Saturday, May 12, 2012

ADA JUGAK BUDAK NAKAL MACAM SAIFUL NI


seronok sangat cerita pengalamannya kepada college mate dia Hisham

Muhamad Saiful mahasiswa UNIRAZAK



Kjee rasa masih belum terlewat lagi Kjee nak story kat korang pengalaman Muhamad Saiful Ibrahim, rakan sekuliah Nadia yang terperangkap di dalam bangunan Pusat Membeli Belah Sogo masa perhimpunan haram Bersih 3.0 baru2 ini.



Dua hari selepas perhimpunan itu, Nadia balik rumah selepas kuliah dan beritahu Kjee mengenai Saiful yang pepandai pergi ke Sogo ketika Kolumpo tengah sarat barat dengan peserta perhimpunan haram itu.

Terkejut besar Kjee! Maklumlah pada hari Sabtu tu, sepatutnya Nadia ada kelas. Tetapi Kjee tegas tak nak lepaskan dia pergi. Nadia kemudian hantar mesej kat handfon pensyarahnya untuk beritahu dia tak berani langgar perintah mama dia. 

Kjee baca sms panjang lebar yang dia hantar malam sebelum perhimpunan haram itu hingga menyebabkan pensyarahnya menyuruh dia memberitahu kengkawannya yang lain, kuliah dibatalkan.

Anyway, tanpa pengetahuan sesiapa, Saiful rupa2nya telah menumpang bermalam di apartment salah seorang rakan sekuliahnya di tengah2 Kolumpo. Lebih tepat lagi, dekat sangat dengan Mesjid India. 

Minggu lepas Saiful datang bertandang dan bermalam di rumah Kjee. Kjee tanya dia kenapa dia pergi ke Sogo sedangkan keadaan ketika itu cukup berisiko tinggi. Malah di situlah jugak lokasi kereta peronda polis diterbalikkan!

Macam2 Saiful berdalih. Maklumlah orang dah salah. Mestilah takut. Untuk pengetahuan semua, Saiful ni anak yatim piatu. Sejak Nadia perkenalkan dia kepada Kjee dan Unclepali, Kjee dah anggap dia seperti anak sendiri.

"Betul Aunty. Saya ke Sogo untuk makan tengah hari dengan seorang rakan," katanya sambil tak berani pandang mata Kjee. Hmmm setelah disoal bertubi2, akhirnya Saiful mengaku yang dia memang ke sana sebab nak tengok dari dekat apa yang sebenarnya berlaku.

Dibawah ini, Kjee paksa dia tulis pengalamannnya hari itu. Kjee copy paste tanpa ubah satu ayat pun.

"Bercakap pasal bersih saya ada satu pengalaman yang tidak bisa dilupakan. Malam sebelumnya berlaku bersih, saya bermalam di City One. Sebenarnya rumah di City one ialah rumah classmate saya. Pada malam itu, kami lihat dari kejauhan. Teriakan orang menjerit "reformasi" dan nyanyi lagu negaraku. Kami merasakan sesuatu yang luar biasa berlaku pada hari esok. Kami mohon kepada Allah agar tiada apa-apa yang luar biasa berlaku. Keesokan harinya pada pukul 12 tgh hari saya dan rakan-rakan nak makan di Sogo pada masa yang sama memang nak tengok keadaan sebenar tragedi bersih. Dalam perjalanan ke Sogo. Kami lihat sangat ramai orang pakai baju kuning. " Duduk dan Bantah". Teriakan sana sini. Kuala Lumpur masa itu seperti dilanggar garuda. Haru-biru dan tak tentu arah. Dulu sya selalu pertikaikan kenapa Indonesia kerap berlaku rusuhan dan pada hari ini pekara tersebut sudah berlaku di negara saya. Bak kata pepatah " kuman sebarang laut nampak, gajah depan mata tak nampak'. Saya tergamam sendiri. Tengah sedap saya makan dengan rakan-rakan. Tiba-tiba saya terdengar pengumuman dimana pintu utama sogo dan pintu-pintu lain ditutup sementara. Kami dah agak ini mesti peserta bersih nak lari dari dikejar polis. Terlalu ramai rungutan dari pengunjung. Ada yang marah, ada juga duduk melunjur dan lain-lain lagi. Setelah pkul 4 ptg, pintu belum dibuka. Kepala saya dah mula sakit. Kawan-kawan saya dah mula memaki hamun. Sebenarnya, perkara ini sangat memalukan dan menyusahkan orang ramai terutama orang-orang asing. Tepat jam pkul 5.oo ptg, sya terdengar pengumuman dimana pintu bawah sogo sudah dibuka. Pendapat saya 8 tuntutan bersih itu perlu ditukar bentuk tuntutannya. Jika baik kalau PM kita sendiri turun padang dan bincang bersama SPRM dan pihak pembangkang apa sebenarnya tuntutan yang perlu diperdebatkan. Rusuhan @ demostrasi bukan jalan penyelesaian. Janjinya nak secara aman tapi hanya mimpi diluar jangkaan sebenarnya. Sudah hilang identiti Malaysia di mata dunia. Saya tak berpihak kat mana2 parti. Keruntuhan moral sudah tercemar di dalam diri rakyat Malaysia. Apa yg kita belajar tentang pendidikan sivik atau moral sudah dilupakan.Nilai-nilai murni yang selama ini dipraktikkan telah musnah. Tetapi persoalan saya bolehkah kita melawan kehendak manusia ? Tepuk dada tanyalah selera. Terima kasih. Assalam"


Hah tu dia. Akhirnya setelah dia pusing2 cakap dia pergi Sogo secara 'kebetulan', akhirnya Saiful mengaku. Itulah. Tak mudah nak cakap 'pusing2' dengan bekas wartawan tau. Hehehe.

Sorry Saiful. Aunty marah2 hari tu sebab Aunty dan Unclepali sayang awak. Kalaulah arwah ayah dan mama awak masih ada, Aunty pasti Saiful kena lebih teruk lagi. Hehehe.

Ketika kejadian ini, Saiful terkurung dalam bangunan SOGO!




Related Posts:

  • 319. Doa Ibu Selagi Ada Hayat bersama Hjh Siti Rokian, ibu mertuaku Terkedu seketika Kjee baca berita mengenai Tun Hajah Rahah Mohd Noah melakukan solat Tahajud sehingg ke hari ini untuk anaknya Najib. Begitulah kasihnya seorang ibu untuk kesejahteraan … Read More
  • LUAHAN HATI SEORANG IBU gambar terbaru masa jadi facilitator di UniRazak minggu lepas Pagi ini hati Kjee hancur lulur apabila anak kesayangan Kjee bersiap2 untuk keluar berjumpa kawan2 dia. Malam tadi dia mintak izin untuk ke KLCC jumpa kawan. … Read More
  • ADIK2 KJEE SEPUSAT SEPUSING - MAK LAIN, BAPAK ASING2 Masa ni Deena tengah pregnant. Sekarang dah kembali slim cam anak dara. Masa muda2 dulu Kjee selalu dengar kawan2 cakap macam itu. Especially kalau ada yang tanya, eh dia tu adik/kakak you ker? Sepusat sepusing, mak lain ba… Read More
  • ALHAMDULLILAH...ADIKKU SELAMAT BERSEMADI Nadia bersama sepupunya Amira (terlindung) mendengar imam menyampaikan talqin sejurus selepas pengkebumia Hj Amir menyiram air mawar di pusara isterinya sambil diperhatikan anak bongsunya Aizran  Lepas Zohor tadi, ad… Read More
  • 200. Salahkah Ibu mengandung?Sembang Abby Fana di Sinar fm hari ni buat Kjee sebak.  Tajuknya: "Bagaimanakah hubungan anda dan adik beradik anda setelah ketiadaan ibu & ayah?". Mula2 dengar Kjee senyum, pastu sebak, pastu tiba2 terlebih emo pul… Read More

2 comments:

  1. salam kak jee


    masa kejadian tu (BERSIH) saya dan mama ada disogo, x tahu nak cakap apa la masa tu, hanya berdoa dalam hati agar semua selamat dan x der pergaduhan yg berlaku.. panik sungguh masa tu. rasa menyesak keluar hari tu

    ReplyDelete
  2. tp k.jee kenape la org yg menyokong bersih tu org yg cerdik pandai??x berfikir kah mereka, negara dah jadi kucar kacir...siki2 perhimpunan haram....bersih yang tak bersih mane....

    ReplyDelete