Monday, December 12, 2011

GULA TIRUAN...BERANI NAK MAKAN?




Antara gula tiruan di pasaran. foto Kjee google


Gula tiruan atau artificial sweetener...pernah dengar tak? Kjee dah lama dengar dah. Malah kali pertama masa Kjee pergi Jepun hampir 30 tahun yang lalu. Memang dah berlambak di sana orang gunakan gula tiruan. Malah ada dari jenama Ajinomoto, masa itu, kalau tak silaplah.

Tapi Kjee ni jenis tak berani nak cuba. Bukan kerana apa. Cuma rasa tak selesalah guna bende2 yang dierbuat dari chemical. Kononnya kalau guna artificial sweetener elok untuk kesihatan. Konon boleh elak kencing manis dan sekali gus elok untuk mereka yang diet.

Rasional Kjee mudah. Daripada guna gula tiruan, elok tak payah guna gula langsung. Pasti lebih sihat. Semua tahu gula antara punca banyak penyakit. So, apa perlu kita tambah masalah dengan memakan gula tiruan. Kurangkan penggunaan gula asli kalau bimbang diserang penyakit. Betul tak?

Dr SS Tamilselvan
Dan kebetulan hari ini Kjee tengok satu posting oleh Dr SS Tamilselvan, Konsultan Kesihatan 4Life Malaysia dalam page Champions4Life. Dr Tamilselvan atau lebih mesra Kjee sapa sebagai Dr T, banyak sangat membaca dan buat researchnya sendiri mengenai penyakit2 baru di dunia ini. Dan apa sahaja info yang baik dibacanya, dikongsi dengan ahli2 4Life dibawahnya.

Menurut Dr T, Artificial Sweetener Disease (ASD) atau diterjemahkan sebagai penyakit Gula Tiruan sekarang sangat berleluasa di Amerika. Berpuluh ribu rakyat negara Uncle Sam itu, dikatakan sedang mengalami tanda2 penyakit itu!


Apakah tanda2 penyakit itu? Sakit kepala yang berulang2, migraine, kemurungan, sakit sendi, arthritis, dengung dalam telinga, kelesuan, sukar buang air besar/kencing, acid reflux dan lain-lain.

Bagaimanapun, para doktor di Amerika tidak berani menyebarkan berita penyakit2 tersebut sebab penjualan gula tiruan amat berleluasa di sana. Dan kalau orang sakit sebab ASD, doktor sana boleh cari makan!!

Ada jugak gula tiruan khas untuk digunakan dalam masakan!! Kjee ada tengok dalam rancangan masakan yang disiarkan di Astro.

Tanda2 penyakit ASD tidak akan dapat dikenali seseorang kerana ia bergantung kepada jenama apa yang dia makan dan berapa lama dia sudah mengambilnya. Ada di antara jenama yang dikeluarkan tinggi kandungan toxic nya.

Justru, pengambilan berlebihan boleh menyebabkan pelbagai penyakit dari yang ringan hingga kronik.

Kjee rasa pengunaannya di kalangan penduduk Malaysia tidaklah meluas. Jarang2 kita dengar orang Malaysia yang mengambil gula tiruan kecuali mereka yang seringkali makan di hotel2. Kjee pernah menemui gula tiruan ini dalam peket2 kecik diletak diatas meja di coffeehouse dan kadang2 dalam bilik hotel bertaraf 5 bintang.

Cerita yang Kjee dengar dulu, hanya ambil satu biji kecil gula tiruan, manisnya sama dengan dua atau tiga teaspoons gula biasa. Ada kata, rasa sampingan gula itu pahit (bitter). Tetapi entahlah. Syukur Alhamdullilah Kjee tak pernah cuba. Apa2 yang Kjee was2, Kjee elakkan.

Ini yang dipost oleh Dr Tamilselvan dalam page Champions4Life.


Artificial Sweetener Disease; a new breed of sickness

Artificial Sweetener Disease (ASD) is sweeping across America, affecting tens of thousands of consumers, and Western medicine calls it anything but what it really is, so that doctors can prescribe expensive pharmaceuticals and set up "check up" appointments for the following weeks.

Call it recurring headaches, unbearable migraines, depression, anxiety, muscle pain, arthritis flare ups, buzzing or ringing in the ears, chronic fatigue, fibromyalgia, irritable bowel syndrome (IBS), Crohn's disease, inflammation, even acid reflux, but don't call it ASD, or the patient may stop consuming synthetic sweeteners, and then not schedule more doctor visits.

The symptoms of ASD can change overnight, depending on how much chemical sweetener you consume, and which ones. Some combinations are especially toxic. Consumers can go from a migraine headache to vomiting or from vision problems to an upset stomach. Many people experience central nervous system disorders, cramping, nervous twitches and abnormal reflexes.

9 comments:

citizen said...

salaam,

saya hanya pernah cuba sekali,kak.
selepas itu saya tak mau dah,maklum la...bahan kimia. saya lebih suka gula perang :)

mizlynaibrahim said...

Auntie,any 3 in 1 drink pon ase AS ni kn?

Kjee said...

Aunty tak pasti samada minuman 3 in one ada AS, mizlynai.
memang betul citizen. elok makan gula perang atau soft brown sugar. lebih sihat.

ibh said...

Aslmkm Kak Jee.
Byk betul bahan yg tiruan sekarang ni kan.
Nasib la sue ni tak suka manis. Pas ni kena beli gula perang saja la ya..Tak pun beli STivia ja..

OMR (Rose) said...

thanks for info kjee....betullah tu...anything yg artifial nih, belum tentu elok & selamat...it's fake kan? saya setuju dengan kjee....kalau tamau sakit, kurangkan pengambilan gula asli...kenapa nak tukar ke artificial sugar plak.

Nak tanya pendapat kjee, mcm mana pulak dengan gula 'staevia' yg org ramai tengah dok pulun consume skrg nih...selamat ke kak?

Kjee said...

Maaf tanya. staevia bukan gula tiruan jugak ker? Kjee pernah dengar pasal jenama ni tapi tak confirm ia palsu ke tidak. nanti nak kena tanya Dr T.

Anonymous said...

terima kasih atas info diatas....

Masya said...

macam² lah sekarang ni.. sampaikan gula tiruan pun ada.. naik takut dibuatnya...

Anonymous said...

bukan gula jer tiruan kak jee .. byk lagi kiub ayam .. kiub pati ikan bilis .. perasa pandan .. eee ..byk lagi ler .. semuanya memberi kesan pd tubuh bdn dlm jangka masa panjang ...itu sebab skrg nih ramai yg dapat penyakit ..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...