Monday, August 29, 2011

PUASA TERAKHIR DI BULAN RAMADHAN



Hari ini hari terakhir kita semua berpuasa. Alhamdullilah syukur. Bagaimanapun, Kjee agak terkilan kerana gagal menyempurnakan ibadah penuh puasa tahun tahun. Hari tu Kjee kantoi satu hari! Bukan kerana sakit atau uzur tetapi kerana gagal mengawal emosi!

Seperti tahun lepas, tahun ini Kjee lancar puasa tanpa sebarang masalah kesihatan yang serius. Kalau setakat sakit2 badan dan sendi ataupun sesak nafas, pada Kjee itu biasa saja. Selama ini Kjee telah mengalami penyakit gastrik yang cukup kronik. Bertahun Kjee hanya berjaya berpuasa sehari dua sahaja dalam bulan Ramadhan.

Tahun lepas, sahabat lama Kjee, Haji Wazata Zain mendapat tahu masalah yang Kjee hadapi. Beliau telah memanjatkan doa serta membuat solat hajat agar Allah swt mengizinkan Kjee menyempurnakan ibadah puasa.

Dan tanpa diduga, dengan izin Allah SWT, Kjee kuatkan semangat dan mencuba dari hari ke hari sehingga mencukupi sebulan! Itu tahun lepas. Tahun ini Kjee dapat juga menyempurnakan hajat berpuasa sunat selama 10 hari di bulan Rejab!

Dan apabila tiba Ramadhan, langsung tiada halangan. Berpuasa bagaikan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan. Walhal sebelum ini, Kjee gagal melakukannya kerana masalah kesihatan.

Apapun, selain izin Allah SWT, Kjee yakin seandainya kita memasang niat yang baik untuk melakukan sesuatu, pasti hajat itu akan dapat kita laksanakan. Betapa ruginya selama ini Kjee tidak dapat menyempurnakan ibadah puasa dek masalah kesihatan. Pada yang sihat dan sengaja mencari alasan sebab malas hendak mengerjakannya, fikir2kanlah.

Sedih dan pilu apabila mengenangkan hari ini adalah hari terakhir Kjee berpuasa di bulan Ramadhan 1432H. Dapatkah aku menyempurnakan rukun yang sama tahun hadapan? Wallahualam.

Buat kesekian kalinya, Kjee ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali Kjee. Mudah2an ibadah kita semua diterima Allah SWT, Insya Allah.

6 comments:

dunia mimi said...

alhamdulillah kjee...

Shima Shafiai said...

cantiknyer..

jeragang said...

kalu sudah ada peningkatan perlu diteruskan hingga sempurna... memang benar Allah sahaja lan tempat kita bergantung

Aziela said...

Selamat Hari Raya Kak Jee. Mohon ampun dan maaf andai terkasar bahasa. Semoga Kak Jee dikurniakan kesihatan yang baik dan di murahkan rezeki. Amin.

Yatie said...

Selamat menyambut Aidilfitri yg mulia KJee, mohon kemaafan andai selama ini ada membuat kesilapan...maaf zahir dan batin jua di pinta..moga akak di berikan kesihatan yg baik dan berpanjangan utk meneruskan ibadah di bulan2 seterusnya..Aminn.

akusangpenerbit said...

selamat hari raya, maaf zahir batin buat kakjee dan keluarga..kalau saya ada tersalah bicara pohon maaf atas kekhilafan itu..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...