Monday, August 8, 2011

TERKINI TRAJEDI TANAH RUNTUH CAMERON HIGHLANDS


gambar ehsan mStar Online

Tujuh mangsa telah berjaya dikeluarkan dari runtuhan di Kampung Sungai Ruil, dekat Brincang di Cameron Highlands. Dua lagi terselamat tetapi cedera parah.

Menurut Buletin 1.30 TV3 tadi, empat yang terbunuh beragama Islam. Tiga daripada tujuh mangsa itu, dari satu keluarga. Mangsa terakhir ditemui pada 1.21 pagi tadi.

Walaupun kerja2 mencari sudah dihentikan, difahamkan kini tumpuan telah diberikan kepada kerja2 pembersihan.

Penduduk2 di sekitar kawasan itu telah diarahkan berpindah kerana pihak berkuasa masih lagi meneliti keadaan sekitar. Difahamkan masih ada pergerakan air dalam tanah.

Empat mangsa beragama Islam akan dikebumikan selepas Zohor hari ini. Al Fatihah buat mereka dan salam takziah buat keluarga mereka dan juga kepada keluarga semua yang terbabit baik yang sudah meninggal dunia ataupun terselamat.


5 comments:

  1. kak gee...dekat sg ruil tu memang teruk tarahan bukit dia untu projek perumahan. semalam pulak hujan lebat... ada beberapa anak murid member yang terbunuh...

    ReplyDelete
  2. alfatihah...dugaan di bulan ramadhan.moga mereka tabah.

    ReplyDelete
  3. tak lama nanti keluarlah arahan baru.....

    ReplyDelete