Wednesday, December 7, 2011

PERISTIWA SEMALAM YG TAKKAN KU LUPA


gambar hiasan album cik google

Alhamdullilah syukur, malam tadi Kjee tidur nyenyak sekali. Tiada mimpi ngeri berikutan peristiwa semalam. Apapun, Kjee sendiri hairan bagaimana Kjee boleh tenang sepanjang ordeal tersebut. Kjee ni kan jenis cepat mengelabah!






Itulah agakanya hikmah yang kita sebagai umat Islam perolehi kalau kita menjalani ibadah2 sunat yang dituntut Allah swt. Semalam kan 10 Muharam dan Kjee dengan Nadia berpuasa walupun ada pelbagai rintangan sebelumnya. Namun kami bulatkan tekad dan teruskan setelah dinasihatkan Unclepali..

Ketenangan Kjee itu mungkin kerana kami tiga beranak ada bersama2. Sebab itulah setiap kali ke mana2, kecuali tidak boleh dielakkan, kami akan keluar bertiga. Tak kisahlah siang ke malam. Sebabnya? Kalau terjadi apa2 biarlah depan mata bersama2!!

Kesian Puan Rai, fren yang baru sehari Kjee kenal melalui fon dan malamnya kami bertemu. Belum sempat kami bermesra tiba2 terjadi peristiwa tersebut. Kjee tidak sebut peristiwa malang sebab kami terselamat daripada sebarang musibah. Seinci pun tubuh kami tidak diusik mahupun barang2 kami disentuh.

Puan Rai (Maaf Kjee tidak sebutkan nama penuhnya atas sebab2 keselamatan dan peribadi), ada menghantar emel kepada Kjee pagi ini. Kjee ingin share di sini apa yang beliau catatkan mengenai peristiwa semalam. 

Assalam Kjee..adoi,am so sorry Apa yg jadi malam tadi.walaupun itu adalah ketentuan Illahi nak menjadikan kejadian itu berlaku depan mata kita, I rasa tempias rasa bersalah kerana I suggest tempat tu.and pity the Japanese guy,mesti terperanjat monyet dia.orang jepun bukan saja menghormati tetamu mereka tapi sesama bangsa mereka juga..episod memalukan.dua budak bingai yg amatur,baru nak belajak jadi budak nakal...However,syukur sgt,kita tak diapa2kan.

Altho I ni frequent juga kat Dunkin Donut tu,tapi I cuma pi siang hari,dan tak tau pulak dah byk kali kena samun.selalunya ada polis rounding mlm2,mayb depa ada the other side dekat kedai2 makan mamak yg happening..,we hv to b alert now wherever we are,especially Kjee and family sebab line of ur business pi jumpa customer selalu.take care of urself..hv a nice and fruitful day ya!

Luv...rai.


Sebenarnya, kita tidak dapat ramalkan apa yang bakal kita lalui setiap hari. Namun kalau setiap kali keluar rumah, Kjee tidak pernah lupa membaca ayat ini 'SALAM MUNG QAULAMMIR RABBIR RAHIMM' sebanyak tiga kali. Kjee sekeluarga telah amalkan ini sejak kami kecil lagi. Kalau tak silap Kjee ketika itu Kjee sekolah rendah. 

Pernah Kjee tulis dalam blog mengenai amalan ini. Nanti Kjee cuba refresh. Arwah ibu dan bapak Kjee setiap kali mengingatkan kami empat beradik. Keluar rumah, sebaik sahaja satu kaki melangkah keluar rumah, bacalah ayat ini, pesan mereka. 

Dan Kjee jugak berpesan kepada Nadia dan Unclepali. Biasanya dalam perjalanan jauh berkereta, seandainya hujan lebat atau Kjee rasa tak sedap hati, inilah zikir Kjee sepanjang jalan! Amalkanlah sebab itulah jugak zikir Kjee di dalam hati semalam. Alhamdullilah dengan izinNya, kami selamat.


9 comments:

Anonymous said...

mesti masa intan sms kak gee mlm tadi pasal appt hari ni, time tu dah melalui detik cemas tu kan..Apapun, Alhamdulillah semua selamat.

kasiyahmohdkassim said...

alhamdulila...kak jee and family selamat....tiap kejadian ade hikmahnya kak.....so lepas ni kita akan lebih lagi berhati2 lagi yer....

Yatie said...

Syukur alhamdulillah semuanya selamat..jaga diri dan sentiasalah berhati2 ya KJee..peringatan utk diri yatie juga..

mamaijat said...

.....Alhamdulillah semua nya selamat...

ibh said...

Aslmkm Kak Jee..Syukur Kak Jee & Family selamat. Sekarang ni macam-macam hal..Seriau ja.

sharifah rosidah said...

Kalau aku yang kena, aku rasa kali ni aku pengsan sebab dah fobia kena rompak dirumah dengan parang pada bulan April yang lepas.

Sofya said...

syukur takda apa2..

cik permaisuri said...

Assalamualaikum kak jee..ayat yg kak jee amalkan tu kalo xsilap sy adalah "ibu" dlm surah yasin.bagus amalkannya.Apa - apa pon semuanya aturan Allah.syukur kak jee sekeluarga selamat :)

maszull said...

assalamualaikum kjee...alhamdullilah nasib baik semuanya selamatkn...:)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...