Thursday, July 5, 2012

AKHIRNYA ELLA BAKAL KAHWIN DI USIA 46 TAHUN


Foto ehsan mStar


Liat betul jodoh Ella kan? Bertunang, putus. Bercinta, kecundang. Tetapi nampaknya tahun ini ada 'Ong' buat dia. Dapat cash RM100,000 sebab anak didiknya menjuarai Mentor. Dan Sabtu ini, Ella akan menamatkan zaman solonya.

Tahniah Ella. Walaupun di usia 46 tahun (birthday dia yang ke-47, sehari selepas birthday Kjee - 30 Julai), sepatutnya dia dah ada anak2 gadis atau bujang sendiri, tetapi semuanya di tangan Yang Maha Esa. Kita hanya mampu merancang.

Patutlah masa Mentor dulu, Ella macam happy sangat. Rupa2nya sedang hangat bercinta. Bakal suaminya, menurut mStar Online, seorang juruterbang, berusia dalam lingkungan 30-an. Dah bercinta selama 9 tahun. Oppsss lamanya! Kalau kahwin 9 tahun lalu, sekarang mungkin Ella dah ada anak berusia lebih kurang 7 atau 8 tahun.

Di usia 46 tahun baru nak berkahwin, boleh ke Ella menimang cahaya mata sendiri? Bahaya tau. Nanti boleh dapat zuriat yang tidak sihat. Wallahualam.

Apapun, jom kita semua doakan agar percintaan Ella dengan abang pilot nya bertemu penghujungnya, dua hari lagi. Dapatlah Ella sama2 bersahur, berpuasa dan beraya dengan cik abang yer. Dan moga2 jodohnya berakhir di hujung nyawa, Insya Allah.

Tapi tak syoknya, dengar cerita majlis resepsi akan dibuat Disember depan. kenapa yer?

Related Posts:

  • ANNE PILIH DUDA MATANG foto ehsan Hazelnart Studio Inilah wajah tunangan dan bakal suami Anne Ngasri, Mohd Sumali Reduan. Mereka bertunang 11 November lalu. Anne, 28 dan Sumali, 40. Kedua-duanya pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini. Ann… Read More
  • AIM BEST!!!!! Majlis seperti inilah yang kita nak tengok! Tiada prop berserabot atas pentas, tiada drama berjela2 yang memualkan! Anugerah Industri Muzik Malaysia, AIM, mengembalikan keyakinan kita untuk menonton kembali majlis yang cu… Read More
  • MAJLIS ASK...IDEA PALING HAMPEH DARI TV3 ...Kalau konsert tadika, saya boleh bagi A++....begitu memboringkan....sampaikan anak kecil saya ckp, x de rancangan lain ke??????....yg membuat sy sejuk ati cuma 1 je..ucapan dr pierre andre..sgt tulus dan ikhlas...bab… Read More
  • HEBAT SANGAT KE ADAM DAN HAWA? Nadiya Nisa bersama suami dan anaknya Walaupun drama Adam dan Hawa pada pandangan Kjee dan mungkin ramai penonton, tidak begitu sempurna pembikinannya, namun ia antara drama bersiri paling hot sekarang. Ramai yang… Read More
  • KALAU DAH SERONOK, KEKADANG ALPA Itulah gamaknya yang berlaku kepada penyanyi Shila Amza di Anugerah Industri Muzik kelmarin yang menimbulkan marah di kalangan peminat dan yang tidak minat kat dia. Masih terbayang lagi perlakuan Nabil memeluk kekasihn… Read More

5 comments:

  1. ish k.jee.... jgn la ckp camtu.. anak tu rezeki.. insyaallah, kalau Allah tu izinkan, umur bape pon bole lagi menimang anak.. cuma tentula banyak pantangnya.. takpe.. kite doakan yg terbaik untuk ella dan pasangan. ;) congrats to ella dan semoga dikurniakan zuriat yg sihat dan keluarga yg bahagia.

    ReplyDelete
  2. tahniah ella akhirnya melangkah ke jinjang pelamin jua.....betul tu kakjee..bercinta 9 thn sgt2 lama kalau kawen sah2 ade anak 2,3 org huuhuh..

    ReplyDelete
  3. hehehe ... 46 thun tu dah ambang monopouse ....

    ReplyDelete
  4. tentuan Allah kita tak tau..
    saya rasa Ella ada peluang lgpun dia belum pernah beranak..
    ramai je ofismet saya pangkat umur 40an ada zuriat ...bkn sorang...berorang2..
    kita doa yg terbaik utk mereka ye...

    ReplyDelete