Friday, December 9, 2011

CINTA NENEK BERNILA RM226,000!!



terkejut nenek ni...amik dari album google jer
Nak marah pun ada, nak ketawa pun ada walaupun tidak elok kalau buat macam tu ketika ada yang dilanda musibah. Tetapi, bukannya mereka ini tak tahu padahnya tetapi kenapa masih tak reti2 bahasa!




Ewah pagi2 Jumaat dah berleter. Tadi Kjee seperti biasa online jer terus jenguk sok khabar (surat khabar). Dah lama dah tak beli sok khabar sebab semua ada online. Akhbar pertama Kjee baca ialah Utusan Malaysia. Kemudian ke tajuk akhbar yang cukup2 menarik perhatian Kjee iaitu Nenek 66 tahun jadi mangsa cinta cyber.

Kjee tak buang masa terus klik. Nak tahu nenek mana dan cara apa dia kena. Oh seorang nenek kaya raya dari Indonesia! Kerugian US$75-ribu bersamaan RM226,000. Mak oi banyaknya. Nenek tu celik IT tapi buta hati, mudah terpedaya dengan pujuk rayu seorang kenalan di internet yanag bergelar Datuk.

Hmmm selepas puas berasmaradana di internet, nenek ni yang mabuk cinta, sempat serahkan wang sebanyak RM226 ketika datang di Malaysia untuk bertemu 'Datuk' tu. Tapi 'Datuk' hanya hantar bodyguard, seorang gagak hitam. Tapi tak nak jumpa nenek sebab sibuk. 

Pastu dah dua kali nenek datang sini, datuk tak gak nak jumpa nenek so nenek buatlah laporan polis sebab baru sedar dah kena tipu! So korang nak marah ke nak ketawakan nenek ni?

Kjee heran sebab wanita kaya raya ni mestilah seorang ahli perniagaan kan? Selalunya, ahli perniagaan wanita lebih bijak daripada lelaki! Maaflah bukan nak hina kaum lelaki. Wanita menurut satu berita yang Kjee baca dulu, lebih pandai menguruskan kewangan mereka apabila menjadi businesswoman. Dan bank lebin mempercayai wanita kalau nak buat pinjaman sebab wanita lebih dipercayai membuat bayaran pinjaman dengan tepat.

Wallahualam. Pengalaman Kjee begitulah. Setiap bulan kena bayar sekian sekian untuk dua biji kereta. Tepat pada sekian2 haribulan, Kjee cepat2 suruh Nadia transfer duit sebab takut orang bank call atau ada tungakkan. Kalau sebulan RM1,000, dua bulan dah jadi RM2,000 kalau tertunggak kan.

Kalau harapkan suami (bukan Unclepali), dia kata tak per, kalau dekat tiga bulan baru bank tarik. Hmmm.

Anyway berbalik kepada nenek tadi. Nampak sangat nenek ni desperate sangat sampai sanggup 'beli cinta'. Mahal harga cintanya tu. Dalam dollar Amerika pulak. Bila dah kena tipu, kenapa mesti lapor kepada Polis Malaysia? Laporlah pada polis Indon. Atau suruh budak2 Indon yang suka buat demonstrasi kat sana pi cari Awang Hitam tu!! Mesti nenek mampu keluarkan upah kan?

Actually, Kjee tulis entry ni sebab nak bagitau, yang Kjee walaupun belum jadi taraf nenek pun, setiap minggu dapat banyak sangat emel serta private mesej di facebook dari insan2 yang Kjee syak Gagak atau Awang Hitam dan apa jua status atau gelaran yang diberikan kepada mereka.

Kat Facebook lagi kelakar. Siap hantar gambar omputih ntah mana. Entah2 omputih tu dah mati cuma gambar jer masih diedarkan. Macamlah dia ingat Kjee terus tergoda bila tengok muka2 mamat omputih yang ensem tu. Walaupun laki aku tak ensem, aku tak seleralah tengok muka lelaki lain yang ensem.

Ada yang kata tergoda tengok wajah Kjee kat FB!! Buta ke giler kan? Pastu ada sekali agaknya Kjee reply kata tak nampak ke staus Married Kjee. Dia boleh jawab, just in case you think of leaving him!! Bingai. terus block!!

Itu tak termasuk emel yang kalaulah sahih, Kjee bukan sahaja jutawan tetapi entah apa2 'wan' di hujung sebab terlalu kaya! Hari2 ada aje estet peninggalan arwah bapak Kjee yang bernilai jutaan riibu dollar di ntah mana negara! Kayanya arwah bapak aku tapi kenapa kat Malaysia satu sen pun tak ada!

Sebaik sahaja Kjee dapat emel berkenaan, terus delete. Tak baca langsung sebab stail dia orang antar emel sama jer. Beberapa bulan lalu, Unclepali ada advertise dalam Lelong dot com ke ntah mana pasal kami nak jual salah satu dari kereta kami. Masa tu ada 3 biji so 1 tak ada sapa guna. Bukannya kereta mewah pun cuma made in Malaysia.

Unclepali masukkan iklan kat situ. Tak sampai 2 jam, ada satu emel dari seorang wanita Melayu di London. Dia kata dia nak belikan kereta tu untuk suaminya yang tinggal di sebuah negara Arab Saudi. Dia suruh Kjee uruskan penghantaran kereta tu ke sana. Dia tak kisah berapa harga untuk hantar ke sana. Dia akan bayar cash dan mintak nombor akaun.

Unclepali seronok giler. Unclepali pun balaslah emel kata dia akan cuba tanya cara nak hantar kereta tu. Kemudian apabila bab nombor akaun, Unclepali terkedu. Hati dia macam tak sedap. Unclepali pun trace lah emel pompuan Melayu tadi. Camner dia buat, korang tanya dia lah.

Tahu apa Unclepali jumpa? Manusia sama yang guna emel itu, sudah masuk setiap iklan yang dipaparkan di Lelong dot com. Semua dia nak beli termasuk komputer buruk suruh hantar ke lakinya di negara Arab berkenaan!!

Tetiba Unclepali tergelak besar! Kjee yang duduk berhampiran terkejut! Kata Unclepali, emel spam rupa2nya!! 

So the moral of this entry, tok sahlah percaya apa2 yang datang dalam emel atau private mesej di Facebook. Ini bukan kali pertama Kjee buat citer macam ni. Semuanya penipuan alaf baru. Tapi kalau korang ada duit banyak macam nenek Indon tu, okaylah. Kalau tak luak duit atau tak jadi miskin, dermalah pada Awang gelap tu. Tapi kalau nak pahala, dermalah kat Kjee atau kat rumah anak yatim. Hehehe.

7 comments:

irfa said...

yang peliknya tak serik2 pdhal bersepah keluar citer penipuan awang hitam ni di tv,di paper
pelik tul la

Scarlett O'Hara said...

Kalau dah jatuh cinta, semuanya indah belaka ek Kak Jee!

Anonymous said...

suami saya pun terkena KJ tapi belum sampai tahap kerugian RM lahh. Kedua-dua wanita yang mengenakannya tu kononnya tinggal di London. Sorang tu ngaku bapanya orang Malaysia. Dia janji nak hantar parcel mengandungi Laptop, Handphone dan ntah apa-apa lagi ... tetiba suami dapat call .. minta tolong clear custom fee. Kononnya parcel tersangkut di kOTA kINABALU .. dan pihak kastam hanya akan melepaskan parcel tersebut bila bayaran cukai di buat. PElik betoi .. kenapa pula tersangkut di KK sedangkan alamat suami di KL. Bila suami enggan bayar, dia di hujani panggilan telefon dan yang bercakap suaranya sebiji suara AWANG HITAM. Samapai sekarang dia masih ganggu suami saya .. kononnya suami tak tunai janji untuk bayar duit cukai tersebut.

MiEy said...

rasanya kesepian nenek tu melebihi rasa intelligence.....

Suzie said...

Kalau dah cinta awang hitam nampak putih ...hehehe

dayang Citra said...

Betul tu kak jee..kadang rasa sangat menyampah dengan dia org ni..penuhkan mail box je..

sharifah rosidah said...

Adoi, tak tahu nak cakap apa senang betul nak serah kan duit pada orang yang tak dikenali, bila terkena baru nak cakap kena tipu sendiri kena fikirlah kan.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...