Saturday, May 19, 2012

SUPER SPONTAN SEIRAS WHO'S LINE IS IT ANYWAY?





Dah banyak minggu dah rancangan Super Spontan muncul di Astro Warna. Tapi macam biasalah, malam tadi baru kali kedua Kjee tengok. Sibuk memanjang opppss lebih menyibuk dari sibuk, sebenarnya.





First time Kjee tengok, Kjee rasa ada satu rancangan yang hampir sama tapi tak serupa terbitan teevee omputih Star World. Sekarang dah tak ada. Unclepali punya rancangan favorite tu. Bila dia tengok Kjee dok fikir rancangan apa, terus dia jawab Whose Line Is it Anyway?

Ya betul. Rancangan Super Sponton dibuat dengan konsep hampir sama. Kjee tak pasti samada ada tulis kat situ ia copy sedikit sebanyak dari rancangan Who's Line Is it Anyway? Cuma Kjee rasa macam nampak ada 'credit' diberikan kepada Afdlin Sauki. Whatever lah!

Anyway, Kjee dan Unclepali suka sangat rancangan tu. Unclepali yang memang hantu tonton rancangan2 omputih berbentuk stand up comics, cukup puji pelawak2 Malaysia.

"Ramai pelawak kita hebat. Dulu saya ingat stand up comics cuma terer dibuat oleh pelawak asing," kata Unclepali. "Walaupun hampir sama dengan Who's Line Is it Anyway?, namun Super Spontan dibuat cara pertandingan. Itu lainnya SS dari rancangan omputih tu."

Hmm kalau Unclepali puji pelawak Malaysia, maknanya betullah tu mereka hebat. Kekadang menyampah jugak apabila Unclepali asyik kata pelawak omputih hebat.

Stand up comic di Malaysia sebenarnya mendapat perhatian ramai sejak Nabil muncul sebagai juara Raja Lawak. kalau dulu2, Kjee rasa ada jugak. Misalnya Jamali Shadat. Tapi zaman dia dah berlalu. Masyarakat Malaysia tidak kira bangsa dan usia nampaknya boleh terima lawak Nabil, Johan dan jugak Zizan.

Malam tadi Kjee rasa kumpulan Beruang Comel lebih bagus dari Angsa Ganas. Kjee tak berkenan langsung si Suhaimi tu. Begitu jugak dengan Nana yang 'lebih kayu dari kayu!'. Harus Angsa Ganas cari jalan usirkan kedua2nya sebelum kumpulan itu terusir.

Kjee suka Adibah Noor dan Harun Salim Bacik. Paling menyampah Amir. Tak payah adelah. Menyemak jer. I'm sorry.

semua gambar kjee google je


3 comments:

norinaomar said...

masa astro bagi free semua channel haritu, cerita ni yang saya paling teruja nak tengok..sekarang tak dapat nak tengok dah..

NenetPenne (NP) said...

betul cakap kjee.... seakan siri lawak who's line is it anyway...

Irfa said...

suka tgk johan dan zizan je
amir mmg tak perlu ada pun
hehe

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...