Friday, December 9, 2011

MAJLIS REUNION MAJALAH JELITA INGATKAN KJEE WARTAWAN PERTAMANYA!!

Keluaran terbaru Jelita Disember 2011



Menyanyi lagu Happy Birthday dan potong kek










Bulan Ogos 35 tahun lalu, A Samad Ismail panggil Kjee ke pejabatnya. Beliau mahu Kjee menjadi salah seorang wartawan untuk majalah wanita pertama yang dikeluarkan oleh NST group. Seperti biasa, Kjee ni kan suka sangat membantah. Kjee cuba nak menolak tetapi Pak Samad kata, pengarangnya nanti ialah Adibah Amin.

Dengar sahaja nama Kak Adib, Kjee terus setuju. Siapa tak mahu kerja dibawah Adibah Amin penulis paling hebat zaman Kjee dulu! Teringat lagi kata2 Kak Adib. 

"Fauziah, awak ada style penulisan tersendiri. Develop dan teruskan gaya penulisan cara awak itu. Jangan cuba meniru saya. Saya suka cara awak dan awak mungkin suka cara saya. Tetapi, kita harus bergerak atas kemampuan kita sendiri ya," lembut kata Kak Adib sewaktu dipanggil ke pejabatnya.

Masa tu Kjee muda lagi. Baru tiga tahun bertugas sebagai wartawan di The New Straits Times. Cukup nakal dan buat kerja ikut naluri sendiri. 

Dan petang tadi, Kjee sebak apabila emcee majlis, Raja Azeeda, membuat pengumuman memberitahu, Adibah Amin adalah Pengarang pertama majalah Jelita dan Fauziah Abd Samad, wartawan pertamanya! Terkedu Kjee seketika. Memanglah Kjee antara warga kerja Jelita ketika ia ditubuhkan TETAPI Kjee tak teringat Kjee wartawan pertamanya!

Di majlis reunion tadi, Kjee gembira dapat bertemu semula pengarang kedua majalah Jelita, Puan Zaharah Nawawi, Kak Rohani Pawancik serta pengarang terkini, Emma Husin. Emma memang sesuai jadi pengarang sebuah majalah bergelar Jelita. Dia pun masih jelita walaupun sudah ada dua cucu!!

Berpelukan Kjee dengan Noor Bathi Badaruddin (penulis rencana dalam Bahasa Inggeris yang cukup Kjee hormati. Wish I could write like her!). Beliau juga pernah bersama Kjee di majalah Jelita, Her World serta Fanfare. Semua majalah ini ketika itu dibawah Berita Publisihing, anak syarikat NST.

Jumpa jugak dengan Saodah Ismail, yang banyak menyumbangkan rencana dalam Jelita serta Nor Khairiah Abdullah. Terkilan tak dapat jumpa Kak Salmah Mohsein dan juga Maizam Abdullah yang sama2 berjuang ketika Jelita ditubuhkan 35 tahun lalu.

Hadirin yang lain, sedihnya Kjee tak kenal sebab semuanya join Jelita setelah Kjee lama meninggalkannya.. Inilah kali pertama Kjee diundang oleh Jelita. Seringkali Kjee follow setiap perkembangan mereka dari jauh. Mungkin masalah komunikasi menyebabkan Kjee tidak diundang.

Rohani Pakwancik, Emma dan kak Zaharah Nawawi
Apapun, terima kasih kepada Kak Rohani Pakwancik, yang menimbulkan idea reunion ini. Kjee tidak pernah terfikir akan dapat menemui semua Kak Ani, Kak Zaharah serta adik2 yang menerajui Jelita sekarang. Begitu jugak dengan teraju utama majalah Jelita, Emma Hussein yang sama2 berjuang bersama Kjee ketika kami menjadi wartawan hiburan.

Terima kasih daun keladi. Mudah2an Kjee diundang lagi di lain kali. Kjee datang membawa satu hadiah (untuk sessi bertukar2 hadiah) dan pulang dengan empat hadiah barang2 berjenama seperti minyak wangi Dior, lisptick Dior, wallet Sachs dan juga tudung (hadiah yang dibawa oleh Saodah Ismail).

Tetapi rasa2nya Saodah antara jemputan paling bertuah kerana mendapat cabutan bertuah satu set penjagaan wajah jenama SKII yang bernilai lebih seribu ringgit!!

Satu petang yang cukup indah dengan makanan yang lazat2. Terima Kasih Hotel Sunway Putra (dulu Legend Hotel) kerana menaja venue majlis dan makanan.

Selamat menyambut ulangtahun ke 35, Jelita!! Semoga terus mantap dan jelita!!


Antara hadiah yang Kjee terima


11 comments:

putERi-kAtEk said...

waaaa.....tak sangka!!

(^_^)\/

BaitiBadarudin said...

"Berpelukan Kjee dengan Noor Bathi Badaruddin (penulis rencana dalam Bahasa Inggeris yang cukup Kjee hormati). Beliau juga pernah bersama Kjee di majalah Jelita, Her World serta Fanfare. Semua majalah ini ketika itu dibawah Berita Publisihing, anak syarikat NST."
Saya sebagai pemberita kadet pun banyak terhutang budi dengan Jee yang tak lokek berkongsi tips. Terima kasih, Jee. Semoga segalla jasamu dikenang!

Kjee said...

Wish I could write as good as you Bed!

cupcakekasih said...

Kak Jee...indahnya kenangan itu dan akhirnya berpeluang juga saya bertemu dengan kak Jee, my super duper senior - Jun Zurilawati

norzailina said...

Salam, Kjee.

Happy sangat dapat bersua dengan u all "pioneers" majalah Jelita. Happening sungguh meja kita & I tak kering gusi dengan celoteh u all esp Kjee & K Odah. Selama ni hanya baca artikel yg u all tulis dlm magazines atau newspapers & tengok wajah di TV. Selain dpt sama2 raikan Jelita 35 tahun, dpt berkenalan dgn u all semua. Kak Baiti sangat interesting berbual dgn dia sebab byk pengalamannya di luar negara...
Moga ada kesempatan lain utk bermesra lagi...

Salam hormat,
Lina

Kjee said...

Hari2 meet new friends and semalam selain jumpa kawan baru, dapat meet up with old ones.
Seoronok jumpa you Lina, seorang novelis dan chef. Mudah2an lain tika kita dapat ebrsembang lagi.
Thnx Jun dan semua warga kerja Jelita yang beri layanan first class. hebat hadiah2 semua!

sharifah rosidah said...

Walaupun dah kenal lama, baru aku tahu kau dulu wartawan pertama jelita, tahniah Jee sebab masih boleh menulis setelah meninggalkan bidang kewartawanan.

Kjee said...

aku pun terlupa aku yang pertama, Shidah. Hehehe nampak sangat dah tua...nasib baik tak nyanyok kan.

Ezza said...

Kjee..
Saya memang pembaca setia Jelita ni sejak dari zaman lepas sekolah sampai lah beranak pinak..
Majalah ni memang lain dari lain..gambar pun cantik..
sekarang ni dah tak beli dah sebab banyak sangat iklan..penulis kegemaran dah keluar dari jelita dan keinginan nak membeli dah kurang...
zaman sekolah dulu Fanfare tu selalu di beli....

Anis said...

...terima kasih Kak Jee dan semua senior2 writer JELITA yg lain krn sudi melapang masa ke majlis kami yg biasa2 saja. Hope pada masa depan kita dpt bertemu lg.

...Utk Kak Jee, akhirnya dpt juga sy bertemu, ketawa dan bergambar berdua dgn Kak Jee. Selama ni hanya ikuti perkembangan Kak Jee dr blog ni saja. Alhamdulillah, sampai jugak hajat hati ni bertemu empat mata dgn Kak Jee. Mesra dan baik orgnya.

zuwaidah said...

kak jee, syoknyaaaaa reunion. saya kenal kak jun juga, (kenal dari alam maya je hehehehe)
semoga persahabatan berkekalan

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...