Thursday, May 17, 2012

TIADA ANGIN TIADA RIBUT

Baru sebentar tadi Kjee baca Utusan Malaysia, pemain bolasepak fofular, ntah apa nama, dia nak rujuk kembali dengan isterinya aktres Rita Rudani. Kemudian muncul pulak kisah aktor seorang ni.




Hmm ini Kjee copy paste dari mstar kalau korang belum tahu.

Ady Putra Sah Fail Cerai
Adi Putra mengesahkan telah menfailkan penceraian terhadap isterinya pada 11 Mei lalu.
PETALING JAYA: Pelakon kacak, Adi Putra mengesahkan telah menfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya, Aida Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei.
Akhbar Harian Metro pada Khamis melaporkan, Adi, 31, berkata, dia dan isterinya telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik dan tindakan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.
"Ketika saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini, saya mohon segala yang baik daripada Allah terutama kebahagian dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami," katanya.
Dalam pada itu, Adi turut menafikan penceraian itu disebabkan oleh isu anak atau pihak ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk diceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain.
"Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya.
"Tiada sefahaman itu pasti dan selebihnya saya tidak mahu bercerita panjang," ujarnya.

Related Posts:

  • SHAHEIZY SAM NAFI TINGGALKAN METROWEALTH Oleh KEMALIA OTHMANWalaupun sudah hebuh kononya, pelakon paling laku tanahair dewasa ini, Shaheizy Sam akan meninggalkan Metrowealth, akhirnya, dia mengakui akan menyambung lagi kontraknya dengan syarikat itu,Shahezy memberi… Read More
  • SAZZY, NAZRIL DAN BUAH HATI MEREKA foto mstar Comelnya Iman Lilly dan Tiara Rose, baby kembar aktres Sazzy Falak dan suaminya Nazril Idrus. Siapa sangka Sazzy yang kecil molek mampu melalui penghamilan selama 9 bulan untuk sepasang anak kembar. Itulah kuasa… Read More
  • AISHAH LEBIH RAPAT DENGAN ANAK2 SELEPAS BERCERAIOleh KEMALIA OTHMANAishahKUALA LUMPUR: Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah mengakui penceraiannya dengan Faizal Sazali Zulkifli pada Mei lalu memberi impak besar dalam kehidupannya bersama anak-anak.Kata Aishah, … Read More
  • AARON DAH MOHON JADI PENDUDUK TETAP MALAYSIA! Buka TV1 muka dia, TV2, TV3, Astro...mesti ada muka Aaron Aziz. Kekadang Kjee rasa pelik jugak. Aaron ni asyik berlakon kat Malaysia, bila masa dia balik kampung halamannya di Singapura. innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f8… Read More
  • YASMIN HANI DAH JADI ISTERI SHA'ARIN Selamat pengantin Baru diucapkan kepada pelakon Yasmin Hani Richardson dan bekas anggota Black Rose Sha'arin Mohammad Razali. Semoga kekal ke akhir hayat. Sha'arin tetap memilih pelakon sebagai isteri setelah berpisah deng… Read More

10 comments:

  1. hermm.. jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan.. Semoga kebahagian milik kalian berdua.. Insyallah..

    ReplyDelete
  2. Setuju ngan si gadis manis...wink wink

    ReplyDelete
  3. kita doa yg terbaik buat mereka ye kak jee.saya pun tak ingat apa nama suami rita..kantoi la saya ni kan

    ReplyDelete
  4. Rita Rudaini should find herself a MAN, not a BOY...

    Gadis Melayu

    ReplyDelete
  5. dah lama berdua ja...sunyi & bosan kot..
    moga bahagia dgn jalan yg dipilih.yang penting tak perlulah burukkan pasangan masing2 di media macam sesetengah artis tu.

    ReplyDelete
  6. to ieda..

    anak bukan pengukur kebahagiaan dlm rumahtangga..ada je artis yg kawin sekejap dan ada anak tapi berpisah jugak sebab tak bahagia
    kalau boleh tak payahla nak meneka-neka dlm mslh rumahtangga orang lain
    kalau salah dah jatuh fitnah

    ReplyDelete
  7. Nama suami Rita, Aidil Zafuan Abd. Radzak. Kita pun tak ingat sebenarnya Kjee, tapi kita google kejap.. ahaks.. walhal baru jap tadi baca paper. Ish short term memory dah ni... nak kena makan kismis banyak-banyak nampaknya. Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat mereka semua...

    ReplyDelete
  8. Apa yg jadi dalam rumahtangga, wallahualam hanya mereka yang tahu kan? Moga mereka dapat mencari penyelesaian tbaik

    ReplyDelete