Monday, December 26, 2011

JJCM - RESTORAN ARAB SABA DI JALAN JELATEK








Daging Lamb Hanith dibungkus dengan foil

Lamb Hanith

Chicken Hanith





Semalam (Hari Christmas), Kjee punyalah teringin nak makan makanan Arab. Petang tu sambil baring depan TV, termimpi2 gi makan di restoran Arab. Apabila Kjee terjaga, tengok Nadia baru balik dari renunion sekolah menengah dia. Apabila diajak, dia dan Unclepali tak menolak.





Mulanya cadang nak ke Restoran Wadi Hadramawt di Jalan Ampang tetapi last minute ubah fikiran ke Restoran Saba di Jalan Jelatik. Udah lama kawan Kjee, Sophia kata nak belanja makan kat sana. Tetapi biasalah kan, Kjee tak selesa nak makan belanja orang. Lagipun, kami bertiga.

So kami ke sanalah petang Ahad (semalam). Dari jauh nampak macam kena naik tangga satu atau dua tingkat sebab ada dua restoran yang sama. Rupa2nya park kat basement, terus naik lif.

Kjee pun selak2 menu. Kjee terus pilih Lamb Hanith, Unclepali order Chicken Hanith dan Nadia order lamb kebabs. Kjee turut order lamb soup. Sebelum order sampai, waiter hantar dua mangkuk dalca dan dua piring sambal Arab. Kjee ambil sudu dan rasa dalca. Sebelum ni belum pernah ada dalca di Wadi Hadramawti. Hmmm sedapnya. Ada harapanlah makanan lain pun sedap jugak, kata hati.

Chicken Hanith sampai dulu. Ayam dipanggang dan diletak atas nasi ala2 nasi minyak atau nasi hujan panas. Berasnya panjang2. Kemudian waiter hantar satu lagi pinggan nasi dan satu pinggan daging berbungkus. Lamb Hanith Kjee. Nadia pun tak buang masa bukak. Ada dua ketul lamb panggang yang sangat2 lembut.

Dah kelaparan, Kjee dan Unclepali belasah makanan di depan mata. Lamb Kebabs Nadia pun sampai. Ada roti ala pita dan salad serta fries. Kjee cubit sikit. Sedap walaupun termasin sedikit. Kemudian sampai pulak Lamb soup yang kuahnya jernih tetapi jugak sangat sedap. Lambnya lembut sebab dimasak lama kot.

Hmm macam ni, goodbye Wadi Hadramawt, The Castle dan Al Rawsha. Boleh ulang di Saba, second time, third time and everytime. Banyak lagi menu yang Kjee rasa, pasti sedap. Rasanya sangat menepati citarasa Kjee dan keluarga. 

Cuma satu yang Kjee terkilan. Waiternya (budak2 Melayu) kureng sikit mesra pelanggan. Berkali kami panggil, buat tak nampak jer. Kalau nampak pun buat bodoh, buat donno (don't know) atau tengok kami like looking through glass!!

Harga makanan di Saba, jauh lebih murah dari Wadi Hadramawt. Biasa kami makan bertiga di WH lebih kurang RM120 tetapi yang kami makan semalam, cuma RM72 termasuk minuman. Khabarnya, ada cawangan di PutraJaya. Oppsss silap...CyberJaya.

Kjee pergi kali kedua (Isnin) dan ada seorang waiter tu beritahu, chef dari CyberJaya yang handal memasak kini sudah ditugaskan di Jalan Jelatek. Agaknya sebab customer sini lebih ramai. Memang betul. Masa kami datang kali kedua, sarat barat! Ada yang kena tunggu dan beratur  ala2 Hard Rock Cafe gitu.

Lamb kebabs



16 comments:

mala said...

kakjee, Saba restoren Arab kegemaran kami sekeluarga. selain dekat dgn rmh rasa nasi dia lebih moist compare to other arab rest. hehehe

berkali-kali pergi tak reti-reti nak jemu lagi. dah makan nasi arab turun bawah pegi beli snow ice pulak!

Kjee said...

betul mala. feel like going there again kejap lagi. hehehe

Sari Yusa Ibrahim said...

Sy pun peminat nasi arab, sygnya di jb ni ssh nak cari nasi arab yg bnr2 sedap :-(

Anonymous said...

Salam Kak Jee....Saba ada cawangan di Cyberjaya..

Surya

Hani said...

Salam Kak Jee..

Sedapnya nasik tue. Dah la tengah lapar nie. ;)

mama ju, said...

Salam

Ada kat Cyberjaya. Heem rasanya esok nak ajak suami dan anak2 ke sanalah.

Zira Abu Bakar said...

Kak Jee, kalau nak pegi restoran saba saya preferred pegi yg kat jln jelatek. restoran kat cyberjaya rasa nasi dia kureng sikit then environment kt jln jelatek lagi best

Zira Abu Bakar said...

Kak Jee, kalau nak pegi restoran saba saya preferred pegi yg kat jln jelatek. restoran kat cyberjaya rasa nasi dia kureng sikit then environment kt jln jelatek lagi best

Anonymous said...

di cyberjaya kak jee. sampai ke hari ni belum berpeluang mencuba, dah pernah pergi pada hari jumaat tapi lambat buka. InsyaAllah ada rezeki nak mencuba lagi.

cik pinkmoon said...

salm kak jee..jln jelatik kt mana ya?kwn2 pnah suggest saba kt cyberjaya tp x mnyempat lg nk pergi.. sy pnah try nasi arab kt cheras.. kedai Barada... pun sedap dan murah,, mkn utk 3 org 46 ringgit je..1 combo set(3 org mkn) + side dish + minuman:))

Kjee said...

sebelah Kondo Adamaya. depan lrt Jelatik

zuwaidah said...

kak jee, saya yang dekat ni pun tak sampai lagi restoran ni hehehehehe..nanti nak ajak suami la pi makan sini

Queenie said...

setuju tu kakjee..

gudbai to hadramaut hehe...

tapi nasinya cam besa laaa kurrsemangat, boleh putus zip banyaknya...saya makan 4 org sepinggan...hehe

ayam dan kambingnya best!
side order pun best gak! lepas makan kena duduk lama dulu...tak larat nak jalan...

Anonymous said...

ha ah.. memang ade kat cyberjaya,, kureng sedap x mcm dulu.. ade lagi satu restaurant arab yang sedap kat cyberjaya domain, sana'a restaurant.. sedap dr saba.. dulu selalu pergi saba sekarang sana'a restaurant. murah drpd saba'

zana zul said...

anon...saya pun selalu pergi sana'a di cyberjaya compare to saba'...sana'a ni mcm saba masa mula2 bertapak dia cyber dulu..

Anonymous said...

salam kjee,

ade petua x mcmana nak kasi daging kambing tue lembut bile bakar dlm oven?

ena

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...