Saturday, May 19, 2012

MAKAN2 DAN BIRTHDAY ANAK MAZIDUL DI GROUP BASE


Birthday boy Afif (kanan). Foto ehsan FB Mazidul.


Semuanya sedap



Apabila Angel Wong call dua hari lepas ajak Kjee dinner on Saturday nite, dia turut beritahu Mazidul Akmal dan keluarga akan turut sama. Tak sangka Kjee, hari ni pulak jatuh pada hari jadi ke-14 anak bujang Mazidul, Mohd Afif Faiq.

Lepas makan2 dan borak2 dengar cerita Mazidul ke China, kek hari jadi Afif dibawak masuk. Ini surprise, kata Angel. "Saya banyak suka surprise. Saya selalu buat surprise," kata Angel lagi.

Tadi kami menjamu selera di Restoran Group Base (sekarang dah tukar jadi Thai Base), Sri Damansara. Punyalah ramai orang. Mujur Angel dah buat reservation awal. Kalau tidak pasti kami kena tunggu hingga dua jam untuk makanan sampai.

Kawan2 Kjee yang tinggal di Sri Damansara pernah beritahu Kjee supaya cuba makan di restoran ini tetapi Kjee seringkali tidak kesempatan. Khabarnya mi kari di sini terbaik. Anyway, tunggulah Kjee cuba. Ketika menyelak2 menu, Kjee ternampak ada jual Laksa Johor. Hmm mesti datang lain kali cuba.

Terima kasih Angel Wong dan suaminya belanja kami tadi. Bulan depan giliran Kjee pulak jadi hos. Hehehe.

The lovely ladies
Jejaka yang macho
Hos kali ini Angel dan Chai. Anak bujang mereka Caleb not in picture sebab sibuk amik gambar.


4 comments:

paridah said...

suka tengok jejaka2 macho nmpak hepi je...

Anonymous said...

Kak Jee,

Saya nampak kak Jee sefamily, Mazidul sefamily and Angel sefamily sabtu lps sbb saya antara yg tgh tunggu turn kat luar bilik lepas geng kak Jee habis makan. Nak tegur segan, takut auntie saya over tegur Kak Jee ni pelakon kan? aiyoo...masa bisik2 ngan saya pun dia bising camtu, nanti bila depan2 takut Kak Jee annoyed plak org tanya camtu. anyway, happy to see you dah boleh berjalan and nak turun tangga uncle Pali pegangkan tangan. -Sheila-

* Kak, dlm foil tu apa ya?

Kjee said...

Salam Sheila. Kenapa tak tegur. Masa sampai dan nampak tangga, rasa macam man pengsan. Tapi alhamdullilah selamat sampai atas. Unclepali memang pimpin tangan Kjee sepanjang masa kalau jalan. Takut Kjee terjatuh. Hehehe.
Dalam foil tu ikan yang dicurah sambal. sedap sangat2.

Hezrin Ahmad said...

kat group base mmg best... kitorg selalu ke sana...mmg ramai selalunya... nak parking pun payah

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...