Sunday, December 11, 2011

RAHIM RAZALI SELALU MATI AKAL DENGAN KJEE


Dato Rahim - ehsan google

Tadi gi jamu selera dengan dimsum di Restoran Maju palace di Maju Junction, terserempak dengan Dato Rahim Razali dan isteri. Dato sedang menunggu anaknya untuk jamu selera di situ.

Dah lama tak bersua dengan Dato. Tadi tak sempat sembang sebab Kjee pun sedang sibuk jamu selera dengan Nadia dan Unclepali. Kjee sapa jer Dato Rahim dari jauh. Pun sempat senyum pada Datin yang lagi lama tidak Kjee jumpa.

Anyway, sambil makan, Kjee pun beritahu Nadia dan Unclepali betapa Dato Rahim dolu2 aktif buat filem. Dia antara pengarah tersohor Malaysia. Antara filem hebatnya, Abang dan juga Tsu Fei Sofia. Lain Kjee tak ingat. Ada satu lagi iaitu Puteri lakonan Ogy dan Eman Manan.

Berbalik kepada satu kisah lucu masa Dato buat perancangan nak bikin filem Tsu Fei Sofia. Dato bertungkus lumus mencari seorang talent baru berbangsa Cina untuk bawak watak itu. Kisah gadis Cina bernama Tsu Fei yang memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Sofia. Kjee dah tak ingat jalan ceritanya.







Dato Rahim punyalah berahsia tentang siapa pelakon pilihannya. Semua wartawan tanya, jawapannya sama..."You all tunggu hari pelancarannya. Nanti semua akan tahu siapa dia". Kjee tanya beliau kata, hah kalau u pandai, you carilah siapa. Hehehe

Hmmm ya ker? Isyhh ni Fauziah Samad tau...wartawan paling pantang dengan sikap orang yang suka sangat berahsia. Hehehe.

So Kjee mulalah langkah. Kjee tanya Dato (ketika tu panggil dia abang sebab dia belum lagi jadi Dato), siapa antara petugas belakang kamera. Abang Rahim kata Zainal Othman, siapa lagi. Ewah. Macamlah gua tak kenal Zainal Othman. Kjee mula kenal jukamera filem yang pernah memenangi banyak award di Pesta Filem ni masa kami sama2 kerja di RTM dulu.

Masa tu Kjee jadi wartawan bilik berita TV, RTM dan abang Zainal jadi kameraman berita. So kami kenal baik. Lagipun, abang Zainal jugak seorang penyanyi dan terkenal sebagai Tom Jones of Malaysia.

So, next step, Kjee pun call lah Abang Zainal dan jumpa. Pura2 tanya khabar dan ucap tahniah kerana sekali lagi terpilih menjadi jurukamera untuk filem Tsu Fei Sofia. Pastu puji dia melambung2 sebab kata pasti kali ini boleh dapat anugerah lagi.

Pastu, tanya abang Zainal siapa jadi Tsu Fei. Abang Zainal kata pelakon iklan nama Jacqueline Mitchel! Hah? Itu kawan sekelas adik Kjee (sekarang arwah). Selalu Jacqi datang rumah mak makan tengah hari selepas sekolah. Alamak, gambar tak ada. Kemudian teringat abang Zainal kata Jacqi ada muncul dalam iklan tilam.

Kjee balik ofis kat Berita Harian dan terus ke library. Cari iklan tilam berkenaan dan jumpalah wajah Jacqi. Gambar dia terbaring atas tilam! Kjee potong gambar tu dan JENG JENG JENG esok keluar dalam ruangan hiburan, gadis yang bakal bintangi Tsu Fei Sofia!!

Bila tersiar je di paper, abang Rahim Razali tepuk dahi. Dia call Kjee. "Fauziah...awak tak bagi saya can ya buat surprise," katanya sambil ketawa!!

Sejak itu, Abang Rahim cukup hati2 kalau buat filem. Semua petugas disuruh kunci mulut sebab ada wartawan nakal bernama Fauziah Abdul Samad. Kahkahkah.

5 comments:

Anonymous said...

saya GELAK BESAR baca citer Kak Jee ni .. mcm terngiang-ngiang je nada suara dan reaksi wajah serta senyum ' simpul senget' Dato Rahim Razali bila dia call Kak Jee pasal dah ' expose' heroinnya. Memang ' tera ' lah Kj ni. Inilah yang dinamakan WORK HARD & SMART !!! saya memang minat lakonan Dato Rahim ni. Especially watak sebagai suami galak .. he he .. maca iyer jerrr ... !! Tapi saya tak minat filem arahannya. Macam terlampau KLASIK gitu .. sha

Kjee said...

hehehe Shah. But I'm not a favorite dikalangan artis yang 'ada banyak story' boleh expose! pepaham jer lah kan!!

Anonymous said...

MEMANG saya faham kak jee. Tapi bagus jg STYLE kj nie .. para pembaca tak yah penin kepala fikir betoi ke apa yang KJ cakap atau tulis. Atau PROPA je .. ?? Sebab KJ hanya tulis apa yang dah SOHIH. Kj tak kan tulis sesuatu yang kabur ... dan info atau apa yang KJ tulis .. boleh d percayai. Sha ...

Anonymous said...

Ina adalah salah seorang peminat Dato. Suka tengok filem2 arahan Dato. Terkesan sangat mcm filem Abang. Nak sangat jumpa Dato, sekali seumur hidup pun jadilah....

akusangpenerbit said...

uncle zainal jiran saya masa duduk tmn permata dulu :) dia mmg best!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...