Friday, December 16, 2011

JALAN JALAN KE PERAK JUMPA PROSPECT DAN MAKAN DURIAN!!!


Tu dia...berbakul bakul dan berlonggok2!!
Kalau negeri lain sudah mula dilanda hujan dan banjir di Negeri Perak pulak sekarang sedang demam durian!! Sana sini boleh nampak gerai durian di kiri kanan jalan. Even kat tempat  R&R, pun ramai yang mengambil kesempatan jual durian!

Semalam ketika ke Changkat Jering kerana majlis Ziarah Keamanan, kami bertiga bertolak ke Taiping jumpa kawan Dato Hafifi. Dalam perjalanan ke Ipoh selepas itu, Dato Hafifi sudah mula menilau cari durian. Kami singgah di satu tempat di Taiping dan bedal 5 biji durian kampung yang baru gugur! RM10 jer!

Kjee makan sampai semput malam tadi. Nasib baik Unclepali cepat2 hulurkan TF Cardio dan vitamins serta minerals. Kalau tidak, dah kojol agaknya malam tadi. Tapi masih tak serik. Hari ni pekena lagi. Mujur tak semput sebab pagi tadi makan double dose supplimen CV hehehe. Bak kata arwah mak, makan mati, tak makan pun mati. So baiklah makan.

Tadi dalam perjalanan pulang dari Ipoh, Dato Hafifi kata kalau nak beli deghoyan untuk bawak balik, kat Tapah ada banyak. So Unclepali pun drive keluar exit ke Tapah. Sepanjang jalan tak nampak banyak durian. Kjee dah kecewa sebab ingatkan nak beli durian for my princess. Rasa tak selesa makan durian kalau anak tak makan sama. Nadia tak ikut ke Perak.

So apabila tak nampak gerai2 durian di Tapah, agak kecewa jugaklah. Dalam hati berkata2, kalau dah tak ada rezeki, nak buat camner! Tetapi, jeng jeng jeng, tetiba sampai di Bidor, kami bertiga terjerit nampak berlongok2 durian baru turun dari lori! Apa lagi kan, terjah lah!!

Abang Bahrin Jamaluddin, tauke durian punyalah baik melayan kami! Tak henti2 dia mengopek durian free bagi kami rasa! Apa lagi, kami pulunlah sampai 5 biji! Abang tu nak bagi lagi tapi kami tak larat. Lepas tu, Dato Hafifi dan Unclepali punggah satu bakul durian dalam beg plastik untuk dibawak pulang. Itu kami belilah. 

Satu bakul RM50. Apabila Unclepali dan Dato bahagi2 ala2 ...satu untuk kau, satu untuk aku...semuanya ada 65 biji. Kjee suruh Dato Hafifi mintak abang Bahrin tambah lagi 5 biji supaya equal share sorang 35 biji. Abang Bahrin tu terus pilihkan yang terbaik lagi 5 biji.

Dato Hafifi sempat jugak beri penerangan pasal Transfer Factor kepada Abang Bahrin. Bawah pokok koko lagi!! Lawak betul. Kesian abang tu kena kencing manis tahap melampau. 

Kami pun berangkatlah pulang. Semerbak bau durian dalam kereta sepanjang jalan. Tapi tak kesah. Sampai rumah nanti, Kjee nak beli roti 1 buku dan susun dalam kereta, Insya allah semua bau akan hilang. Lebih elok dari guna arang!!


Sempat Dato Hafifi bagi penerangan pasal Transfer Factor kat tauke durian. Bawak pokok lagi kahkahkah
Petai dan manggis. Kjee nak beli seikat besar petai harga RM40. Di KL RM70 tapi Unclepali tak bagi,. Sedih sangat

Dato Hafifi terus terjah gerai durian sebaik kereta kami berhenti
Ini masa makan durian semalam kat Taiping.

4 comments:

Rabiatul Adawiyah Abdul Rahman said...

tempat kak jee beli durian tu bukannya bidor kak jee tapi Sungkai.Baru minggu lepas saya beli durian kat pakcik tu masa on the way balik kg .he..he..he..

ieda said...

ya Allah kak jie....banyaknya durian...saya pun gila durian gak.....bestnya dapat lepak kat tempat macam nie...toleh kiri kanan semua durian....murah plk tu.
btw...tokey tu suka makan durian gak kot...sebab tu kencing manis tinggi.

Anonymous said...

betol ni kat sungkai...simpang masuk ke Kampung Haji...dekat umah mak saya...pakcik ni dok blkg umah mak

zuwaidah said...

waduhhhhhhhhhh...doreyannnnnn....fulamakkkkk...
sukanya dgn doreyan...kat KL mahal kan...kalau dpt makan mcm kak jee nih...malam sure kipas pusing laju nih

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...