untuk urusan jualan amal anak yatim di Bazar Ramadan pada tahun lalu.
"Kemudian pada 22 April tahun ini, kami bertunang dan seterusnya menetapkan majlis pernikahan ini," kata Noraniza.
Sementara tunangnya pula tertarik dengan Noraniza yang memiliki sifat wanita berwibawa.
"Saya juga menyenangi sikap Noraniza yang berterus-terang dan yang paling buat saya tidak dapat melupakannya apabila makan biskut tat nenas.
"Yang penting semua pihak merestui dan gembira dengan perkahwinan ini," ujarnya.
Majlis pernikahan itu akan berlangsung secara terbuka sehingga pukul 5 petang.
Seterusnya, terdapat majlis perkahwinan melibatkan lima pasangan pelbagai kaum yang diadakan selama empat hari berturut-turut di tempat yang sama.
Majlis ini dianjurkan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd bersama Gerakan Belia 4B (M) Negeri Johor.
Ini merupakan perkahwinan ketiga Noraniza Idris dan perkahwinan kedua Jeffri.
Noraniza mempunyai dua orang anak lelaki manakala Jeffri yang menduda sejak 13 tahun lalu mempunyai empat anak berusia antara 15 hingga 26 tahun. - mStar Online
KJEE: MUDAH2AN KEKAL KE AKHIR HAYAT

2 comments:

nuwairani ismail said...

tiba2 terfikir sekejap...apa kaitannya dgn tart nenas? ke sebab nani tak mengikuti perkembangan diorg..hihih....apapon, nani doakan semoga jodoh kak ani kekal hingga akhir hayat....

Anonymous said...

orang kampung saya ni kakjee.. dulu time sekolah, asal ada pertandingan lagu2 asli utk peringkat sekolah, mesti dia atau adik dia ada..

mudah2an berkekalan ke akhir hayat..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...