Saturday, December 17, 2011

ROTI BAKAR SPECIAL DI TAMBUN, IPOH



Roti Bakar dengan telor separuh masak

Roti Benggali



Hari kedua di Ipoh, bangun pagi terasa nak cari sarapan di kawasan berhampiran Tambun, tempat penginapan kami. Tak berani nak ronda jauh2 cari bekfas takut sesat. Tetiba Kjee ternampak satu foodcourt. Unclepali drive perlahan2 cari parking. Nampak gerai hujung sekali yang menawarkan roti bakar special.



Roti bakar Kaya

Ramainya orang. Biasalah, kalau ramai orang makanan gerenti sedap. So kami pun duduk. Rata2 semua pelanggan kat situ makan roti bakar. Wah mesti rasanya lain daripada yang lain. Kemudian Kjee nampak orang kat meja sebelah makan roti bakar yang tebal. Siap ada telor setengah masak atas roti bakar tu. Teringat Kjee pada Half Boiled Egg dan Toast di Pakli Kopitiam yang sangat2 Kjee suka!

Kjee dan Unclepali order yang sama. Sementara menunggu, Unclepali ambil nasi lemak bungkus atas meja. Kjee rasa sikit. Sedap! Nasinya ada rasa lemak. Tak macam sesetengah nasi lemak bungkus di KL yang nasinya hanya nasi putih baisa.

Hayati bersama anaknya
Dato Hafifi order mi goreng basah dari gerai sebelah. Sementara menunggu order kami, tetiba tauke kedai datang ke maja Kjee. "Ini kak Fauziah Samad ker? Saya Hayati, fren FB Kjee.." Ewah, sampai ke sini rupa2ny ada fren FB Kjee.

Seronok sangat dapat bertemu in real life. Selalu merapu kat FB jer kan.

Kemudian roti bakar kami sampai. Hmmm memang menepati citarasa Kjee. Rotinya tebal dan dibakar garing. Kemudian ada sebiji telor setengah masak, tertenggek diatas roti bakar. Kjee pun keluarkan ajishio pepper dari dalam beg tangan. Kjee memang sentiasa bawa ajishio pepper ni sebab Unclepali suka sangat order telor separuh masak. Kami tak suka kalau makan dengan lada sulah dan kicap.

Keenakan roti bakar semestinya pada rotinya. Menurut Hayati, roti itu memang ditempah khas dari pembekal yang sudah lama terkenal membuat roti. Menurut, kalau guna roti zaman ini, hasilnya tak sedap.

Selepas makan mi goreng, Dato Hafifi order pulak roti kaya. Kjee amik sepotong. Sedap jugak.

Lain kali datang Ipoh, gerai Hayati ini mesti kami singgah. Patutlah ramai pengunjung. Memang sedap.


9 comments:

Jue Hussin said...

Menariknya roti bakar tu..

Saya kalo rasa nak makan roti bakar, saya & family ke Kaya Kopitiam @ restoran jejantas Sg. Buloh je.. boleh la.. anak2 pun suka.

LuvlyPinky ChocoWrapper said...

K.Jee.. kalau dtg Ipoh jgn riso kalau pusing2 pun xsesat jauh... :)

Anonymous said...

wah ..sarap roti bako ye pamus kedei tu ...rugi le masa tu nor ade d kulim bila lagi nak mai ,nak jumpa gak..nor

zuwaidah said...

kak jee, org kita ke yg buat tu...waahhhh first time la tgk roti bakar bumiputera, selalu geng itu je yg buat roti bakar...sedap

Anonymous said...

gerai nie kat Tambun area mana?

Kjee said...

sebelah dewan komuniti Tambun. add Hayati Khalib untuk tahu lokasi sebenar.

jannatunna'im sabdin said...

mee kak mah pun jadi gerai kesukaan kami sekeluarga k jee,baik pagi atau mlm.

aTiE said...

salam kak jee..
so just cari dewan komuniti tambun jumpalah kedai ni ek? dekat tak ngan giant ke tesco kat tambun tuh? BTW ari tuh kak jee dok kat homestay kan masa g tambun... ada kontek tak?

Kjee said...

Maaf Kjee pun tak tau arah. hari tu sesat dan jumpa.
Homestay tu korang kena call nombor ni 02195782008, Puan Jann.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...