Saturday, May 26, 2012

MILIK SIAPAKAH HADIAH LUMAYAN SUPER SPONTAN JUMAAT DEPAN?


Yang pasti bukan Nana

Milik mereka?


Enjoy sangat2 tengok Super Spontan malam tadi. Dah hampir separuh jalan baru sedar boleh tonton di channel 134 HD kalau ada Astro Beyond. Nasib baik ada. Ala tak banyak pun bezanya antara HD dengan tidak kan?





Anyway, Kjee enjoy sangat2 sebab kumpulan Beruang Comel menang. Bukanlah Kjee peminat setia mereka tetapi at last ada jugak mereka menang pertandingan mingguan setelah 4 minggu bertarung dan dihina oleh Amir kemetot tu,.

Yang Kjee pelik ialah, apakah setiap peserta dalam dua2 kumpulan itu, tidak tahu bagaimana game itu dimainkan. Apabila Nana dah kena singkir barulah Harun Salim Bachik bagitahu yang mereka seharusnya menyingkirkan peserta yang kuat.

Suhaimi atau Tauke atau Rahim?


Ini bermakna, kehadiran Zizan dari Angsa Ganas dan juga Johan dari Beruang Comel sahaja yang akan bertarung di final. Peserta lain hanya nak cukupkan kuota atau korum. Atau dalam bahasa surat khabar, 'penyendal jer'.

Kjee rasa ada tangan2 ghaib yang mainkan peranan sehinggakan mungkin peserta semua tidak sedar, harapan mereka untuk melangkah ke tangga juara lebih senang kalau Johan dan/atau Zizan tidak masuk final. Tanpa Zizan dan Johan, Kjee rasa semua peserta lain ada peluang untuk jadi juara.

Apapun, tahniah kepada sesiapa jua yang terfikir idea untuk buat pertandingan ini walaupun Kjee tahu ia bukan original tetapi diciplak dari rancangan WHOSE LINE IS THIS ANYWAY yang pernah disiarkan dalam Astro Star World. Sama tapi tak serupa sebab telah dimasukkan belacan dan budu dan tempoyak.

atau Ropie?


Tahniah kepada Zizan, Johan, Rahim, Tauke, Suhaimi dan Ropie kerana anda semua sudah cukup hampir untuk membawa pulang hadiah tunai RM100,000 dan kereta Toyota Camry. Walaupun, semua tahu pemenangnya adalah antara Zizan dan Johan, namun janganlah perlekehkan untung nasib peserta lain.

Anything can happen at the last minute. Allah itu Maha Besar.


7 comments:

  1. kak jee

    memang rancangan tu diadaptasi dr whose line is it anyway. mungkin sblm ni kak jee tak pernah menonton rancangan spontan, dah lama mungkin lebih 2 thn dulu. sama mcm ni cuma super spontan adalah pertandingan. spontan dulu pengacaranya ialah sharifah shahirah. pemain tetap afdlin, harun sb, arwah din beramboi, rashidi , haris iskander,sapa tah lg tak ingat. zizan mula2 undangan lama2 jd pemain tetap. dulu mmg sy suka tgk spontan. skrg bila buat ptandingan lg best sbb ramai pelawak yg terlibat. k jee, kalau takd e zizan & johan ms final tak meriah lahh hehe

    rahimah

    ReplyDelete
  2. kak jee saya suka juga tauke.kalau zizan ,tauke ,johan tak tahu mana nak pilih ...heheheh

    ReplyDelete
  3. Kjee,

    Ya ada tangan yang memainkan peranan dalam pemilihan peserta akhir untuk tarik lebih ramai penonton dan yang penting, PENGUNDI.

    Bijak astro. Jumlah penonton ramai, jumlah undi pun banyak. Dua2 bawa duit besar.

    Yang papa pengundi...dan pengundi itu majoritinya MELAYU.

    Apa2 pun saya memang enjoy menonton rancangan spontan dan super spontan. Ya ia adalah adaptasi daripada Whose Line Is It Anyway. But then again, is there originality in ideas?

    Johan dan Zizan sama2 best. Kalau salah seorang menang kesian pulak yg sorang lagi.

    Tauke pun bagus jugak. Dan Rahim. Patutnya Suhaimi keluar minggu lepas bukannya Nana.

    Zizani&Johani

    ReplyDelete
  4. Sy suka sgt rancgn whose line is it anyway tu dulu tu kjee..slambe sgt.tp yg super spontan ni tgk spontan je aritu..lepas tu selalu lupa nk tgk.dah nk final rupanya ek..hehe..zizan n johan mmg x dpt dpisahkan..serasi bersama..suka keduanya! :D

    ReplyDelete