Monday, December 19, 2011

CINTA ELYSA NAK DIJADIKAN FILEM? BIAR BETUL!!


semua foto dari album cik google kat tenet

Entah kenapa Kjee boleh berminat menonton drama Cinta Elysa arahan Along Kamaludin sedangkan Kjee tak pernah minat dengan Fasha Sanda. Kjee tak tau kenapa Fasha menjadi pilihan produser dan pengarah untuk watak Elysa itu.










Sebab? Pertama, Fasha terlalu tua untuk diberi peranan seorang gadis kolej yang sepatutnya di usia awal 20-an. Dan kedua, lakonannya agak kayu dan mendatar. Tonasi suara pun terlalu mendatar. Maaflah. Kjee tonton drama itu sebagai seorang penonton biasa bukan sebagai pengkritik.

Tetapi apa yang membuat Kjee ingin menonton dan terus menonton ialah kerana lakonan Johan Asari yang sempoi, banyak unsur2 selamba dan entahlah pada Kjee lucu walaupun dia bawa watak yang sepatutnya membuat orang menyampah! 

Malangnya, kerana sibuk terlari sana terlari sini, Kjee gagal ikut drama tersebut sampai habis. Tetiba Kjee baca kat status Along Kamaludin di Facebook, drama itu sudah sampai ke penghujungnya. Punyalah kecewa Kjee. Tetapi Nadia dah janji nak bagi Kjee tonton kat you tube ataupun tonton.com.my. Tapi tak tau bila. Hehehe.

Anyway, hari ini Kjee dapat tahu kononnya drama Cinta Elsya mahu diangkat menjadi naskah filem. Alhamdullilah. Sekarang orang sudah bukak mata dan berani bawak drama ke filem. Dulu2 cerita filem dibawak ke drama kan?

Filemnya gagal tandingi dramanya

Apapun, Kjee geleng kepala tidak setuju Cinta Elsya dijadikan filem. Kjee tidak berkenan langsung dengan cadangan itu. Korang mesti tahu apa yang telah berlaku kepada filem Nur Kasih? Masa cerita itu didramakan, penontonnya memang ramai. Berjuta2. Sampaikan ramai bising2 termasuk akulah  apabila terpaksa menunggu seminggu sekali drama itu disiarkan..

Begitu jugaklah dengan Cinta Elysa. Kjee antara mereka yang menyumpah2 kerana kena tunggu sampai minggu depannya untuk mengetahui kisah selanjutnya. Samalah macam drama Nur Kasih. Semua terbawa2 dek emosi.

Tetapi kenapa apabila difilemkan, ia gagal? Kjee turut tonton Nur Kasih di TV masa Raya lepas. Kjee tak excited menonton filem itu sebagaimana Kjee teruja giler tonton drama bersirinya. The making of Nur Kasih tak sehebat dramanya. Banyak sub plot melalut.

Hah, so Kjee harap Along ataupun produser Cinta Elysa fikirlah berpuluh kali sebelum bercadang mengangkat naskah drama itu kepada filem. Kalau duit dah terlebih, carilah idea lain. Buatlah citer polong ke jembalang ker? Oppps musim polong dan jembalang dah tamat.

Nak buat kisah apa hah? Itu bukan untuk Kjee fikirkan untuk mereka. Biarlah mereka cari idea sendiri kan? Duit dia orang. Kalau dapat untung berjuta2 pun bukannya dia orang nak share duit itu dengan kita kan? Hehehe

Sorry Along...gua suka sangat drama yang lu direct tu!!

5 comments:

  1. setuju gn pendapat kak jee

    ReplyDelete
  2. Btoi KJ. Drama CE TAK PERLU difilemkan. Mungkin ia berjaya sebagai drama tetapi tak ada elemen bersifat mendidik pun untuk diketengahkan. Pastinya babak - babak panas antara si ibu dan teman lelakinya ( dalam drama babak-babak tersebut begitu hidup sekali !!)akan lebih di tonjolkan kerana biasalah .. bila ada babak sebegitu, ramai yang tertarik nak menonton. Keduanya; lakonan si Fasha dan Johan pada pendapat saya tidaklah sehebat mana. Fasha gah kerana citer dan gambar panasnya manakala Johan tumpang ' glamer '.

    ReplyDelete
  3. tak yah buat filem lah...buat lagi drama sebegitu tapi jalan cerita lagi menarik...Cinta Elysa 2 ke?

    ReplyDelete
  4. Sib baik kita tak terjebak tengok drama ni... hehehe.. Dah lama sebenarnya kita tak tengok drama kat TV. Asyik layan buku cerita je.. kalau TV on pun, sports, national geographic, history channel. Aduyai, sungguhlah not my taste.. hahaha... nak tengok TV sensorang kat atas, confirm lelap! Justeru itu, baiklah baca buku je... :D Tak pun, menyibukkan diri kat dapur... bahagia... hahahaha

    ReplyDelete
  5. pada saya cinta elysa ni awal2 jer best.. tp lama2 dah tak best.. rasa mcm ade yg tak kena.. ada yg kurang dr segi lakonan johan & fasha sendiri...

    ReplyDelete