Thursday, December 29, 2011

RAMLAH NAFI BERCINTA DENGAN PENGURUSNYA YANG MUDA



Amboi marah betul Ramlah Ram apabila tersiar berita dia kononnya mempunyai hubungan dengan pengurusnya yang khabarnya jauh lebih muda daripadanya. Tak payahlah nak marah2, Ramlah oi. Hari ni marah dan sakit hati, nanti Allah swt bukak pintu hati tu dan manalah tahu itu jodoh awak buat kali kedua, siapa nak jawab?


Benda2 macam ni, Kjee memang tak berani nak cakap habis. Suami kita pun muda sangat2 dari kita (walaupun ta sampailah macam tahap usia sama cam anak kita). Tak mudah sebenarnya bersuami muda. Doa Kjee dulu siang dan malam agar dapat seorang suami yang boleh matang (berumur) dan boleh bawak Kjee ke jalan Allah.

Dan Kjee dipertemukan dengan Unclepali yang cukup matang dan bertanggungjawab! Alhamdullilah syukur sangat2. 

Jadi Kjee harap Ramlah tidaklah menolak sekiranya dijodohkan dengan seorang lelaki yang lebih muda. Mungkin hanya muda di segi usia tetapi kematangannya mungkin mengalahkan orang yang lebih dewasa.

Oppps Kjee rasa Ramlah ni pelik sikit. Ramai sangat artis yang dah hampir senja suka sangat pilih pucuk muda kan? Hehehe

Bacalah berita ini yang Kjee baca di mStar tadi.



PETALING JAYA: Penyanyi Ramlah Ram, 46, terkejut apabila dikaitkan mempunyai hubungan dengan pengurus perubadinya yang berusia 20-an seperti dilaporkan akhbar baru-baru ini.

Ramlah berkata, gosip yang dianggap 'busuk' itu telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang penyanyi yang sentiasa menjaga rekod bersih sepanjang berada dalam industri hiburan tempatan.

"Gosip tersebut adalah tidak benar sama sekali. Saya malas nak ulas gosip ini panjang lebar kerana ia telah memalukan diri saya dan keluarga. Buat masa ini, saya telah berjumpa dengan penulis artikel tersebut dan menjelaskan situasi yang sebenar.

"Memang Hafiz sudah dua tahun bekerja untuk saya tetapi dia bukanlah seperti yang didakwa itu. Malah kami bekerja secara profesional. Dengan usia saya yang sudah meningkat begini, agak malu dibuatnya apabila gosip mengarut seperti ini disebarkan kepada khalayak," katanya yang ditemui pada sidang akhbar Mentor 6 di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, Rabu.

Tambah Ramlah yang baru sahaja muncul dengan single baru, Sesaat Kau Datang(kolaborasi dengan duo Sleeq), dia tahu siapa dalang yang menyebarkan fitnah tersebut.

Bagaimanapun, dia tidak berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap individu tersebut.

"Perkara ini memang telah memalukan saya. Hati ini masih ada rasa geram," ujarnya yang menjadi mentor dalam pertandingan realiti Mentor musim keenam pada tahun hadapan.

2 comments:

  1. kak jee....suami saya pn muda gaksss....hehehe....relax jer...janji dia matang n dpt membawa kita ke jalan yg benarr.....betul tak?

    ReplyDelete
  2. baru pagi ni dengar lagu baru kak ramlah.sedap jugak lagu tu..

    muda tak semestinya tak matang :)

    tadi sy baca posting kak jee psl bapa tiri kat gugel readers..tapi bila buka page kak jee entri tu dah hilang..mungkin dah remove.sy pun terkejut baca tapi sy tahu kak jee lebih mengenali siap psangan kak jee.sabar la kak,mulut org mmg gitu.moga kakjee n family di berkati Allah selalu

    ReplyDelete