Tuesday, December 6, 2011

ORANG POMPUAN MENGAMUK, CUACA TUNGGANG TERBALIK!

Kaum wanita luarannya memang nampak lemah lembut. Tetapi apabila dia mengamuk, korang baik siap sedia! Boleh tunggang langgang tau. Boleh menyebabkan banjir, tsunami dan sebagainya!


Isyhh kata Kjee pose, apa hal lak merapu kan? Ala kalau pose kena duduk diam2 dan zip mulut pun tak best lah. Puasa tetap puasa. Kerja mesti jalan. Dan dah kerja Kjee menulis. Kalau Kjee tak tulis, Kjee tidur. Kalau tidur, nipis pulak pahala kan?!

Korang ingat Kjee citer pasal perempuan mana yang naik angin. Hehehe tak adalah. Kjee citer pasal cuaca sekaranglah! Eh apa pulak kena mengena cuaca sekarang dengan kaum wanita?!

Papan tanda besar di Jalan kepong yang tumbang semalam ekoran ribut petir - foto Star
Hah itulah yang Kjee sendiri pun pelik. Korang tentu pernah dengar pasal La Nina kan? Hah khabarnya La Nina tengah mengamuk sakan sekarang. Sebab itulah cuaca jadi kelamkabut. Ditambah pulak dengan musim tengkujuh. 

Hah sebab itulah kita semua hati2. Masa Kjee kecik2 dulu, banjir hanya melanda negeri2 Pantai timur. Tetapi sekarang kat KL waiimah di tengah2 bandar pun, boleh banjir tau!

Jahatlah mereka yang namakan angin topan dan yang sewaktu dengannya dengan nama pompuan. Apa dia orang tu ingat orang lelaki pun tak naik angin ker? Hangin mereka lebih teruk dari hangin orang pompuan! Orang pompuan naik angin kalau laki dia buat hal! Tetapi orang lelaki kalau orang pompuan tak buat hal pun dia naik angin! Dapat pun dia naik hangin, tak dapat apa lagi kan?

Korang jangan otak kuning pulak. Kalau laki korang tahu korang dapat bonus 12 bulan tak lama lagi, maunya dia tak naik hangin kalau korang tak bagi share. Kalau dapat pulak, dia cadang nak bukak stesyen lain. So kalau dia dah dapat duit kita, tapi kita tak bagi dia bukak stesyen lain, hangin jugak dia kan?

Hah dah faham ker?  Bagi yang macam tu. Bukan bagi yang lain macam!!! Isyhhh isyhhh iyshhh


3 comments:

sharifah rosidah said...

Hahaha Jee betul juga sekali sekala orang pompuan naik angin apa salahnya kan.

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Tapi kebanyakan angin topan semuanya nama pompuan...kenapa agaknya eek???? Pompuan cepat mengamuk kot

Mama Ann.. said...

Hahaha..lawak la Jee ni...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...