Thursday, December 22, 2011

JJCM - MINUM PETANG DI BIG APPLE, JUSCO SETIAWANGSA


model baru Big Apple?






Tadi sewaktu pulang dari ambil stok acuan roti jalan dan ramekins, Kjee tanya Unclepali nak minum petang di mana. Seperti biasa dia geleng kepala. Hmm kalau serah padaku, Kjee teringin nak minum tea dan makan donuts di Big Apple, Jusco Setiawangsa. Okaylah. Unclepali memang suka sangat makan donuts Big Apple.



Sepanjang jalan di MRR2 Kepong, hujan renyai2. Kemudian Nadia call tanya mana. Apabila dia dengar nak pergi Big Apple, terus dia suruh jemput dia dari Uni. Kelas pagi tadi dah habis tapi dia sambung ulangkaji di library.

So kami bertiga ke Jusco. Ini first time masuk Big Apple dan minum disitu. Selalunya, beli dan bawak balik jer. Wah ada donut baru yang dihias ala2 sushi. Cantik sangat. Tapi Nadia suka makan donut yang biasa. Kjee pilih apple tea manakala Unclepali seperti biasa mesti order air yang pelik2 ..Hazelnut Latte kot. Rasa pelik sungguh...last2 membazir je.

Tadi Nadia amik gambar donut sushi tu tapi lighting tak cukup. Gambar blur. Memang cantik sangat2 donut tu. Buat hantaran tersangatlah menarik.

Sebenarnya, kalau nak ikutkan Kjee lebih suka donuts J-Co daripada Big Apple. Tapi malas nak ke Pavillion tadi.


4 comments:

mala said...

donutshi nama dia, mmg menarik dan cute ....

Anonymous said...

pd saya Jco donutnya lebih manis... saya suka big apple...esp tiramisu dan almond...sedapnya

elly said...

saya pon suka Jco.....
pernah beli donashi tu...tapi anak2 tak suka....

zuwaidah said...

kak jee. saya makan satu keping donut big apple ni pun dah rasa kenyang, kalau tambah lagi satu..sure rasa muak dah. almaklum perut kecik tak reti nak makan.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...