Sunday, August 28, 2011

SALAM LEBARAN...MAAF ZAHIR BATIN



Insya Allah, Selasa ini kita semua akan menemui sekali lagi bulan Syawal setelah sebulan suntuk kita memperingkatkan ibadah dan berpuasa di bulan Ramadhan.


Betul ke Raya hari Selasa? Beberapa pihak di Arab Saudi khabarnya bertelingkahan. Ada yang kata mengikut kiraan Falaq, Hari Raya akan jatuh pada Hari Rabu dan umat islam seharusnya berpuasa selama 30 hari. Dan pihak yag satu lagi berkata sebaliknya.

"Anak bulan tidak akan dilihat pada malam Isnin, 29 Ramadan, justeru Aidilfitri tidak akan disambut Selasa ini. - Majed Abu Zahra, Pengerusi Persatuan Astronomi Arab Saudi" - DIPETIK DARI AKHBAR BERITA MINGGU 


Tetapi di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Kita harus akur kepada keputusan yang telah ditetapkan oleh Raja2 Melayu. Kalau ada yang teringin nak Raya pada hari Rabu, siap2lah beli tiket pergi ke Arab Saudi! 


Teringat ketika Kjee kecil2 dulu. Ketika itu pengesahan Hari Raya hanya dibuat setelah dilihat anak bulan. Dan semua menunggu dengan penuh debar. Ada yang buat persiapan dan ada yang tidak. Dan apabila pengumuman di buat dicorong Radio, ada yang kelamkabut dan ada yang ada tenang.


Tetapi bagi Kjee itulah keseronokkannya menunggu munculnya anak bulan Syawal. Semuanya dalam keadaan berteka teki. Kalau nasib baik, esoknya Raya dan jika tidak, malam itu kena bersahur lagi.


Kjee teringat satu peristiwa ketika kami dalam perjalanan pulang untuk menyambut Hari Raya di kampung arwah bapak di Melaka. Sampai sahaja di pinggir bandar Melaka, tiba2 kami melihat sekumpulan anak muda memakai baju Melayu Hari Raya dan menghisap rokok.


Terjerit kami sekeluarga di dalam kereta kerana kami masih lagi berpuasa dan esoknya baru Hari Raya! Abang Fauzee beritahu bapak, kan elok kalau negeri2 mana yang sambut raya dulu, kita pindah tinggal di sana!


Begitulah keadaannya ketika itu. Apapun, arwah bonda tetap membuat persediaan tak kisah samada pengumuman yang dibuat itu berita gembira atau sebaliknya.


Apabila bercerita mengenai juadah raya, memang begitu terasa ketiadaan Bonda. Setiap pagi Raya, kami akan cantumkan dua meja makan yang besar. Dan pelbagai juadah istimewa akan disusun. Semua sibuk menolong Bonda. Bonda akan cuba tunaikan permintaan selera setiap anaknya. 


Bonda akan buat rumah terbuka (untuk kanak2) selama dua hari berturut2. Dan setiap kanak2 yang datang diberikan duit Raya. Ketika itu, duit Raya RM1 sudah dikira amat besar. Sebab itulah ada kanak2 yang sanggup pulang ke rumah, tukar baju lain dan datang kembali semata2 kerana duit Raya Bonda. Tetapi mereka seringkali kantoi kerana Bonda dapat mengecam setiap tetamu ciliknya yang datang berkunjung! Hehehe


Kini Hari Raya buat Kjee dan Nadia tidak pernah sama seperti dulu. Kami menyambutnya ala kadar. Sebelum berkahwin dengan Unclepali, rutin kami di pagi Raya adalah pergi ziarah kubur arwah Bonda dan saudara mara di tanah perkuburan sama di Jalan Ampang. 


Kemudian balik ke rumah. Rumah jiran2 sunyi sepi sebab semua balik kampung. Kami jamah secara ala kadar makanan yang disediakan, lepas tu lepak depan TV hingga ke malam.


Apa kah Raya kali ini juga serupa? Nampaknya begitu jugaklah.


SALAM LEBARAN...MAAF ZAHIR BATIN 

4 comments:

ummi_khalish said...

Salam Aidilfitri buat k.jee sekeluarga...

Qhaifa Nur said...

selamat hari raya Utk Kjee sekeluarga..

jeragang said...

Selamat hari raya maaf zahir batin

quinnie said...

selamat hari raya aidilfitri buat kak jee sekeluarga..:)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...