Wednesday, June 27, 2012

KARI AYAM REMPAH SIAP





Semalam masa menonton Chef Selebriti Malaysia, teringin pulak nak makan home made curry. Baru perasan dah lama tak masak kari. Mula2 ingatkan nak masak kari udang tapi Unclepali kata udang tu nanti dia nak buat Butter Prawns. Yalah udang tu memang Unclepali yang beli hari tu kat Kuala Selangor untuk buat Butter Prawns.

Jenguk2 dalam freezer ada banyak pulak stok ayam. So, apa lagi. Hari ni menu kami Kari Ayam. Kjee ke dapur sorang2 sebab Unclepali sibuk nak siapkan design logo yang ditempah oleh kawan dia. 

Ingatkan tadi nak buat rempah sendiri macam rancangan malam tadi tapi bila tengok bahan2 tak cukup, Kjee gunalah rempah siap x-extra pedas Babas. Hmm kata jer pedas tapi sebenarnya biase2 jer.

Macam mana nak buat kari sedap? Kjee ada beberapa tips. Yang pertama, rempah nitu mesti betul2 masak. Macam mana nak tahu ia betul2 masak?

Lunch tadi. Gandingkan dengan keropok ikan/papadom dan sambal belacan mangga dan petai rebus

Kjee tumis dulu bawang merah dan putih serta halia yang telah dimayang halus sampai wangi dan kekuning2an. Pastu baru Kjee masukkan rempah kering. Jaga api. Kacau2 dalam 1 minit jer, pastu cepat2 tuangkan air dalam setengah cawan. Kemudian kacau sampai sebati rempah tu dengan air dan perlahankan api.

(Ada orang tumis rempah yang telah dicampurkan sedikit air dan menjadi paste. Cara itu lagi selamat. Rempah tu susah sikit nak hangus. Tetapi pengalaman Kjee, rempah kering yang dimasukkan setelah tumis bawang dan halis, lebih sedap. Tetapi kena pandai kontrol api. Kalau rempah hangus, kari jadi pahit.)

Masak sehingga terbit minyak. Kalau tak puas hati selalunya Kjee tambah lagi air setengah cawan dan masak lagi. Apabila sudah terbit minyak, campakkan daun kari. Goreng seketika dan masukkan ayam. 

Masak hingga ayam kecut baru ditambah lagi air. Masa ini selalunya Kjee bubuh garam dan serbuk perasa serta kentang. Kentang tu mesti dipotong sama saiz supaya masaknya sekata.

Apabila dah mendidih dan ayamnya sudah agak lembut, baru Kjee masukkan santan dan biarkan ia terus mendidih sampai ayam dan kentang, empuk.

Dulu masa meniaga, ada yang tanya macam mana Kjee buat kari ayam jadi pekat? Kjee dulu jual roti jala makan dengan kari ayam atau daging. Jawapannya senang bah. Lebihkan rempah. Memang mahal sikit kos tapi kalau kari diguna untuk cecah roti jala atau lempeng, kuahnya mesti pekat.

Resipi penuh ada di sini. Tak kuasa nak salin balik. Baru lepas makan ni dah kenyang dan mengantuk pulak. Hehehe.


2 comments:

zuwaidah said...

Memang sedap. Thumbs up

Anonymous said...

kak jee ni memang jenis pandai masak la.. saya tengok gambar & baca cara kak jee masak pun dah tau sedap. Belum rasa lagi tu.. hehehe

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...