Wednesday, December 14, 2011

ADA NAMA SIKIT DAH NAK DUDUK KERUSI PENGARAH...LAWAK SANGAT2!!!


foto2 dari album cik google

Pelik betullah Kjee dengan anak2 seni sekarang atau lebih tepat lagi mereka yang terbabit dalam dunia lakonan. Baru berlakon satu dua tahun, dah rasa diri mereka layak menjadi pengarah.




Kjee pernah ketawa berdekah2 apabila Mawi dulu tiba2 bergelar pengarah dan pandai2 mengarahkan telemovie, walhal nak panggil shot pun Kjee rasa tak berapa reti. Hanya layak jerit "Action!!!" je kot. Hehehe kejam aku.

Inilah antara penyebab mengapa industri perfileman kita kian merundum. Semuanya gara2 mereka yang merasakan diri mereka terlalu bijak dan lebih layak duduk di kerusi sutradara. Kalau guna duit sendiri tak apalah. Tapi bagaimana kalau dia pandai guna 'ayat power' dan jadikan tukang keluar modal, mangsanya.

Terbaru Shaheizy Sam pulak kata nak arah filem. Tak kisahlah sebab duit sendiri. Tetapilah, kalau Kjee di tempat Shaheizy Sam, Kjee akan terus ambil kesempatan daripada populariti sekarang sebagai pelakon untuk terus cipta nama! Biarlah mereka yang layak buat kerja mengarah!

Lihat sajalah Rosyam Noor. Dah berpuluh tahun dia menapak dalam bidang seni lakon. Dah berlakon berpuluh filem dan mungkin beratus drama. Dari seorang tukang buat air kepada seorang produser jutawan, tetapi beliau masih berfikir 100 kali untuk menjadi pengarah!

Mungkin tiket yang Sam atau Mawi sudah perolehi sebagai orang yang dikenali ramai, membuat mereka lupa betapa sukar sebenarnya hendak duduk di kerusi pengarah.

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. 

Ramai tanya Kjee, kenapa tak tulis novel? Itulah kalau kail panjang sedepa, Kjee hanya layak memancing udang di kolam berbayar bukan di  lautan dalam kan? Tak mau cari penyakit. Hehehe.

8 comments:

JunAina said...

Kjee...itulah manusia, rambut sama hitam tetapi hatinya lain2, tak mampu kita duga.

sharifah rosidah said...

Tanggung jawab pengarah besar tau, dia orang ni faham ke apa yang dia orang cakap ni macam macam lawak ada dalam dunia hiburan malaysia ni.

NenetPenne (NP) said...

penuhkan dulu ilmu didada barulah boleh mengarah..
kalau ilmu tak seberapa ada tapi harapkan nama jer, cemanalah nak maju industri filem malaysia?

amiklah kursus mengarah dulu der.....

"CT CoMeL" said...

sayer suker lakonan rosyam noor...

zuwaidah said...

kena timba ilmu banyak dulu mcm Dato Yusuf Haslam, Dato Jins dan seangkatan dengannya, baru leh jadi pengarah yang disegani. betul kan, kak jee

Anonymous said...

saya nak belajo camne tulis skrip je.....untuk suka2...nor

Mat Gebu said...

Tu lah kan...saya nak komen pun tak pandai sebab secara jujur..i am not into this artis2 punya donia..(sori..), kalau masak2..yesss kan kak jee. Apa2 pun yang kita buat biarlah berdasarkan pengalaman, dari pengalaman, baru lah dapat diukur kemampuan kita. Kita ambik contoh Kak Jee sajalah... erkk kenapa?..sila lah baca n3-n3 lepas dia kalau nak tau...

Anonymous said...

iyelah kak jee.... razak mohaideen yang ada title prof madya tu buat filem pun entah apa2. Inikan pulak.....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...