Saturday, July 14, 2012

PANCAKE DAN JEMPUT2 DURIAN ALA KJEE




Musim durian melanda. Sana sini berlambak2 durian. Kjee teringat kampung di Perak yang Kjee singgah tahun lepas. Durian dilambak  macam bukit!





Anyway, sejak musim durian melanda beberapa minggu lalu, Unclepali tak kesah Kjee asyik ajak dia beli durian. Unclepali ni tak berapa gemar makan durian. Tetapi heran jugak bila dia kopek durian, duduk sama2 makan. Hehehe berjaya ayat power Kjee.

Dua hari lepas Kjee beli durian siap bawak container plastik yang kedap udara. Satu, sebab Kjee tak nak kereta nanti ada 'aroma' durian tiga empat hari dan kedua, malas nak tambah sampah kat rumah...sampah kulit durian. 

Satu lagi sebab ialah kalau durian itu tak elok atau busuk, penjual kena ganti on the spot. Hehehe bijak tak?

Kjee simpan isi durian dalam fridge kat rumah. Kjee buat dua bekas. Satu bubuh dalam freezer dan satu lagi untuk dimasak segera.

Dan petang semalam Kjee dah tak tau nak buat apa dengan durian tu. Kjee suruh Unclepali keluarkan tepung beras sebab terfikir nak buat durian goreng. Sedap sangat durian goreng yang Kjee makan kat Uncle Chili, Amcorp Mall. Siap suruh Unclepali beli kapur sireh lepas dia solat Jumaat.

Tetapi apabila tepung beras dah keluar, Kjee ubah fikiran sebab tengok muka Unclepali macam was2 jer bila kata nak buat durian goreng. So Kjee suruh dia keluarkan tepung gandum. Kjee buatlah jemput2 durian.





Dalam tepungnya Kjee bubuh sedikit double action baking power. Dan setelah dicampur dengan durian dan air, Kjee bubuh kira-kira 1 sudu besar gula. Kalau lebih sikit lagi sedap lah.

Dan Kjee gorenglah macam buat jemput2 pisang. Amik sejemput dan masukkan dalam minyak.

Hasilnya? Emmmm sedap. Cuma kurang manis sikit. Itulah kalau bubuh lebih sikit gula lagi sedap. Kami makan berdua sampai kenyang. Maklumlah tak lunch. Pagi semalam bekfas makan nasi kerabu.

And then pagi ni Unclepali kata nak buat pancake. Kjee tanya tak nak ke buat pancake durian? Unclepali angguk. Kjee pun projeklah buang biji durian. Masukkan dalam blender dan selebihnya Unclepali yang buat. Bubuh tepung dan susu cair plus susu segar dalam blender. Kjee suruh Unclepali tambah 2 sudu besar gula.

Hasilnya, cukup sedap. Manisnya tak berapa kuat so kami makan bersama sedikit Pancake Syrup.

Sebenarnya, tidak ramai yang sanggup experimen dengan durian. Asyik makan mentah, makan dengan pulut dan buat serawa jer. Tetapi sejak kebelakangan ini ada yang buat cake, ice cream dan jugak inti cream puffs. 

Hari tu sedara Kjee bagi kerepek durian dari Thailand. Sedapnya. Dia orang hiris durian mengkal dan goreng. Masa makan tak rasa durian tetapi lama kelamaan baru terasa durian kat tekak.

Esok lusa Kjee nak try pulak buat kaya durian. Mungkin ada yang sudah buat dan jual. Tetapi Kjee rasa mereka guna perisa durian. Kjee nak try buat kaya guna isi durian. Kjee ada resipi kaya arwah bonda yang sedap sangat. Tungguuuu.


Kalau nak resipi pancake durian, korang tengok resipi pancake Unclepali kat sini. Pastu tambah jer isi durian dan gula. Air atau susu korang adjustlah sebab apabila dah bubuh durian, batter menjadi pekat.



1 comments:

inahar ali said...

fuiyooo..nmpak jer jemput durian..berdezupp saya terbang kesini tau kakjee..hehe!! ada lg x belen tu?? ker dh licin masuk pewut?? huhu..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...