Wednesday, December 14, 2011

JJCM ~ NOODLE SOUP YANG ENAK DI TAIWAN HOUSE, AMPANG POINT


Beef and beef Ball Glass Noodles

Beef Ball Glass Noodles


Lepas Maghrib tadi, tetiba teringin nak makan noodles kat Taiwan Noodle House, Ampang Point. Dah lama Kjee dan Nadia jadi pelanggan mereka. Dan apabila Unclepali masuk dalam keluarga kami, Unclepali pun kami heret sama untuk menikmati makanan enak ini.

Beef Noodles Soup adalah makanan ruji orang Taiwan dan sangat popular di seluruh pelusuk negara itu. Kjee banyak kali dah tengok restoran macam ini dalam rancangan jalan2 ke Taiwan kat TV.


Sawi jeruk dan sambal

Selepas Ampang Point, dibuka lagi cawangan Taiwan Noodle House ni sederet bangunan Habib Jewels tetapi tak tau kenapa, tutup pulak selepas beberapa tahun. So, kami tiga beranak berarak kembali ke Ampang Point.

Hari ini setelah lebih 10 bulan kot tak kesana, kami pergi lagi. Hari ni rasa pelik sangat sebab selalu ke sana naik kerusi roda (selama 2 tahun). Hari ini berjalan perlahan2 ke restoran yang terletak di tingkat 1, Ampang Point. Terkejut melihat ambience restoran yang serba baru dan hijau. 
Beef dan Beef Ball Glas Noodles

Namanya pun sudah ditukar dari Taiwan Noodle House ke Taiwan House! Tetapi menunya masih serupa. Bagaimanapun, Kjee intai menu dan lihat perubahan harga. Mula2 dulu, satu mangkuk noodle soup harganya dalam lingkungan RM9.50 dengan segelas jasmine tea percuma. Masa itu, satu mangkuk boleh share dua orang sebab besar sangat portionnya.

Kemudian dinaikkan ke RM10.50 dengan portion yang cukup2 untuk seorang. Tadi Kjee pergi, harganya naik menjadi RM11.50. Hmmm nasib baik rasanya maintain.

Kehebatannya masakannya ialah pada supnya. Kjee pernah google  cari resipi Taiwan Beef Noodles ni. Mereka menggunakan banyak rempah ratus untuk rebus daging termasuk kayu manis, pelaga dan juga cengkih. Pernah juga satu ketika dulu Kjee cuba buat tetapi rasanya tidak sama.

Supnya dihidang steaming hot. Silap2 haribulan boleh melecur lidah dan bibir. Dalam sup ada sayur2 seperti carrot, lobak putih, sawi dan juga kobis Cina. Dihidangkan jugak dengan sayur sawi jeruk dan sambal yang sedap. Daging dan juga Beef Ball jugak banyak dalam setiap mangkuk.

Kalau ke sana, Kjee suka order Beef Ball Glass Noodles soup. Tadi tersilap order yang datang Beef Balls sahaja bersama Glass Noodles atau sohuun. Unclepali dapat apa yang Kjee nak iaitu Beef Ball with Beef And Glass Noodles Soup. Silap sikit jer lain yang datang rupa2nya. Dagingnya direbus dalam pressure cooker dan lembut sangat.

Nadia pulak order dry wantan noodles with dumplings. Kjee jeling. Nampak cam kurang sedap tapi habis dia makan sebelum sempat Kjee nak cilok sikit. Hehehe.

Soup dia memang out of this world. Korang trylah makan kalau ke Ampang Point.


Dry Wantan Noodles With Dumplings


Suasana dalam restoran

3 comments:

Anonymous said...

Restoran ni halal tak sis?

Kjee said...

kalau tak hala, takkan Kjee masuk. tengoklah gambar tu. ramai yang bertudung makan.

Anonymous said...

this is my favourite sejak 10 tahun lepas.....tiap2 minggu mesti pekena. tokey tu pun dah kenal. kalau saya datang, sawi jeruk mesti lebih...:)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...