Thursday, May 17, 2012

TIADA ANGIN TIADA RIBUT

Baru sebentar tadi Kjee baca Utusan Malaysia, pemain bolasepak fofular, ntah apa nama, dia nak rujuk kembali dengan isterinya aktres Rita Rudani. Kemudian muncul pulak kisah aktor seorang ni.




Hmm ini Kjee copy paste dari mstar kalau korang belum tahu.

Ady Putra Sah Fail Cerai
Adi Putra mengesahkan telah menfailkan penceraian terhadap isterinya pada 11 Mei lalu.
PETALING JAYA: Pelakon kacak, Adi Putra mengesahkan telah menfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya, Aida Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei.
Akhbar Harian Metro pada Khamis melaporkan, Adi, 31, berkata, dia dan isterinya telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik dan tindakan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.
"Ketika saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini, saya mohon segala yang baik daripada Allah terutama kebahagian dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami," katanya.
Dalam pada itu, Adi turut menafikan penceraian itu disebabkan oleh isu anak atau pihak ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk diceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain.
"Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya.
"Tiada sefahaman itu pasti dan selebihnya saya tidak mahu bercerita panjang," ujarnya.

10 comments:

gadis manis said...

hermm.. jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan.. Semoga kebahagian milik kalian berdua.. Insyallah..

FIDA tukangDESIGN said...

Setuju ngan si gadis manis...wink wink

Ijahans said...

adus... macam macam kan...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

kita doa yg terbaik buat mereka ye kak jee.saya pun tak ingat apa nama suami rita..kantoi la saya ni kan

Anonymous said...

Rita Rudaini should find herself a MAN, not a BOY...

Gadis Melayu

zuwaidah said...

semoga dirahmati Allah.

ieda said...

dah lama berdua ja...sunyi & bosan kot..
moga bahagia dgn jalan yg dipilih.yang penting tak perlulah burukkan pasangan masing2 di media macam sesetengah artis tu.

Anonymous said...

to ieda..

anak bukan pengukur kebahagiaan dlm rumahtangga..ada je artis yg kawin sekejap dan ada anak tapi berpisah jugak sebab tak bahagia
kalau boleh tak payahla nak meneka-neka dlm mslh rumahtangga orang lain
kalau salah dah jatuh fitnah

MamaFaMi said...

Nama suami Rita, Aidil Zafuan Abd. Radzak. Kita pun tak ingat sebenarnya Kjee, tapi kita google kejap.. ahaks.. walhal baru jap tadi baca paper. Ish short term memory dah ni... nak kena makan kismis banyak-banyak nampaknya. Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat mereka semua...

makcikkantin said...

Apa yg jadi dalam rumahtangga, wallahualam hanya mereka yang tahu kan? Moga mereka dapat mencari penyelesaian tbaik

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...