Wednesday, December 21, 2011

SEPUPU ARIFF ALFIAN ROSLI CALL KJEE


ehsan google
Dalam perjalanan pulang dari office 4Life tadi, Kjee dapat call dari seorang kenalan. Suaranya perlahan seakan menyembunyikan sesuatu. Kjee heran jugak sebab sebelum ini Kjee kenali dia sebagai seorang wanita yang ceria dan periang.



"Kak Jee, saya nak tanya pasal entry Kjee mengenai budak lelaki Melayu yang kahwin dengan lelaki Mat Salleh tu. Nama penuh dia apa?"

ariff alfian ehsan google
Lidah Kjee kelu. Kjee syak ada sesuatu yang tak kena. Kjee jawab, Arif Alfian. Kemudian kenalan Kjee terdiam seketika. Nama penuhnya, tanya dia sekali lagi. Jenuh Kjee fikir. Bermula dari perkataan R...Razak ker? 


Kemudian kawan Kjee itu sambung..."Rosli ke Kjee?" Hah ya Rosli, baru Kjee ingat. Ariff Alfian Rosli. Kenapa?

"Malulah nak cakap Kjee. Kalau benar itu namanya, saya rasa dialah sepupu saya. My first cousin. Tetapi saya dah lama tak jumpa dia. Hari tu ada pergi rumah keluarganya. Abang dia kahwin tetapi saya tak teringat nak tanya pasal Alfian," sambung dia.

Kemudian dia beritahu ibu dan bapa Alfian berasal dari Negeri Sembilan tapi dah lama menetap di Kuala Lumpur. Ayahnya bekas pegawai TUDM.

Beremang bulu roma Kjee dan jugak Unclepali sebaik sahaja panggilan telefon itu ditamatkan. Tak berani nak komen apa2. 

7 comments:

Mat Gebu said...

Huhu..hmm kita doa sama2 agar beliau diberi petunjuk...

CT Delima said...

As'salam Kak Gee

Mohon kepada Allah semoga membuka pintu hatinya untuk pulang kepangkal jalan...

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

CMG betul...sepatutnya kita sama-sama berdoa agar pintu taubat terbuka...kasihan ibu yang mengandung, melahirkan dan mendidiknya...semoga allah memberi pertunjuk padanya...sejak baca berita ini sehingga sekarang saya masih sayu..bukan mengenangkan siperlaku tetapi ibu dan keluarganya. Semoga allah kuatkan iman mereka yang sedang diuji ini - Amin

Cik RoSs said...

Semoga Allah mengampunkan dosa yang dilakukan atas kesilapannya.

Semoga Allah memberi dia petunjuk ke jalan yang benar..

NenetPenne (NP) said...

kenapalah dia sampai ke tahap tu sekali...
nikah tak sah tu... tak kan sorang agama lain, sorang lagi agama lain..
astagfirullahalazim...
balik lah ke pangkal jalan..
ya allah, bukalah pintu hati dia untuk bertaubat...

Scarlett O'Hara said...

Walau pun takde kena mengena dengan Si Arif ni, saya rasa mcm nak menangis tiap kali baca tentang dia.Tak boleh bayang perasaan emak yang mengandung dan melahirkan dia.

zuwaidah said...

moga2 diberi hidayat pada ariff...moga kembali ke jalan Allah dan sempat bertaubat.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...