Monday, July 9, 2012

SAMBAL UDANG JERUK PETAI




Semalam, ketika hantar my MIL balik kampung di Ulu Jempul, Pahang, Kjee ternampak orang jual petai dekat dengan Bandar Pusat Jengka. Mata ni memanglah tak boleh nampak petai. Maklumlah Unclepali suka sangat makan. Ewah excuse lah tu. Hehehe.


Murah sangat2. Unclepali beli RM10. Sampai rumah malam tadi, Kjee terus kopek dan buatlah jeruk. Risau kalau dibiarkan dan asyik sibuk memanjang nanti busuk pulak. So dapatlah 1 balang kaca.

Pagi tadi Kjee tengok jer petai jeruk tu. Sehari dua lagi bolehlah makan petai jeruk.



Kemudian masa balik dari follow Unclepali tadi, kami singgah di kedai runcit Acheh kat Paya Jaras. Kjee rembat udang besar2 yang fresh dan murah. RM18 jer sekilo. Nak buat sambal tumis udang dengan petai.

Bila tengah siang udang baru teringat petai dah dibuat jeruk. Tadi belum sampai 24 jam lagi, so petai tu masih fresh lagi belum jadi jeruk. So, apa lagi. Kjee guna kira-kira 5 sudu besar petai jeruk masukkan dalam sambal tumis udang Kjee.

Eh sedaplah. Petainya masih keras lagi. Korang cubalah  kalau tak percaya. Even kalau dah jadi jeruk, Kjee rasa tak salah nak buat sambal dengan udang kan?

Resipi dia korang intai jer kat sini. Dah banyak kali Kjee buat.



4 comments:

MPP said...

Wohaa!! Terliur tengok sambal petai Kjee.. Dah lama gua tak makan sambal petai udang nih.. Nanti boleh suruh Maya Karin masak untuk gua.. Hehehehe...

Kjee said...

Hahaha MPP. Orang kacukan mana tahu masak petai. suruhlah Nora Danish ker, Abby abadi ker.

MPP said...

Abby Abadi??? Ishhh..., tak ada dalam senarai tuu Kjee.. Hahahaha...

Nur Hazwani said...

Mertua Kak Jee duduk Ulu Jempul? Ehh atuk saya pun duduk sana tau... hee.. seronoknya dapat jumpa 'orang kampung' ;) Kak Jee selalu ke balik ke sana ek?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...