Thursday, December 8, 2011

KALAU SATU KAKI DI DALAM DAN SATU DI LUAR

WARTAWAN VS ARTIS

Tengku Khalidah Editor Pancaindera Mingguan Malaysia bersama Siti



Kjee bukan hendak memihak sesiapa. Bak kata orang, kekadang Kjee tersepit di tengah2. Dulu pernah jadi wartawan dan juga artis at the same time. So apabila wartawan bantai artis, Kjee pun terkena serpihannya dan kalau artis bantai wartawan, Kjee turut rasa tempiasnya.





Pernah satu ketika dulu masa Kjee masih muda belia...eh taklah actually muda jelita, Kjee masuk kelab bolasepak artis wanita Malaysia. Seronok apabila dapat belajar macam mana nak main football dengan coach seperti Pak Ya (kini Dato Yahaya Sulong) dan Andre Goh (kini juga Dato). Kami panggil mereka coach masa tu.

Dwan dari Harian Metro bersama Tiz Zakiah
Nak dijadikan cerita, pasukan bolasepak wanita artis Malaysia pun diundang oleh pasukan bolasepak wartawan wanita The New Straits Times. Masa itu Kjee bingung sangat2. Kjee bukanlah ahli pasukan bolasepak wanita NST. Tetapi bayangkan Kjee staff NST tapi ala2 belot masuk team lawan!

Hari perlawanan, Kjee dijadikan 'musuh' oleh penyokong bolasepak NST. Kjee tak ingat team mana yang menang. Tetapi selepas itu, Kjee diberitahu oleh salah seorang pencacai team NST yang Kjee kena buat pilihan samada untuk memilih untuk meninggalkan team bolasepak artis atau...

Well, Kjee ni pun bukan terer sangat main bolasepak, so tentulah Kjee tinggalkan sahaja kelab bolasepak artis wanita Malaysia tu.

Adoii apa kena mengena pulak entry ni dengan artis bantai wartawan, wartawan bantai artis? Hmm pendekkan jer cerita, memang susah nak jadi wartawan dan juga artis. Pernah Kjee disindir kononnya banyak dapat peluang berlakon kerana produser nak 'gunakan' Kjee promokan drama mereka! Weh relax beb..macamlah aku tak ada bakat langsung!

Ewah sedap mulut jer orang nak kata kan! Kjee selalu elakkan promo free untuk produser kalau Kjee berlakon drama berkenan. Contohnya, ketika Kjee berlakon drama bersiri Santan Berlada dulu, Kjee tidak pernah menulis mengenai drama itu.

Tetapi Kjee interview barisan pelakonnya jika Kjee rasa ada news value. Lagipun, ada masanya Kjee berlakon guna waktu pejabat (curil2ah lah tu hehehe), so sebenarnya, Kjee tak ponteng. Kjee akan kembali ke pejabat esok sarat dengan story mengenai artis. So, camner boleh kata Kjee ponteng kerja kan?

Justru berbalik kepada kes Artis Bantai Wartawan Kjee rasa tempias dan Wartawan Bantai Artis, Kjee terkena serpihannya, itulah yang Kjee ulas diatas tadi.
Bersama Saodah Ismail - teman di Berita Harian dulu

Ibarat Kjee ada satu kaki dalam dunia kewartawan dan satu lagi dalam dunia seni.

Beberapa tahun lalu, Kjee telah diundang oleh sekumpulan wartawan supaya Kjee hadir di satu sidang akhbar tergempar kes Ammar yang mengugut dan menghina wartawan. Adik2 Kjee (para wartawan) merayu2 Kjee join sama sebab ketika Kjee jadi wartawan dulu, Kjee memang terkenal laser!

Malangnya, ketika sampai di sana, Kjee telah disambut oleh Presiden Seniman, Harun Salim Bachik dan barisan exconya. Mereka senyum lebar Kjee datang walaupun ketika itu menaiki kerusi roda! Pucat lesi muka Kjee!  Kjee kesana atas jemputan adik2 wartawan bukan Seniman! Kjee ahli Seniman.

Kjee duduk di barisan belakang sekali walaupun pihak Seniman suruh Kjee duduk barisan depan. Sedih dan pilu Kjee apabila adik2 wartawan yang dihentam kaw kaw oleh Ammar dulu, pandang Kjee minta sokongan moral. Ikhlas Kjee kata, kedatangan Kjee kerana sakit hati yang terlalu sangat atas kenyataan Ammar kepada adik2 wartawan.

Toleh depan, artis2 memandang kearah Kjee mintak Kjee beri sokongan kepada mereka pulak! Akhirnya, Kjee buat keputusan diamkan diri hingga ke akhir majlis!

Begitulah kisahnya. so kalau ada artis tuduh wartawan tidak adil dan hanya tulis ikut sedap mereka, tanpa dibacking dengan fakta, Kjee cepat marah. Janganlah tuduh sebarangan. Tanpa fakta, tiada seorang pun wartawan (YANG BERTANGGUNGJAWAB) berani menulis.

Begitu juga jika ada wartawan yang hentam artis tanpa rasa belas. Kjee jugak marah sebab Kjee juga tergolong dalam golongan manusia yang pernah bergelar artis.

So kalau korang di tempat Kjee, apa agaknya korang lakukan apabila ada one foot in and one foot out. Hehehe

12 comments:

Anonymous said...

nor akan ambil sikap berdiam diri dan menjadi pendengar yang setia dan penyimpan mohor besar kerana ini yang terpaksa nor lalui hari2 dalam merentasi kehidupan sekarang...nor

inahar ali said...

salam rindu kakjee..ada lg x stok acuan rotijala tu kakjee..hehe! baru teringat nk tanya..

Anonymous said...

susah gak camni yer.
emm kenapa susah sgt sy nak komen blog kak jee ni.selalu dapat baca je

irfa..

Kjee said...

salam Ina. Belum ada lagi. kalau ada, Kjee akan hantar by special delivery to your clinic!!!

Cho Zila said...

kak jee.. dari tulisan kak jee tu sendiri saya dah nampak payahnyer cam susah benar kak jee nak menceritanya.. kalau dah berada dalam situasi itu mestiler bertambah susah...

Ezza said...

Ammar ni sapa pulak kak jee..sorry lah..tertinggal lrt saya ni..

Kjee said...

Cho Zila: memang payah nak tulis. berbelit2 kan? harap korang faham. hehehe

Ezza: entahlah. ada pelakon baru..dulu katanya pernah menjadi model spender!

sharifah rosidah said...

Pandai kau terpaksa jadi beekecuali supaya tak bermasam muka dengan artis dan wartawan kan jee.

kakyong said...

rasanya mungkin akan berdiam diri jugak lah kak.. sebab kalo bercakap pun kena, diam pun kena jugak.. sekurang2nya lontaran sindiran tu boleh dielakkan bila kita diamkan diri...

mn fija said...

Itulah anugerah illahi & bakat yg ditakdirkan oleh nya utk kjee....pengalaman ,pengetahuan dua bidang sangat besar ertinya utk kjee berkongsi bersama sama dialam maya ini....hidup kjee....hehehe..

Anonymous said...

Salam Kak Jee,

Saya cuma nak tau pendapat Kak Jee mengenai sikap wartawan yang sangat bongkak macam Zubir berita harian. Mcm kes sia serbu pierre andre dulu tu sampai menafikan hak org lain seolah-olah semua artis kena tunduk dengan dia. Begitu juga dengan rancangan Melodi yang pada saya wartawan nya sangat tidak berilmu (apa lagi beretika) dan selalu memprovokasi dan sangat memualkan. Malah saya sudah lama tidak menonton Melodi semenjak formatnya bertukar yang mana pada pendapat saya sangat hina. Mengapa kita tidak mengamalkan budaya kewartawanan yang Islamik dan berbudaya timur? Apa pendapat Kak Jee ya?

Kjee said...

kalau wartawan tidak menjalani latihan sebelum turun padang, begitulah jadinya. sebelum kjee jadi wartawan dulu, kami telah dilatih selama sebulan pelbagai aspek kewartawanan. kemudian kami dihantar menjadi reporter di mahkamah. itu latihan terbaik. buat laporan berdasarkan fakta. kalau silap tulis dna berita tersiar, majistret akan panggil pemberita berkenaan. so bagi kjee itulah 'kelas' terbaik bagi pemberita memulakan karier. sekarang, mana ada wartawan yang jalani kursus macam tu. sebab itulah....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...