Monday, May 28, 2012

SHARIFAH AINI CUTI 5 JAM UNTUK BERSAMA MENTOR 6!

ehsan google
Terkejut malam tadi apabila Kjee tengok Datuk Sharifah Aini muncul sebagai juri tetap profesyenal untuk rancangan Mentor 6. Datuk dah keluar hospital ker sebab Kjee baru saja cadang nak melawat beliau bersama kawan baik Kjee, Aishah Ali esok.




Rupa2nya Datuk Sharifah Aini telah 'mengambil cuti' selama 5 jam semata2 kerana 'kasihkan anak2 beliau' yang berentap dalam Mentor 6! Itu katanya hanya di akhir rancangan!!

Sedih sangat Kjee apabila tengok pergelangan tangan Datuk ada 'tag' yang selalunya diikatkan kalau kita masuk hospital. Dan sebelah tangan kirinya pulak, masih ada jarum melekat. Aduhhh sedih sangat2.

But Like A True Professional, Datuk Sharifah Aini tetap maintain penampilannya walaupun tidak sihat. Agaknya selepas tamat rancangan itu, beliau terus dikejarkan semula ke Hospital Pakar Damansara.

Mudah2an Datuk Sharifah Aini segera sembuh. Dan tak perlu lagi 'mintak cuti' dari Hospital tersebut minggu depan ya. Insya Allah. Ameeen,


0 comments:

Post a Comment