Friday, December 16, 2011

PROJEK ZIARAH UNTUK KEAMANAN KE 193 NEGARA





Encik Zamri Noordin pengasas Projek Ziarah

Ahmad Fauzee

Sukarelawan Projek Ziarah










Dalam Kjee dan Unclepali sibuk ke sana kemari, sempat jugak kami memenuhi jemputan Majlis Pelancaran Garisan Permulaan Rantaian Manusia (Human Chain) 355km bermula dari Changkat Jering, di Perak hingga ke Putrajaya.



Khamis lalu, Dato Hafifi Hafidz yang jugak mantan Pengarang Eksekutif Harian Metro, turun diundang bersama sebagai tetamu jemputan. Jemputan lain terdiri daripada Ketua2 Agama, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Taiping, Ketua2 polis, bomba, serta badan2 Kerajaan dan berkanun.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Pengasas dan Pengerusi Projek Ziarah, Encik Mohd Zamri Noordin. Turut hadir ialah Encik Steve Rajan Farukh, Timbalan Ketua Strategi dan Ketua Editor IAEWP.

Dalam ucapannya, Encik Zamri berkata, tanpa disedari amalan ziarah kini telah hampir pupus oleh tekanan hidup manusia dan kcanggihan teknologi maklumat.

"Amalan Ziarah yang telah dipupuk sejak sekian lama sebagai kaedah merapatkan hubungan telah digantikan dengan pengunaan telefon, sms dan internet. Justru, Projek Ziarah mampu melahirkan generasi manusia yang berkasinh sayang dan bersatu dalam usaha memperjuangkan keamanan."

Kemuncak rantaian manusia atau human chain ini akan diadakan pada 9 Januari 2012 di Putrajaya dimana dijangkakan 350,000 orang akan terbabit dalam human chain tersebut.

Seramai 100 sukarelawan akan terbabit dalam projek ziarah ke 193 buah negara tahun depan.

Ahmad Fauzee yang juga pengerusi majlis turut menghiburkan tetamu dengan rangkaian lagu2 P Ramlee dan Saloma, yang didendangkan bersama isterinya, Ayu Cendana.



  

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...