Thursday, July 5, 2012

AKHIRNYA ELLA BAKAL KAHWIN DI USIA 46 TAHUN


Foto ehsan mStar


Liat betul jodoh Ella kan? Bertunang, putus. Bercinta, kecundang. Tetapi nampaknya tahun ini ada 'Ong' buat dia. Dapat cash RM100,000 sebab anak didiknya menjuarai Mentor. Dan Sabtu ini, Ella akan menamatkan zaman solonya.

Tahniah Ella. Walaupun di usia 46 tahun (birthday dia yang ke-47, sehari selepas birthday Kjee - 30 Julai), sepatutnya dia dah ada anak2 gadis atau bujang sendiri, tetapi semuanya di tangan Yang Maha Esa. Kita hanya mampu merancang.

Patutlah masa Mentor dulu, Ella macam happy sangat. Rupa2nya sedang hangat bercinta. Bakal suaminya, menurut mStar Online, seorang juruterbang, berusia dalam lingkungan 30-an. Dah bercinta selama 9 tahun. Oppsss lamanya! Kalau kahwin 9 tahun lalu, sekarang mungkin Ella dah ada anak berusia lebih kurang 7 atau 8 tahun.

Di usia 46 tahun baru nak berkahwin, boleh ke Ella menimang cahaya mata sendiri? Bahaya tau. Nanti boleh dapat zuriat yang tidak sihat. Wallahualam.

Apapun, jom kita semua doakan agar percintaan Ella dengan abang pilot nya bertemu penghujungnya, dua hari lagi. Dapatlah Ella sama2 bersahur, berpuasa dan beraya dengan cik abang yer. Dan moga2 jodohnya berakhir di hujung nyawa, Insya Allah.

Tapi tak syoknya, dengar cerita majlis resepsi akan dibuat Disember depan. kenapa yer?

5 comments:

  1. ish k.jee.... jgn la ckp camtu.. anak tu rezeki.. insyaallah, kalau Allah tu izinkan, umur bape pon bole lagi menimang anak.. cuma tentula banyak pantangnya.. takpe.. kite doakan yg terbaik untuk ella dan pasangan. ;) congrats to ella dan semoga dikurniakan zuriat yg sihat dan keluarga yg bahagia.

    ReplyDelete
  2. tahniah ella akhirnya melangkah ke jinjang pelamin jua.....betul tu kakjee..bercinta 9 thn sgt2 lama kalau kawen sah2 ade anak 2,3 org huuhuh..

    ReplyDelete
  3. hehehe ... 46 thun tu dah ambang monopouse ....

    ReplyDelete
  4. tentuan Allah kita tak tau..
    saya rasa Ella ada peluang lgpun dia belum pernah beranak..
    ramai je ofismet saya pangkat umur 40an ada zuriat ...bkn sorang...berorang2..
    kita doa yg terbaik utk mereka ye...

    ReplyDelete