Friday, August 5, 2011

BATANG KELADI DAN INAI


Batang Keladi - ehsan google


Esok hari terakhir Nadia exam untuk sem 4. Sem pendek so terkial2 dia belajar maklumlah dalam masa 6 minggu kena menghadapi exam. Paper dia kali ini ialah International Business dan Usul Fiqh. International Business dah selesai Rabu lalu. Esok paper Usul Fiqh.

Nadia kata untuk sem akan datang, lagi susah nak belajar sebab kebanyakkan sabjek mengenai Islamic Banking. Dia mengambil Degree Islamic Banking and Finance kat UniRazak.
ehsan google

So selepas esok, Kjee adalah assistant untuk bantu Kjee memasak. Dah empat hari Unclepali tolong. Kesian jugak Kjee tengok bila dah petang dia lembik sebab sehari tak kena rokok. Isyhh kalau dia baca ni mesti bising.

Anyway, tadi ada seorang rakan tanya Kjee samada Kjee pernah masak Asam Rebus Batang Keladi. Eh apa pulak tidak. Itu antara lauk favorite kami di rumah. Tapi entahlah tiap kali ke pasar, macam tak nampak je batang keladi. Kali ni kena bukak mata besar2.

Dulu masa muda2, Kjee seringkali ditakutkan apabila masak keladi. Tak kisahlah keladi yang nak buat pengat atau goreng tu ataupun batang keladi. Siapa lagi yang menakut2kan kalau tak arwah bonda. Masa menyiang batang keladi atau keladi, bonda warning, tak boleh bercakap. Nanti hasilnya lauk akan menjadi gatal.

Daun Inai - ehsan google
Ntah betul entah tidak. Pernah Kjee kunci diri sorang2 dalam bilik sambil menyiang batang keladi. Maklumlah punya takut Nadia nampak. Kalau dia nampak, dia mesti menyibuk tanya itu dan ini. kalau Kjee tak jawab, tak boleh jugak kan?

Berdentam dentum pintu bilik dia ketuk suruh Kjee bukak tapi Kjee diamkan diri. Sampai sekarang Kjee tak dapat jawapan apakah betul kalau bercakap masa siang batang keladi, boleh ke tidak! Hehehe

Lagi satu yang Kjee ingat sampai sekarang ialah nenek Kjee bagitau masa pakai inai kat tangan, tak boleh bagi ayam tengok. Nanti Inai tak jadi merah! Masa kecik2, kalau ada aje orang kahwin, Kjee dan kawan2 pun selalu hulurkan tangan mintak diinaikan. Lepas tu menyorok dalam bilik tak berani keluar takut ayam nampak!

Abang Kjee, Ahmad Fauzee, punyalah jahat. Dia tangkap seekor ayam dan bawak dekat kami yang pakai inai. Lintang pukang kami berlari sambil menjerit. Kahkahkah...bingainya masa tu.

Ehsan google

7 comments:

  1. akak msh laku kan amalan yg sama mcm fauziah ketika menyiang keladi..tp mmg menjadi, x gatal pun keladi 2..entah btl entah tidak..jom kita borak2 bila menyiang keladi lain kali, tgk gatak ke x? hehehehe.

    ReplyDelete
  2. hehe... baru tau ghupe nyer takleh bercakap time menyiang keladi.. penah kena dulu mmg miang giler ! :)

    ReplyDelete
  3. entah betul entah idah Deena. Tapi Kjee follow je sebab takut. hehehe

    ReplyDelete
  4. hik3 :D
    punyer sayang inai.. siap lari tu.. :D
    kita dulu bukan fikir apa2 kan K'Jee..
    ikut aje la sebab takut punya pasal :D

    ReplyDelete
  5. Kelako juga cerita nie.... tak sangka kjee bole buat cerita komidi gak

    ReplyDelete
  6. xpernah dgr lagi.bercakap mase siang keladi...wanislalu bercakap time siang keladi...ok je makan..cuma pantang..xleh langkah..kene taruk tmpattggi2 takot terlangkah..tu rr..kalu terlangkah..mmg gatal...

    ReplyDelete
  7. kak jee..
    takleh tahan part abang kak jee tangkap ayam tu, hehehhe... kuat nyakat juga ya..

    ~ nana ~

    ReplyDelete