Saturday, July 7, 2012

BONDA SUKA BUBUR LAMBUK KJEE!!!







Bonda mertua Kjee cukup cerewet bab makan. Kjee seram apabila dia berkunjung ke rumah Kjee. Takut apa yang Kjee hidang tidak menepati seleranya. Selalunya apabila balik kampung, beliau sahaja yang masak. Kjee tukang makan dengan lahapnya.



Jujurnya, Kjee mengaku beliau memang pandai masak. Terutama sekali Gulai Ikan Utara. Patutlah kalau Unclepali pulang ke kampung, dia boleh makan nasi hingga berpinggan pinggan.

Oleh kerana Bonda demam, semalam Kjee sediakan bubur lambuk. Lagipun Kjee dan Nadia puasa sunat Sya'aban. Kjee pasrah kalau bonda tidak suka bubur lambuk air tangan Kjee. Tetapi hari ini, apabila beliau bertanya samada bubur lambuk ada lagi, Kjee punyalah happy!!!!

Apakah sedap bubur nasi yang Kjee buat? Memang susah nak dengar bonda puji. Dia langsung tak kata sedap tetapi kalau dia mintak dihidangkan lagi, korang rasa apa maknanya!!!! Yahooooo! Resipi di sini.


3 comments:

rahel said...

Dapat semangkuk pun jadi la...

norinaomar said...

wahhh baguslah tu kakjee

saya ayah mertua yang cerewet pasal makan. Tapi saya macam kakjee jugaklah, kalau balik kampung mertua memang saya tukang makan n kemas dapur je, mak mertua conquer masak. I like!!

susumanis said...

salam k jee, lama x komen kat sini, x missed baca cuma x komen ..air tangan k jee dah bukak kedai yang org ramai datang n puji sure la mmg sedap kan..bila la de rezeki nak rasa ya..x malu saya ni kan..hehe

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...