Monday, July 11, 2011

KARI AYAM + KENTANG



 Musim hujan ni elok makan kari. Kena pulak kalau ada ikan kering atau ikan pekasam plus ulam2an dan sambal belacan. Lagi tak hengat kan masa makan?


Hari ni Kjee masak kari ayam dengan kentang. Kemudian buka fridge jumpa pulak terong kontot. Dah lama tak buat terung goreng berlada dengan udang kering. Udang kering tu digoreng garing2. Pastu siap je masak terung berlada tu, ditaburkan udang kering kat atasnya.

Untuk kari ayam hari ni, Kjee sengaja beli bahagian ribs yang kurang sikit dagingnya. Kami kat rumah tak suka ayam banyak isi. Lebih suka yang banyak tulang. Badan sendiri pun dah banyak isi so buat apa nak tambah isi lagi kan? Hehehe.

Kalau buat kari, Kjee suka buat pekat2 sikit. Tapi untuk kari ayam atau daging jer. Kalau kari ikan tak payahlah pekat2 sangat. Tadi Kjee guna rempah babas yang extra cili. Hmm nama jer extra cili tapi tak pedas pun. Tapi yang pasti, kena bayar extra sikit daripada biasa.

Jom kita intai resipinya bagi yang masih tak mahir buat kari. Oh ya nak bagi tips, kalau masak kari, rempah kena lama sikit masak sebelum dimasukkan bende2 lain. kalau rempah tak cukup garing dan masak, nanti rasanya 'lari'.

BAHAN2:

5 ketul ribs (tulung rusuk dibuang kulitnya)
1 biji kentang potong 4
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 asam keping
½ cawan santan pekat/susu cair
¾ cawan rempah kari
daun kari (kalau ada)

CARA:
Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dimayang. Hiris halia dan masukkan sekali. Kemudian goreng sampai bahan2 tadi kekuning-kuningan. Pastu masukkan rempah kari dan goreng pantas2 kira-kira 2 minit. Masukkan ½ cawan air dan masak guna api perlahan sehingga rempah nampak sedikit garing. Kemudian masukkan ayam dan kentang. Balik2kan ayam dan bubuh ½ cawan air dan biarkan mendidih perlahan. Kemudian masukkan santan atau susu cair (Kjee guna susu cair) dan biarkan ia mendidih lagi. Guna api perlahan. Bubuh garam dan 1 asam keping. Kalau terlalu pekat, tambah sedikit lagi air panas. Didihkan lagi. Rasa dan padam api.


9 comments:

cik cek said...

Salam Kjee...

menggodanya lauk kari ayam kjee ni...cek baru balik keje...dan baru nak stsrt masak2...hu hu...lapola pulak tgk lauk ni...sedapnya cecah ngan roti puri....:)

noorsafone said...

kakjee...sedap mkn dgn roti jala ataupun roti canai segera...roti benggali pun sodap.

Yatie said...

Assalamualaikum Kjee,
menyelerakan sungguh tngk kari akak ni...Yatie pun suka kari daging/ayam yg pekat2 sikit...pasni leh buat lempeng...kalau rajin wat roti canai...tapi makan dngn roti kosong pun sedap...uisshhhh terus laporlah akak....

Lya Colours said...

sedapnya. if cicah dgn roti bom mantap ni

ShashaCatering said...

Ya, saya suka roti bom dengan kari ayam. Sedaaap sangat ;)

Anonymous said...

Sedapppppp!

Anonymous said...

Sedapnyeeeeeee.........

LydSunshine said...

salam kak jee. Takyah letak cili blend ye?

Anonymous said...

makan dgn nasik sdp x

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...