Tuesday, December 13, 2011

JANGAN GUNA MINYAK MASAK LEBIH DARI SEKALI!



Ini minyak selepas masak sekali. Disimpan untuk guna lagi.


Hari ini ada berita kurang enak yang Kjee nak story dengan korang. Bukan bukan bukan. Bukan cerita artis kena pukul dengan suami, bukan kisah artis curang, isyhhh bukan bukan bukan. Kurang enak...maknanya kurang sedap. Kurang sedap maknanya yang ada kaitan dengan makanan.

Tadi Kjee seperti biasa, duduk je depan computer, mesti baca akhbar. Satu demi satu Kjee baca sampai ke akhbar The Star. Kemudian Kjee kerut dahi baca heading berita ini.  Don’t use oil more than once, warns poison centre. Terjemahannya, Jangan guna minyak masak lebih daripada sekali!

Alamak. Kalau arwah Bonda akan terus jerit "Ini langsung tidak eko-no-money (ekonomi)." Bonda akan tapis setiap minyak masak yang baru sekali digunakan dan simpan untuk kegunaan kedua ataupun ketiga. Itu zaman bonda dulu tetapi sekarang rupa2nya tak boleh buat cam tu lagi!!

Penggunaan minyak masak berulang kali boleh menyebabkan hypertension (darah tinggi), merosakkan hati (liver) dan penggunaan dalam jangkasa masa panjang boleh menyebabkan kanser!!!

Ini bukan wartawan  The Star yang suka2 tulis sebab dipujuk oleh orang yang jual minyak masak tetapi oleh Konsultan Pusat Racun Negara (National Poison Centre), Dr T Jayabalan.

"Pemendapan hydrokarbon dalam minyak masak boleh menyebabkan arteri darah menjadi keras dan tersumbat (stiffen arteries), menyebabkan darah tinggi dan kerosakkan kepada hati," kata Dr Jayaabalan.

Ini confirm ke guna minyak baru? - google

Kalau was2, lain kali buat jer goreng pisang di rumah - google

Kjee terfikir. Kalaulah Kjee amalkan penggunaan minyak sekali sahaja di rumah, mungkin tak jadi masalah sebab kami bertiga sahaja. Tetapi bagaimana kalau dalam satu keluarga itu ada tujuh hingga lapan orang? Mesti tak mampu buang minyak masak yang telah digunakan sekali sahaja kan?

Macam mana kalau kita makan di luar. Tak payahlah cakap pasal restoran. Kita cerita jer pasal Cik Ani dan Cik Som yang jual kuih kat gerai2 di sekitar tempat kita tinggal. Apakah Cik Ani atau Cik Som akan buang minyak dia orang goreng pisang setelah sekali guna?

Banyak kali Kjee tengok orang macam itu, main tambah jer minyak dalam kuali apabila minyak dah kurang. Selalunya minyak itu dah hitam legam. Kemudian ada kata kalau nak bagi bersih minyak tu, campakkan jer kulit pisang dalam minyak. Kejap lagi bersihlah minyak tu. Wallahualam!

Hah lepas tu, ada pula berita lain dalam akhbar sama pagi ini mengenai minyak2 yang dijual dalam peket 1 kilo. Murah kan minyak tu. Ramai peniaga dan jugak suri rumah guna minyak itu sebab nak eko-no-money.

Tetapi tahukah anda, kemungkinan besar minyak itu adalah minyak kitar semula! Peniaga2 yang tidak bertanggungjawab membeli minyak2 yang telah digunakan misalnya dari restoran ayam goreng terkenal (sebut nama nanti kena saman lak).

Kemudian minyak terpakai itu melalui pelbagai proses saringan, ditambah chemical dan menjadi bersih. Selepas itu, dijual semula sebagai minyak ekonomi!!

Selisih malaikat 44 (dailog arwah bonda yang popular)! Kjee mohon ampun dan maaf kepada semua pelanggan gerai Kjee dulu sebab Kjee guna minyak peket ini untuk memasak. Masa tu Kjee tak tahu. Ingatkan eko-no-money. Maklumlah Kjee ni peniaga kecil2an jer.


17 comments:

eima-caa said...

betul tu Kjee...eima pun xtau dr mana dtg idea guna myak sekali jek..masa tu kalo mak tanye eima kata minyak dlm botol ni pun minyak recycle..hehehe...tapi bg eima yg anak masih kecil & jarang masak, tak lah terasa eko-no-money tu...

SYANI said...

Pernah jugak dengar pasal ni. Memula dulu ikut juga. Pas guna sekali terus buang. Tapi sejak ahli keluarga bertambah, terpaksa berjimat cermat. Tapi maksima 2 kali penggunaan je...

** Minyak masak dah mahal la sekarang!

yaya chef kecik said...

alamak!student selalu buat mcm tu huhu..siap beli myk murah lagi tu -__- lps dah guna simpan..then, guna balik wuwu..

.:Mama Dhia:. said...

salam kenal kak jee..
good info..
oo..sekali jer gune, pastu kene buang ek..
kalo minyak tu macam jernih jer lg, sayang lak rasenyer nak buang..

tinie said...

salam k.gee....saya sokong dengan kenyataan k.gee....belanja dapur akan makin bertambahlah... so makna lepas nie kalau nak makan pisang goreng kena goreng sendiri lah.... sbb nye pasti peniaga2 tu guna berulang kali minyak untuk menggoreng....

Mama said...

hi kak jie...abih iklan iklan minyak masak yang terkini bleh pakai berkali kali...tiada kolestrol dan tapisan minyak berih sekali dan warna minyak yang cerah ( clear )...haaaa ayat ayat gini dah tak laku le jawabnyer... tul tak???? tapi nak salahkan sape kak???

cida said...

waaa..baru tahu ni...
tp betul la kjee..kami cuma ber2 dlm umah...xde masalah la bab minyak ni
kalo kuarga besar, harus pejam mata je la kan..

Anonymous said...

bab membuang memang dah keje nor dari dulu malas nak kotorkan bekas nor suka buangje minyak goreng lepas guna tetapi bila d dapur ade sorang lagi tukang masak yang xtra rajin maka banyak le minyak simpan lepas guna bila kita buang kena marahmacamni susah le sikit...nor

roseliza64 said...

Klu kita masak dan mkn di rumah ok la.tapi berapa bnyk plk kita mkn kat luar...di luar sana mn ada peniaga nak pikir pasal kesihatan org rmai..dia mesti pikir keuntungan...

lienda said...

selalu guna minyak tu berulang ulang selagi masih rasa leh guna,pasni pikiaq 2 kali lau nak guna balek....

zuwaidah said...

saya pun tahu gak, tapi tu la sayang nak buang kan kalau dah guna banyak. next time saya pun kena hati2 nih.
rindu dah lama tak jengah sini, blog saya pun dah ok dah...lega sangat...leh singgah selalu kat sini ehehehehe

Adie Achim said...

lah ye ker.. hmm.. membazir.. gulp! tapi kalau dapat penyakit kosnya lebih tinggi dari yang dibazirkan :) stuju ??

abby said...

salam kenal kak jee :).. sy ada jugak dgr ni drpd doktor peribadi, mmg dia siap tanya kat rumah pakai minyak brand apa, pkai brape kali.. kalu pkai minyak recycle ni long term boleh sebabkan jugak sakit2 sendi selain sakit2 yg kak jee bgtau kat atas tu.. so nak tak nak kitaorg sefamili cuba tukar cara penyediaan makanan kepada rebus, kukus & bakar.. setakat tumis sayur tu guna minyak baru & sikit je pun kan..

Anonymous said...

saya yakin 99% dari kita recylce minyak masak yang digunakan. Paling-paling pun 2 atau 3 kali. Yer lahh .. sayang nak buang kan. Nak pula guna minyak yang dalam botol ( bukan paket ) memang mahal pun. Susah juga nak amalkan sekali guna saja.Apa pun kena belajar kurangkan penggunaan minyak je lah dan kurangkan atau stop terus dari beli goreng pisand dan apa-apa gorengan di pasar malam serta gerai di tepi jalan.Sha ...

Juadah said...

hi kak jee.

Bila baca entri ni buat sya gerun sebab sya ni selalu makan2 kat luar (tak tau berapa kali minyak yg diaorg gunakan).Siap boleh buka blog jalan2 cari makan..huhu

sayasayangsuamisaya said...

pernah jugak dengar pasal kes ni dulu...
tapi tak sangka pula minyak dalam paket tu minyak recycle... thanks for the info...

Anonymous said...

assalam kak jee..leh share tak artikel ni untuk info kengkawan lain yg x tahu..tq kak jee..:) lienda abaz

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...