Sunday, December 11, 2011

ANA DAHLIA KINI MENANTU PEREMPUAN TUNGGAL CHEF WAN

.




Akhirnya, Ana Dahlia kini sudah bergelar isteri orang. mStar melaporkan, dengan sekali lafaz, Ana 28 tahun, menjadi isteri kepada Mohd Nazeri Redzuawan, 29 tahun di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak.

Ana berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali, 58, telah dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Taiping, Perak, Ustaz Nawi Osman, 59, kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan mas kahwin sebanyak RM1 001.

Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Ana menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 dengan 10 dulang hantaran, manakala, pihak Riz menerima 15 dulang.

Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Fendi dari butik Syarakim.

Majlis persandingan pasangan ini akan berlangsung pada sebelah malam di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak.

Selamat Pengantin Baru semoga kekal ke nafas akhir.


2 comments:

Dunia familyku said...

hrp2 ni pernikahan terakhir ana dahlia, semoga kekal abadi....

sharifah rosidah said...

Tahniah buat Chef Wan dan keluarga yang menerima menantu baru.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...