Monday, August 15, 2011

SAMBAL PETAI DI BULAN PUASA?


 Kenapa tanda soal? Hah kalau bulan puasa jarang2 ada yang berani makan petai, jering, kerdas dan buah2 lain yang mengeluarkan "aroma" yang harum bila bersembang. Betul tak?

Tetapi oleh kerana Kjee tak perlu keluar kerja dan jumpa orang, maka Kjee pun masaklah ikut tekak Kjee. Janganlah jeles. Sekarang petai tengah murah tau! Malam tadi Kjee beli kat Chow Kit, 25 papan hanya RM10! Petai padi pulak tu!

So hari ni Kjee dan my lovely assistant projek kopek petai. Ingatkan nak buat jeruk petai tapi tak jadi. Nak projek masakan Jawa favorite Nadia, esok.

Kami masak awal hari ini sebab my assistant ada assignment. Kjee pulak tak berapa sihat. Kalau tak masak awal2, petang karang semput, tak guna nak berbuka dengan sambal udang petai.

Tadi Unclepali beli udang yang segar2 kat Hero. Segar dan agak kasar. Sekilo RM17. Unclepali beli sekilo lebih. Baguslah esok boleh buat lauk Jawa guna udang yang berbaki tu.

Selain masak sambal udang petai, Kjee buat singgang ikan tongkol. Nadia plan nak makan bersama budu. Hmm kecur pulak. So dah siap masak untuk hari ni. Dan Kjee nak rehat sebab sejak beberapa hari ni, Kjee semput. Malam tadi nasib baik Unclepali tak heret Kjee pergi hospital.

Untuk respi sambal udang petai ni, korang tengok je lah kat sini yer.

5 comments:

  1. oh...oh...oh..sabar wawa..sabar...godaan ni...dia punya merah berkilat sambal tu...adusss

    ReplyDelete
  2. Salam kjee.

    kjee semput as in lelah atau asthma ke?
    kalau ye cuba kjee ambil ubat ni, seretide accuhaler dosage 50/250 mg salmeterol and others. ambil 2x sehari, insyaAllah blh bertahan. sy dulu kul 4 pm je mula semput, tk blh bernafas, dok sapu vicks kt dada utk bertahan sampai bukak puasa. tkkan nk bukak plak kan.

    Alhamdulillah ada keserasian dgn ubat ni. blh beli kt farmasi dlm rm 145++ kot. sy ambil kt panel klinik jd tk tahu rege sebenar. Apa2 pun minta advise doctor bertauliah dulu ek...Sy faham apaq yg kjee rasa hal2 semput ni..

    Semoga Allah swt beri kesihatan yg baik agar kita dpt sama2 menunaikn tanggung jawab pdNYA..

    Pjg plak menceceh...

    ReplyDelete
  3. semput Kjee tak serius sangat. sapu vicks dha okay. ari tu gi hospital dan diberi nubilizer. ok pulak. thnx.

    ReplyDelete
  4. mak aiii kak jeee.......teruja tgok sambal udang kak jee ni..menggigil poghut den...

    ReplyDelete
  5. Kecur air liur saya kak jee....huhu...

    ReplyDelete