Monday, July 9, 2012

SAMBAL UDANG JERUK PETAI




Semalam, ketika hantar my MIL balik kampung di Ulu Jempul, Pahang, Kjee ternampak orang jual petai dekat dengan Bandar Pusat Jengka. Mata ni memanglah tak boleh nampak petai. Maklumlah Unclepali suka sangat makan. Ewah excuse lah tu. Hehehe.


Murah sangat2. Unclepali beli RM10. Sampai rumah malam tadi, Kjee terus kopek dan buatlah jeruk. Risau kalau dibiarkan dan asyik sibuk memanjang nanti busuk pulak. So dapatlah 1 balang kaca.

Pagi tadi Kjee tengok jer petai jeruk tu. Sehari dua lagi bolehlah makan petai jeruk.



Kemudian masa balik dari follow Unclepali tadi, kami singgah di kedai runcit Acheh kat Paya Jaras. Kjee rembat udang besar2 yang fresh dan murah. RM18 jer sekilo. Nak buat sambal tumis udang dengan petai.

Bila tengah siang udang baru teringat petai dah dibuat jeruk. Tadi belum sampai 24 jam lagi, so petai tu masih fresh lagi belum jadi jeruk. So, apa lagi. Kjee guna kira-kira 5 sudu besar petai jeruk masukkan dalam sambal tumis udang Kjee.

Eh sedaplah. Petainya masih keras lagi. Korang cubalah  kalau tak percaya. Even kalau dah jadi jeruk, Kjee rasa tak salah nak buat sambal dengan udang kan?

Resipi dia korang intai jer kat sini. Dah banyak kali Kjee buat.



Related Posts:

  • KODOK JAGUNG UDANG PEDAS ehsan cik google Bekfas apa pagi ni? Kodok jagung udang pedas. Kodok? Ingat lagi masa kecik2, Kjee dan adik beradik suka makan kodok. Arwah mak selalu ketawa kalau kami kata nak makan kodok. Bila kami dah besar sikit ba… Read More
  • TOLONG!! KJEE DILANDA PENYAKIT CMG? Kodok terbaru ku!  Hah CMG penyebar penyakit apa? Alamak, cian Kjee kan? Baru lepas demam dan batuk dah terkena virus CMG. CMG mana? Che Mat Gebu ker? Yalah siapa lagi kalau bukan Che Mat Gebu tu. Mampus aku kena seran… Read More
  • NASI GORENG LEFTOVERS Pernah tak korang rasa macam teringin sangat nak makan nasi goreng. Plan dari malam tadi masa nak tidur. Kemudian masak pun bukan main ghairah lagi. Tapi bila dah siap, terus tertutup selera! Hah begitulah Kjee rasa tadi. M… Read More
  • Sambal Udang Terung Pipit Pulak Unclepali tengah petik terung pipit  Sambal Udang dengan Terung Pipit ni pun Kjee buat sehari selepas buat sambal sotong hari tu. Maklumlah, kalau dah ada banyak sangat stok terung pipit, kalau tak cepat digunakan,… Read More
  • MI HOKKIEN BERSAMA SAMBAL BELACAN  Ada macam2 versi rupanya orang Hokkien goreng mi mereka. Tadi Kjee google kat internet. Heran jugak apabila Mi Hokkien Singapura tak kaler hitam cam Mi Hokkien Malaysia atau lebih tepat cam yang Kjee buat. Tapi rasa2n… Read More

4 comments:

  1. Wohaa!! Terliur tengok sambal petai Kjee.. Dah lama gua tak makan sambal petai udang nih.. Nanti boleh suruh Maya Karin masak untuk gua.. Hehehehe...

    ReplyDelete
  2. Hahaha MPP. Orang kacukan mana tahu masak petai. suruhlah Nora Danish ker, Abby abadi ker.

    ReplyDelete
  3. Abby Abadi??? Ishhh..., tak ada dalam senarai tuu Kjee.. Hahahaha...

    ReplyDelete
  4. Mertua Kak Jee duduk Ulu Jempul? Ehh atuk saya pun duduk sana tau... hee.. seronoknya dapat jumpa 'orang kampung' ;) Kak Jee selalu ke balik ke sana ek?

    ReplyDelete