Friday, October 26, 2012

REZEKI KAMI DI AIDIL ADHA








Salam Aidil Adha semua.

Malam tadi semasa menyediakan bahan2 untuk masak selepas subuh hari ini, tiba2 rasa tak bermaya. Sakit pinggang dan lutut. Sebelum tidur, Kjee mohon mudah2an diberi kekuatan untuk masak untuk keluarga tersayang.

Pagi ini, keadaan kesihatan Alhamdullilah elok sikit daripada malam tadi. Mujurlah ada my princess membantu walaupun Kjee tahu tahap kesihatan dia jugak kurang elok. Sudah dekat dua minggu demam selsema.

Ini sahajalah hidangan pagi kami tiga beranak dan juga untuk jiran sebelah yang tidak pulang beraya di kampung.

Kjee masak Nasi Jagung Kukus, Ayam Masak Hitam walaupun ramai syorkan Kjee buat Ayam Masak Merah, Dalca, Acar Rampai serta Ayam Goreng. Untuk dessert, Kjee buat Pulut Mangga Ala Thai. Belum sempat nak snap gambar. Kejap lagi yer.

Ketika menyediakan Acar Rampai dan Dalca, Kjee sebak sangat sebab itulah hidangan favorite arwah Bonda di pagi Raya. Dua2 itu, Kjee buat ikut resipi Bonda. Walaupun tiada resipi khusus tetapi Kjee buat mengikut memori.





















Nanti esok lusa, Kjee bubuh resipi untuk makanan2 diatas. Nasi Jagung Kukus ini Kjee masak buat pertama kali. Selalu Kjee tanak biasa jer. Saja nak eksperimentasi. Menjadi pulak.





















Kalau ada yang pelik Kjee masak Ayam Masak Hitam, well, dulu Kjee bubuh nama Ayam Negro. Ada yang kata loya atau ada nanti yang bofren Negro, saman kita lak. So tukar secara offcial ke Ayam Masak Hitam. Kali ini Kjee buat tak tumbuk atau blend bawang goreng. Kjee masukkan sahaja bawang goreng yang dibuat sendiri. Yang beli siap, tak sedap tau.


Resipi klik sini 








6 comments:

Chekgu Azrine said...

Fuhh...ni btul2 bt terliur..huhu

akula aku said...

hmm..nmpk menyelerakan

WenG WenG BuBuB said...

Aunty...sejak baca dari entry dulu ayam masak negro ni jadi my fav meal...buat n bawak ofis...sbulan skali msti ade yg order untuk potluck... smalam buat pakai daging kat rumah...still ok...mak siap mntak rsipi...=)

kasrini Liana said...

salam kak gie..mana nak dapat resepi ayam masak hitam ni...terliur plak saya tgk ni :)

Kjee said...

wkumsalam Kasrini. sila klik sini http://www.dapurkakjee.com/2011/04/275-ayam-masak-negro.html

Kasrini Liana said...

terima kasih kak gie..insyaalah saya try buat and bagitau kak gie rasenya :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...