Wednesday, December 28, 2011

JJCM ~ GERAI D'POKOK PAKCIK MALIK, SUNGAI BULUH




Penat dah citer pasal artis. Kali ni nak bawak korang pergi satu gerai bawah pokok besar kat Sungai Buluh. Depan sekolah menengah Sierra Mas, Sungai Buluh menghala ke Hospital SB.

Hari Sabtu lepas, masa nak balik selepas jenguk rumah baru kami di Sungai  Buluh, Nadia ajak gi makan di GERAI PAKCIK MALIK D'POKOK. Nama gerai pun dah kelakar. Authentic gitu. Tapi makanannya sedap sangat. Stail kampung dan murah giler!


Mana ada cucur udang cicah dengan kuah kacang yang sedap hanya tiga biji hanya RM1! Laksa utara pulak hanya RM3 satu pinggan.

Selain itu, jempu2 pisang, 8 biji RM1 dan roti jala dengan kuah kari daging 3 keping RM1. Gerai ni bukak setiap hari kecuali ahad mulai jam 11 pagi hingga 6 petang.









11 comments:

mala said...

alahai kakjee ... lapaq dah ni!

Sari Yusa Ibrahim said...

murah.. sesuai utk org kuat mkn mcm saya, maklumlah.. nak mkn byk mahal, jadi kena cari gerai yg murah baru leh mkn byk tanpa risau nak bayar.. hehe

JunAina said...

Cucur udang kuah kacang jarang2 jumpa kat KL, biasanya cicah sos je... Rindunya dengan cucur udang...

Kalaulah Sungai Buluh tu dekat je, mau Aina ajak hubby pergi.

syikin said...

yup... mmg terbaik gerai ni....selalu pegi mkn kat sini...sedap & murah.... ;)

Anonymous said...

as salam KJ .. Memang masih murah harga menu di gerai tu KJ. Suami saya selalu pekena MEE REBUS di situ. Sedap katanya. Selalu berderet kereta parking di tepi jalan. Bermakna ramai pelanggan tu. Nanti KJ cuba western food di Restorannya memang unik ( di bahagian dalam ). Saya suka pekena CHICKEN GRILL. Harganya RM11 kalau tak salah. Kedainya di sebelah kiri jalan sebelum trafik light ke Paya Jaras dan selepas tapak Pasar Malam. Sha ...

ieda said...

KAK JEE...
pakcik ni jual harga standard utara nie....kat sini harga2 makanan macam tu lagi..tak la mahal sgt.

I'm Cida- This Is My Photo Blog said...

harga murah..rasa lak sedap..murah lah rezeki peniaga tu...kita yg mkn pun sambil2 doakan agar rezekinya terus makmur... :-)

Ct noarizah said...

Memang berbaloi-baloi !!

Anonymous said...

sy tgh cr mase nak g kt sini..mmg dah lama x mkn cucuq udang cicah ngan kuah kacang...dulu2 masa balik kg belah ayah kt baling kedah mmg x pernah miss g mkn cucuq ni kt kedai pak cik tu tp la ni dah x dak meniaga..x tau p mana...

KAMARUL said...

Selalu nampak tapi tak pernah singgah. Lain kali nak cuba try

Anonymous said...

tetiba pulak dah keluar dalam Jalan2 cari Makan TV3 semalam...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...