Sunday, May 20, 2012

AYAM BERIYANI MADU RESTORAN MAHBUB, BANGSAR




Petang tadi tetiba tekak teringin pulak nak makan nasi Briyani Bukhara di Restoran Mahbub Bangsar. Masa tu dah pukul 3 petang. Hujan lebat pertama kali di Sungai Pelong selepas kira-kira dua minggu. Rasa cukup nyaman duduk dalam rumah tapi lapar pulak.




Tanya Nadia, tanya Unclepali nak makan apa. Actually tak tanya. terus kata jom makan Nasi Briyani Bukhara. Unclepali tanya mana? Isyhhh macamlah tak faham2 kan. Mana nak dapat nasi beriyani Bukhara yang lebih hebat dari Restoran Mahbub. Bangsar. Kjee ulang Mahbub Bangsar bukan Mahbub Damansara Damai. Walaupun sama toke tapi rasanya tak serupa.

So kami ke Bangsar kira2 pukul 3.30 petang. Dalam hati, seronok jugak nak ke Bangsar sebab ada TMC. Boleh beli smoke salmon yang tak jadi beli kat Jaya Grocer pagi tadi.

Sampai Mahbub, Kjee ajak makan dalam restoran bukan di kaki lima restoran tu sebab DIY (Dato Ibrahim Yahya) kata, awas kalau makan kat luar. Taik burung gagak kering berterbangan!

Masuk ke restoran, Kjee intai2 sambil tanya waiter samada Bukhara ada lagi. Habis katanya. Aduh...punyalah kecewa. Tapi seperiuk briyani biasa baru masak. Jadilah. Dua briyani ayam madu untuk Kjee dan Nadia. Unclepali makan nasi campur.




Mujurlah Nadia cepat2 pergi amik sepiring bendi goreng yang sedap sangat sebagai starters. Taklah kecewa sangat. Bendi tu goreng biasa jer. Agaknya dilumur dengan garam masa goreng. Tapi sedapnya lain macamlah.

Kemudian Beriyani Ayam Madu sampai. Masa nak makan, Kjee ternampak seorang waiter bawak keluar satu tray udang halus goreng tepung garing. Cepat2 Nadia bangun pergi amik tanpa tunggu Kjee suruh.

Okaylah. Walaupun mulanya agak kecewa sebab Briyani Bukhara tak ada, namun kehadiran bendi dan udang goreng selamatkan keadaan. Memang hati Kjee Kjee dah macam tahu yang Bukhara habis. Maklumlah hari minggu. Orang mesti ramai jamu selera masa lunch time.

Lepas makan singgah TMC nak beli Smoke Salmon. Alamak...tak ada! Kecewa lagi!!

Unclepali kesian dan ajak gi Jaya Grocers kat Damansara Tropikana. Wajah Kjee kembali ceria. Dapat beli smoke salmon, corned beef, beef luncheon dan juga fish fillet ala2 Mc Donalds. Perut dah kenyang so apa yang beli tadi for tommorrow. Hehehe.


1 comment:

  1. husband ayu suka makan kat sini. dulu masa dok hillpark kerap ke sana. now dok shah alam, setahun sekali susah nak pi. tapi, memang sedap!

    ReplyDelete