Friday, October 26, 2012

REZEKI KAMI DI AIDIL ADHA








Salam Aidil Adha semua.

Malam tadi semasa menyediakan bahan2 untuk masak selepas subuh hari ini, tiba2 rasa tak bermaya. Sakit pinggang dan lutut. Sebelum tidur, Kjee mohon mudah2an diberi kekuatan untuk masak untuk keluarga tersayang.

Pagi ini, keadaan kesihatan Alhamdullilah elok sikit daripada malam tadi. Mujurlah ada my princess membantu walaupun Kjee tahu tahap kesihatan dia jugak kurang elok. Sudah dekat dua minggu demam selsema.

Ini sahajalah hidangan pagi kami tiga beranak dan juga untuk jiran sebelah yang tidak pulang beraya di kampung.

Kjee masak Nasi Jagung Kukus, Ayam Masak Hitam walaupun ramai syorkan Kjee buat Ayam Masak Merah, Dalca, Acar Rampai serta Ayam Goreng. Untuk dessert, Kjee buat Pulut Mangga Ala Thai. Belum sempat nak snap gambar. Kejap lagi yer.

Ketika menyediakan Acar Rampai dan Dalca, Kjee sebak sangat sebab itulah hidangan favorite arwah Bonda di pagi Raya. Dua2 itu, Kjee buat ikut resipi Bonda. Walaupun tiada resipi khusus tetapi Kjee buat mengikut memori.





















Nanti esok lusa, Kjee bubuh resipi untuk makanan2 diatas. Nasi Jagung Kukus ini Kjee masak buat pertama kali. Selalu Kjee tanak biasa jer. Saja nak eksperimentasi. Menjadi pulak.





















Kalau ada yang pelik Kjee masak Ayam Masak Hitam, well, dulu Kjee bubuh nama Ayam Negro. Ada yang kata loya atau ada nanti yang bofren Negro, saman kita lak. So tukar secara offcial ke Ayam Masak Hitam. Kali ini Kjee buat tak tumbuk atau blend bawang goreng. Kjee masukkan sahaja bawang goreng yang dibuat sendiri. Yang beli siap, tak sedap tau.


Resipi klik sini 








Related Posts:

  • FIRST TIME MASAK KARI ITIK SALAI Dalam rumah Kjee, jarang-jarang sekali Kjee masak lauk itik ataupun kambing. Semuanya kerana arwah bonda tak pernah masak. Kjee ingat lagi masa kecik Bonda kata dia tak reti nak masak kambing sebab t… Read More
  • ROTI JALA MENGAMIT KENANGAN Kenapa pulak makan roti jala mengamit kenangan? Hmmm kalau tidak kerana Roti Jala, agaknya Kjee tidak akan ada kenangan menjadi peniaga. Kjee pasti ramai pelanggan Kjee di dua food court di Taman Melawati sekitar t… Read More
  • SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA Ada tak orang yang tak suka kejutan? Tak kisahlah kejutan dalam bentuk apa sahaja. Orang hanya tak suka kejutan yang negatif. Selain itu, semua okay. Hehehe orang demam sedang menulis entri ini. Sebab tu merepek… Read More
  • KARI IKAN TALANG MASIN LAGI DAN LAGI Ini lauk favorite dalam rumah Kjee. Langsung tak ada bantahan dari sesiapa kalau Kjee kata nak masak lauk ini. Hehehe. Dah banyak kali Kjee buat dan dah banyak kali Kjee tayang gambar. Sengaja nak bagi koran… Read More
  • CAMNER NAK MASAK KARI YANG SEDAP Entri ni bukan nak bagi korang resipi. Tapi untuk turunkan sikit petua camner nak masak kari yang sedap. Eh sedap ke aku masak? Kjee sebenarnya taklah dapat menimba ilmu memasak yang banyak dengan Bonda sebab habi… Read More

6 comments:

  1. Aunty...sejak baca dari entry dulu ayam masak negro ni jadi my fav meal...buat n bawak ofis...sbulan skali msti ade yg order untuk potluck... smalam buat pakai daging kat rumah...still ok...mak siap mntak rsipi...=)

    ReplyDelete
  2. salam kak gie..mana nak dapat resepi ayam masak hitam ni...terliur plak saya tgk ni :)

    ReplyDelete
  3. wkumsalam Kasrini. sila klik sini http://www.dapurkakjee.com/2011/04/275-ayam-masak-negro.html

    ReplyDelete
  4. terima kasih kak gie..insyaalah saya try buat and bagitau kak gie rasenya :)

    ReplyDelete