Thursday, March 15, 2012

ENTRY MPP HADIAH BUAT HARI WANITA..TERIMA KASIH










Cubalah sayangi dan fahami wanita disekelilling korang.. Sesungguhnya.., wanita tu adalah anugerah terindah buat lelaki...

Kjee hampir menitiskan airmata apabila membaca footnote atau komen di hujung entry oleh Media Permatang Pauh, dalam tulisannya Mengapa Hawa dicipta ketika Adam sedang tidur... Wajib Baca!!! Kjee rasa bukan Kjee sorang yang merasa begitu sayu membacanya.








Satu entry yang cukup bermakna terutama sekali di zaman ini, dimana wanita hanya dilihat sebagai sexual object semata2. Maaf seandainya Kjee silap dan menimbulkan kemarahan di kalangan kaum Adam yang tidak menganggap wanita sedemikian.

Kjee tidak pasti samada tulisan MPP ini hasil kajian atau bacaan beliau atau diciplak dari mana2 tetapi sesungguhnya ia menceritakan betapa besarnya pengorbanan seorang wanita tika kita baru sahaja menyambut Hari Wanita beberapa minggu lalu (or was it last week?).

Allah swt  mencipta Hawa dari tulang rusuk Adam ketika Adam sedang tidur. Seandainya Adam dalam keadaan jaga, pasti dia akan terasa kesakitan yang amat sangat. Tetapi seorang wanita melahirkan anak (anak2nya) dalam keadaan sedar (kecuali kalau guna kaedah cesarean), tanpa merasa takut kerana tahu Allah swt sentiasa melindungi mereka..

Ini bermakna, kaum wanita sebenarnya lebih kuat dari segi mental dan fizikal. Mereka lebih berupaya menahan sakit dan dugaan daripada kaum lelaki. Kjee tabek spring kepada MPP kerana telah menyedarkan kaum lelaki agar pengorbanan wanita dalam melahirkan anak yang telah dizuriatkan bersama, tidak harus diperlekehkan.

Justru, tidak seharusnya timbul sebarang jenis penderaan keatas insan yang bergelar wanita dalam apa jua bentuk sekali pun.

Tadi Kjee ada baca satu berita mengenai seorang guru yang didera secara mental dan fizikal termasuk dibotakkan kepalanya oleh suaminya tanpa belas. Mereka tinggal di Sabah (kalau tidak silap Kjee). Dan wanita itu akhirnya berjaya mendapat kelulusan untuk dipindahkan semula ke kampung halamannya (dan kepangkuan keluarganya) di Kedah.

Kjee tidak tahu bagaimana lagi hendak mengupas entry MPP kerana ia lebih cantik kalau korang sendiri yang baca.

Terima kasih MPP. Entry ini hadiah paling bermakna untuk kami kaum wanita.


Mengapa Hawa dicipta ketika Adam sedang tidur... Wajib Baca!!!

Menurut pakar psikologi.., seorang lelaki jika dia kesakitan, maka selalunya akan membuatkan timbul dalam hatinya rasa benci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.. 

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari rusuknya hingga dia membenci Hawa.

Akan tetapi Hawa diciptakan Tuhan pada Adam saat dia tertidur.. Ia semata-mata agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. 

Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga, dan adakala melihat kematian dihadapannya.. Namun begitu.., semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia sanggup menebusnya dengan kehidupannya sendiri.

Ada syair arab mengatakan.., sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi kalbu lelaki (jantung, hati nurani). 

Oleh kerana itu, tugas Hawa menjadi ratu di hati lelaki.

Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang setia jika fahami sebaiknya.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang diberitahu oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” 

Maksud kata baginda tersebut adalah.., wanita itu harus difahami, dijaga dengan baik dan dikawal agar tak memudaratkan..

Maka wahai Adam.., janganlah merendahkan perasaan Hawa.. Kerana dia memang diciptakan seperti itu..

Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis didalam hati.. 

Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf...

Dan percayalah..., wanita amat susah untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang...

p/s: Moral of the story..., cubalah sayangi dan fahami wanita disekelilling korang.. Sesungguhnya.., wanita tu adalah anugerah terindah buat lelaki... 



semua foto ehsan cik google





8 comments:

MPP said...

Kjee.., dibelakang kejayaan setiap lelaki, mesti ada seorang wanita.. Dan jangan lupa bahawa Kjee merupakan salah seorang darinya..

Selamat hari wanita Kjee... =)

Kjee said...

Sorry MPP, gua tak bubuh gambar Maya Karin. Hehehe pssst lu ni masih single or sudah double?

MPP said...

1) Maya mesti kecik ati bila Kjee tak letak gambar dia.. Hehehe..

2) Gua taknak jawab soalan Kjee tu.. Biarlah rahsiaa.. cewahh.. Hahahaha...

Kjee said...

hahahaha

Hezrin Ahmad said...

menitik air mata saya baca.... huhu

Cikja said...

Salam kakjee & MPP
boleh tak saya nak share kat fb & blog

Kjee said...

salam cikja, Kjee okay jer. Rasa2nya MPP jugak berbesar hati.

MPP said...

Cikja.., ambik je la.., gua halalkan.. =)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...