Sunday, August 14, 2011

RENDANG CAMPUR CAMPUR


 Kat rumah Kjee suasana Hari Raya sudah mulai terasa. Sebelum bulan Puasa lagi Kjee dok buat tart nenas. Hari ni Kjee buat Rendang Campur Campur, juadah biasa di pagi Raya. Daging campur peparu campur limpa. Sepatutnya campur hati lembu jugak baru sedap kan? Whatever!

Dulu2 arwah bonda kalau buat, dia mesti pastikan peparu dan limpa tu yang fresh bukan yang sejuk beku. Alasan mak, organ2 dalam binatang ni udahlah tak sihat untuk kita makan, sebenarnya. Ditambah pulak kalau ia sejuk beku dan diimport. Kita tak tahu berapa lama bahan2 frozen tu dah disejukbeku.

Itu alasan Bonda yang cukup lojik. So hari tu apabila Kjee teringin sangat nak makan, Kjee kerah Nadia supaya pergi ke pasar tani Taman Melawati selepas subuh untuk membeli. Walaupun racangannya Kjee dan pergi dengan Nadia, akhirnya Nadia jer pergi dengan papa dia.

Udah lama Kjee tak beli peparu dan limpa so Kjee tak ada idea berapa harganya sekarang. Selalu Kjee beli rendang limpa yang dah siap ataupun sambal peparu.

Nadia balik dan bagitau, sekilo peparu dan limpa sama harga iaitu RM18! Mahalnya. Tapi kalau tekak dah nak makan, sesekali tu apa salahnya. Nadia beli ½ kilo peparu, ½ kg limpa dan ½ kilo daging chuck tender. Chuck tender atau daging pepejal memang sesuai buat rendang.

Tadi Kjee rebus dulu daging, peparu dan limpa dalam pressure cooker. Pastu barulah dimasak. Kalau tak ada pressure cooker, rebus biasa dulu sampai empok baru direndang. (Kalau tak rebus pun boleh. Masukkan jer bahan2 metah, bubuh segala cili dan bahan lain dan bubuh sudu besi empat lima batang.) Tapi cara rebus dulu ini cepat sikit masaknya. Jom kita tengok bahan2nya.

BAHAN2

½ kg daging
½ kg peparu
Masak rendang guna grinsing tembaga 3 generasi. Nampak sudu? hehehe
½ kh limpa
2 mangkuk taufaa cili kisar
1½ kg santan pekat
6 biji cili api *
8 biji bawang besar *
6 ulas bawang putih *
3 inci halia *
3 batang serai *
2 inci lengkuas *
daun kunyit
daun limau purut
3 asam keping
garam
1 sudu besar gula
2 peket kecik kerisik (70gms sepeket)

CARA:

Potong daging dan peparu dan rebus hingga separuh lembut. Limpa dibuang selaput atau kulit ari dan dipotong ikut suka. Air rebusan daging dan peparu jangan dibuang.

Kisar semua yang bertanda * hingga halus. Kemudian dicampurkan bersama cili kisar, kacau hinga sebati. Kemudian masukkan bahan2 kisar ke dalam kuali besar (Kjee guna grinsing tembaga). Letak atas dapur dan masukkan bahan2 yang telah direbus tadi. Masukkan jugak air rebusan.

Hidupkan api dan jerang bahan2 dalam kuali menggunakan api sederhana. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Apabila sudah mendidih masukkan santan dan masak lagi guna api perlahan. Apabila sudah separuh kering barulah masukkan limpa.

Masak lagi kemudian masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping. Kacau hingga rata. Sentiasa jaga supaya tidak hangit. Masak hingga kering. Kalau tidak suka terlalu kering, boleh padamkan api.


17 comments:

  1. salam Kjee, makan dgn nasi impit sedapnya ni...

    ReplyDelete
  2. Salam kak jee kenapa letak sudu tu ye? ada tips2 ape ke utk dikongsikan. saya suka btol rendang mcm kak jee masak. hitam n kering.

    mira

    ReplyDelete
  3. tengok pon tau memang sedap dgn paru n limpa... thnx kjee bagi petua sudu tu..

    zana

    ReplyDelete
  4. My favourite tu esp. limpa, mmg sedap giler !!!
    Nanti ble gi 'toilet' pon kuar itam2, hehehe...

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Jee...bila baca Kak Jee letak sudu tu teringat saya pada aruah ibu mertua saya...dia pun bagi saya petua jika merendang letak sudu besi biar daging empuk...

    rendang campur2 ni kegemaran abg ipar saya..di rumah dia tiap2 kali raya mesti ada rendang campur2 ni...orang minang la kata kan..ekekeke

    Surya

    ReplyDelete
  6. Sedapnya nampak rendang ni kjee..rendang campur2 ni memang cek suka...:)

    ReplyDelete
  7. Kjee, rendang campur ini feveret keluarga saya dan hidangan wajib menyambut syawal... tengok gambar rendang Kjee itu saya bagaikan dapat menghidu baunya dan buat saya rasa tak sabar nak menunggu raya...

    ReplyDelete
  8. aduh mak,sedapnye...kjee mmg pandai mengusik anak tekak kami nih...

    ReplyDelete
  9. tengok rendang ni buat anak tekak saya jatuh cinta lah plak,terliur rasa tak sabar nak tunggu raya.kami sekeluarga belum pernah cuba menu ni,tapi pernah makan,campur2 tu memang sedap..ingat raya ni nak cubalah resipi k.jee ni,dah bagitau mak raya ni nak cuba rendang k.jee ni,...mintak izin ye k.jee comel,*-^ tq.

    ReplyDelete
  10. As salam..sya mmg tgh cari resipi ni..google punya hal jumpa akak punya rendang..saya tumpang sekaki yerr..tima kasih

    ReplyDelete
  11. sdapnye...terliur plk time2 berpantang ni...sy copy resipi ye.nk try..terima ksh..

    ReplyDelete
  12. sedap nye...........mintak izin pakai resepi ni ye kak G

    ReplyDelete
  13. nak cuba buat raya esok..1st time nak masak rendang ni..huhu..harap menjadi

    ReplyDelete
  14. Salam Kak Jee...bila baca Kak Jee letak sudu tu teringat saya pada aruah ibu mertua saya...dia pun bagi saya petua jika merendang letak sudu besi biar daging empuk...

    rendang campur2 ni kegemaran abg ipar saya..di rumah dia tiap2 kali raya mesti ada rendang campur2 ni...orang minang la kata kan..ekekeke

    ReplyDelete