Saturday, May 12, 2012

UMNO MASIH RELEVAN!!!



Bersama kakak iparku, Hajah Saadiah aka Kak Timah




Ketika Unclepali hendak melangkah keluar rumah untuk ke Mesjid untuk solat Jumaat semalam, tetiba langkah dia terhenti apabila mendapat panggilan telefon dari kakaknya, Hajah Saadiah. Muka Unclepali berubah.


"Kak Timah (panggilan manja kakaknya) suruh pergi Stadium Nasional Bukit Jalil jemput dia," kata Unclepali.

Wajah Kjee berkerut. Isyhhh jalan jem tu abang. Hari ni ada perhimpunan raksasa UMNO menyambut ulangtahunnya yang ke-66. Unclepali kemudian terus pergi mesjid.

Kjee rasa amat2 bersalah. Tidak mahu kecilkan hati Unclepali sebab kakaknya datang dari kampung untuk menyertai perhimpunan itu. Selepas makan tengah hari, Kjee suruh Unclepali call kakaknya sekali lagi. Nak tahu dimana mahu menjemputnya. Rupa2nya kakaknya bukan mahu dijemput tetapi mahu adiknya ikut serta meriahkan serta beri sokongan!

Sekali lagi dahi Kjee berkerut. Kalau Unclepali pergi, siapa nak jaga Kjee yang masih belum betul2 sihat? Nadia pergi kuliah. Unclepali cadang bawak wheelchair. Kjee masih keliru. Agaknya Unclepali ni tak pernah pergi perhimpunan seperti itu. Pasti sarat barat dengan manusia. Parking pun susah. Maklumlah ketika jadi wartawan dulu, Kjee memang seringkali terdedah kepada situasi seperti itu.

Tetapi melihatkan Unclepali begitu excited nak pergi, Kjee pun akur jika dia sanggup sorong wheelchair Kjee. Kami bergegas menukar pakaian. Unclepali begitu teruja nak pakai baju merah sebab Kak Timah kata semua pakai baju merah!

Kira2 jam 4 petang kami keluar. Memang cari nahas kata Kjee. Hari Jumaat memang terkenal dengan kesesakan lalu lintas. Ini kan pulak ada perhimpunan raksasa. Tetapi Alhamdullilah sepanjang jalan, tenang sahaja. Lebih kurang sejam, kami sampai di Bukit Jalil dari Sungai Buloh.


Jam 5 petang stadium hanya separuh penuh

Ini yang Kjee nampak di kaca TV malam tadi. Hebat!!!


Presiden UMNO Dato Seri Najib Tun Razak yang dikasihi


Dan sebaik sahaja sampai di jalan masuk ke Bukit Jalil, lalulintas mulai sesak dengan beratus2 bas. Tetapi lalulintas berjalan lancar dengan kehadiran polis traffik, Rela serta sukarelawan mengawal keadaan. Sungguh teratur dan lancar. Tahniah PDRM, Rela serta sukarelawan.

Memang tiada parking yang hampir dengan pintu masuk. Tetapi Unclepali berjaya mendapat parking yang cukup selesa setelah dia merayu kepada pihak sekuriti yang isterinya menaiki kerusi roda.

Masuk ke dalam stadium mata Kjee dah berpinar2 melihat merah di sekeliling. Sungguh meriah. Stadium hanya separuh penuh. Ramai yang berhenti bersalaman dengan Kjee. Dari Kedah, Terengganu, Pahang dan Johor. Rata2 mereka kata kawan2 yang lain masih dalam perjalanan ke Bukit Jalil.

Pukul 6.30 petang Kjee ajak Unclepali pulang setelah melihat dia berpeluh2 menahan kepanasan. Anehnya Kjee sedikit pun tidak merasa kebahangan itu.

Dalam kereta, Kjee nampak ribuan orang sanggup berjalan jauh (setelah turun dari bas) menuju ke Stadium. Dalam hati Kjee, itu jer ker orang UMNO? Tadi masa kami tinggalkan stadium, hanya separuh penuh. Itu jer ke sokongan yang akan diberi penyokong UMNO?

Tetapi sebaik sahaja Kjee duduk menonton siaran secara langsung dari Stadium Nasional Bukit Jalil, Kjee baru tahu betapa meriah dan hebatnya sokongan yang diberikan!! Alhamdullilah syukur. 

UMNO MASIH RELEVAN.

Kjee bersorak sama apabila semua dalam stadium bersorak dan bertempik mendengar ucarapa Presiden UMNO yang dikasihi.

Yang paling ketara, perhimpunan malam tadi cukup teratur dan tertib!

HIDUP UMNO!!!




Kalau buat perhimpunan di tempat dibenarkan, tandas disediakan untuk keselesaan semua


Ini gambar dari kereta dalam perjalanan pulang Kjee





2 comments:

MAK TEH said...

salam k.jee...YES...HIDUP UMNO

Suzie said...

Kalau Aruah mak dan abah saya ada mesti excited juga macam kak jee....mesti dok pujuk anak2 tolong hantar ..heeee...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...