Thursday, August 18, 2011

RINDUNYA PERGI MELAKA!

Pening kepala Mamat Bangla ni bila Kjee tawar menawar dari dalam kereta!

Nadia belikan selendang untuk Mama. Jadilah beraya dengan tudung baru.



 Kjee sekeluarga, kalau plan nak kemana2 mesti berakhir di tempat lain. Dah berhari plan nak ke Nilai 3. Bukannya nak shopping apa2 cuma nak beli tikar buluh. Nak ganti tikar2 yang kat rumah yang dah nampak lusuh. Kat KL sebidang sampai RM60. Kat Nilai tiga bidang baru RM105.

Pastu Nadia kata nak belikan papa dia baju Melayu dan dia nak tengok kalau ada baju kurung yang cantik. Dia bukan plan nak beli banyak cuma sehelai. Maklumlah baju kurung dia tahun lepas semuanya masih elok2. Tapi katanya, kalau Uni dia buat majlis Hari Raya, sekurang2nya adalah sehelai baju kurung baru.


Kjee tak ada hal. Apapun, I follow. Kjee bukannya kisah diri Kjee. Tak ada baju Raya pun tak kisah. Dah tua2 ni, baju atau perhiasan diri dah tak penting lagi.

So pagi2 tadi selepas Unclepali pergi meeting kat Cheras (kami tunggu dalam kereta), kami pun bertolak ke Nilai 3. Sunyi sepi Nilai 3 macam disambar garuda. Khabarnya kalau hujung minggu ramai orang sampai susah nak cari parking. Kjee memang tak pernah ke Nilai 3 hujung minggu.

Dan kalau pergi hari biasa, peniaga semua ramah2. Kita tawar macam mana pun dia orang senyum. Kalau hujung minggu, angkat kening jer kalau kita bukak mulut tawar menawar.

Dah dapat tikar buluh yang Kjee nak, Unclepali keliling setengah round saja kat Nilai 3. Muka Nadia berkerut. Dia kata baju kurung semua tak lawa. Kemudian dia suruh papa dia berhenti sebab nak belikan baju Melayu. Sekejap je dia ke kedai kemudian dah masuk balik kereta. Dia kata tak lawa, material nampak murah dan yang kelakar kata Nadia baju Melayu orang lelaki tahun ini siap ada lip lap lip lap labuci!

Dalam perjalanan balik, sebaik sahaja hit the highway, Nadia kata nak ke Melaka. Unclepali diam tapi apabila ada jalan susur ke Selatan, dia terus belok. So ke Melaka lah kami! Separuh jalan, Unclepali pancit  (mengantuk). So Nadia take over sampai ke toll Air Keroh pastu Unclepali drive sampai bandar Melaka.

Kami terus ke Jonker Walk dan singgah di Jonker Gallery. Badan Nadia memang serasi dengan cutting pakaian kat Jonker Gallery. Tadi dia beli skirt panjang. So lepas Raya, bolehlah pakai untuk ke kuliah.

Pastu kami singgah pulak dekat gerai2 berhampiran bandar sebab Kjee nak cari dodol Melaka yang dibungkus dalam upeh. Tak tengok pun lagi macam mana dodol tu. Murah je. Tiga RM10. Pastu terus balik KL.

Sampai KL kul 6.45 petang. Sangkut jam kat Jalan Ampang. So kami singgah buka puasa di Steven's Corner, Pandan Indah.

Photographer kureng pro. hehehe


3 comments:

  1. Niat di hati nak tukar tikar buluh jugak tapi budget tak cukup hu hu..

    ReplyDelete
  2. Kjee pergi ke Nilai beli...bukannya mahal. Kjee beli tiga dengan harga RM105. Kalau di KL antara RM60 hingga RM70 untuk satu!!

    ReplyDelete
  3. Melaka nih saya selalu pegi sbb ade anak belajar kat jasin sana. Ade tiga tempat makan yg saya salu singgah kalu gi sana...nnt Kjee tengok kat blog saya di www.blogmakanbest.blogspot.com ...ada alamat saya masukkan

    ReplyDelete