Wednesday, December 7, 2011

SALAA MUNG QAULAMMIR RABBIR RAHIM


ehsan google

Ada kata ibu surah Yasin. Arwah bonda kata hati surah Yasin. Apa pun nama yang diberikan, Kjee dan keluarga memang sudah lama mengamalkan ayat itu. Sesiapa yang seringkali baca surah Yasin, pasti kenal ayat ni kan?





Dulu Kjee pernah bercerita mengenai ayat ini. Kami sekeluarga diperkenalkan kepada ayat ini oleh seorang pakcik yang cukup alim bernama Pak Sahak di Taiping, Perak ketika Kjee darjah satu. Arwah bapak memang pindah randah dari satu bandar ke bandar lain semasa Kjee kecil.

Nak dijadikan cerita, kami diperkenalkan kepada Pak Sahak (skrg dah arwah), sebab ada masalah arwah bapak yang Kjee tak ingat. Maklumlah masa tu kecik lagi.

Arwah Pak Sahak bercerita mengenai dia terbabit dalam satu accident kereta dimana semua penumpangnya meninggal dunia. Pak Sahak merangkak keluar dari kereta itu tanpa sebarang calar di badannya! Dia adalah pengamal tegar ayat Salam mung qaulammir rabbir rahim. Tiap kali melangkah keluar dari rumah, walaupun untuk destinasi yang dekat pun, beliau membaca ayat itu.

Dan kami dididik oleh arwah bonda dan bapak baca ayat itu setiap kali keluar rumah. Sudah jadi macam kemestian. Naik je kereta, bapak akan tanya.."Dah baca Salaa mung?" Dan itu jugaklah amalan Kjee sekarang dan seringkali mengingatkan Nadia dan Unclepali.

Enam tahun lalu, Kjee pernah terbabit dalam satu accident di jalan menuju ke Hulu Langat. Ketika itu, Kjee kekenyangan selepas makan tengah hari dengan Nadia. Tiba2 Kjee rasa mengantuk sangat. Dalam hati Kjee, mesti nak berhenti seketika untuk tidur.

Tetapi sebaik sahaja Kjee pandang ke depan, Kjee tengok Kjee sudah masuk ke lorong kanan. Sebuah lori pasir 10 tan menuju terus kepada kereta Kjee. Kjee swerve ke kiri tetapi lori tu langgar sipi bahagian depan kereta Kjee. Kjee terus berhenti. Masa tu terbang semangat!! Drebar lori tu berhenti lori dan berkejar ke arah Kjee. Apabila dari jauh dia nampak Kjee tak apa2, dia terus blah.

Nadia yang tengah tidur nyenyak di sebelah Kjee meraung2. Kira-kira 10 minit setelah Kjee dapat balik semangat, Kjee terus call Unclepali. Dia datang setengah jam kemudian dan lori penunda sampai. Lelaki yang bawak lori penunda tu terkejut tengok Kjee. Dia bisik pada Unclepali.

"Abang...bertuah kakak. Selalu ni kalau ada accident kawasan ni, jarang hidup!!" Unclepali hanya bagitau Kjee masa dah sampai rumah. Sedikit pun Kjee tak luka cuma lengan kanan Kjee sakit sebab terhentak pintu kereta dari dalam. Kereta teruk. Claim insurans dan bilnya hampir Rm5-ribu.

Pastu Kjee call adik Kjee (skrg dah arwah). Kjee nak pinjam salah sebuah kereta dia sebab kereta Kjee sudah dibawak ke workshop. Adik Kjee terkejut dengar Kjee accident. Ayat pertama yang keluar dari mulutnya ialah :"Kau tak baca Salaa mung ker?"

Kemudian malam tadi ketika berlaku rompakan (lihat sini) di restoran Dunkin Donut, sepanjang 10 minit Kjee zikir dalam hati ayat yang sama selain mengucap dua kalimahsyahadat. Kalau matipun biarlah dalam iman, kata P Ramlee dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk.

Itulah Kjee harap korang dapat amalkan ayat ni dan turunkan kepada anak2. Ayat ini sahajalah yang Kjee tahu. Mungkin orang lain ada ayat lain. Tetapi inilah pengalaman menggunakan ayat ini yang ingin Kjee kongsi bersama korang. Mujarab ke tidak, bukan kita yang tentukan. Wallahualam. Allah swt Maha Mendengar dan Maha Mengetahui!



8 comments:

Choco Ani said...

Assalamualikum Kak Jee apa kbr? trima kasih kongsi ntry ni Ani hargai..

ct R miena said...

thanks 4 sharing kak jee..

Anonymous said...

salam kak jee. nak tanye doa ini dari surah yasin ke? boleh tahu ayat mana, nk baca ejaan jawi nye.. terima kasih

zera

Kjee said...

salam Zera. Ayat ke 58.

cik pinkmoon said...

salam kak jee..
saya & keluarga pun mngamalkan ayat y sama ketika menaiki knderaan.. alhamdulillah sejak memandu smpai sekarang tiada apa2 y truk y berlaku dgn izin ALLAH, cuma sy mngamalkan
'' ALLAH, MUHAMMAD, ADAM, SALAM MUNG QAULAMMIR RABBIR RAHIM 3 kali masa naik kereta"

slain tu ayat yasin ke 9 juga sy amalkan untuk pendinding diri serta rumah.. dan alhamdullillah setakat ini di rumah sewa sy masih selamat dan dilimdungi ALLAH wlaupun bnyak rumah student di area taman perumahan yang sama dah bnyak kali kna pecah masuk...:)

Nieza said...

ya betul tu kak Jee kalau kita baca Yasin pada ayat ni juga kita digalakan membacanya dan ulang 3x..insyaAllah akan diamalkan.tq sharing yer kak:)

Kjee said...

salam Cik pinkmoon. di usia ini Kjee masih tercari2 ayat yang dapat dijadikan pendinding diri dan juga rumah. terima kasih banyak2 atas info ini. Sejak kecil lagi Kjee telah aijar supaya membaca surah yassin. Jadi, walaupun tidaklah boleh hafal seluruh surah ini seperti arwah bapak, tetapi Kjee boleh membaca dengan lancar.
Ayah ke-9 ini, insya allah, akan Kjee jadikan panduan. ertinya "Dan Kami telah jadikan penghalang dihadapan dan juga dibelakang mereka; juga Kami tutup pandangan mereka, supaya tiada melihat suatu apapun.."
Subhanallah.

eima-caa said...

Salam Kjee...

mintak maaf KJee..betulkan kalau eima silap..kalau menurut bacaan jawi kita kena sebut "salaamun" kan...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...